CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5474|Reply: 44

[Tempatan] Rosmah mansor berdiri dibelakang siti Rahmah Serah barang kemas demi negara

[Copy link]
Post time 29-8-2016 05:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-8-2016 10:18 PM

http://www.sinarharian.com.my/ed ... emi-negara-1.557257


Siti Rahmah (duduk) bersama Rosmah (berdiri, empat kanan) pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2016 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Aishah Rohani, Bangunan NSWO, semalam.




SEREMBAN – Beliau sanggup menyerahkan barang kemas miliknya kepada Bapa Kemerdekaan negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Itu antara pengorbanan besar dilakukan oleh Datuk Siti Rahmah Kasim, 90 yang menerima anugerah Tokoh Wanita Negeri Sembilan 2016, semalam.


Mengimbas kembali sejarah, ketika peristiwa di Melaka, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya menceritakan betapa sukarnya untuk menghantar rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan British bagi menuntut kemerdekaan negara.


Siti Rahmah yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Rembau yang ketika itu berada di kerusi barisan hadapan secara spontan telah bangun dan menyeru semua kaum ibu yang hadir supaya mendermakan barang kemas.


Beliau telah mencabut gelang emas pemberian ibunya dan memegang selendang bersama seorang rakannya dengan berjalan untuk mendapatkan derma daripada hadirin pada majlis tersebut.
Bagi tokoh wanita itu, kepentingan negara mengatasi segala-galanya.
Kemudian, beliau terlibat dalam dunia politik pada tahun 1946 pada usia 20 tahun kemudiannya memenangi pilihan raya kawasan Terentang, Rembau mewakili Umno dan menjadi wanita pertama bergelar wakil rakyat di negeri ini hingga tahun 1969.
Siti Rahmah yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri melahirkan rasa terharu dan berterima kasih di atas penghargaan dinobat sebagai Tokoh Wanita Negeri Sembilan 2016 yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2016 Peringkat Negeri Sembilan di Bangunan NSWO, di sini, semalam.
Pada majlis itu, Siti Rahmah menerima replika cek bernilai RM15,000, sijil penghargaan, plak cenderamata, bunga dan turut dikalungkan selempang Tokoh Wanita Negeri Sembilan 2016.


Selain aktif sebagai Pengerusi Perkim negeri, beliau juga memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi Mubarak negeri, Naib Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) negeri dan juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal negeri.


Antara anugerah yang diterimanya ialah Tokoh Wanita Umno Malaysia, Tokoh Maal Hijrah Daerah Rembau (2002), Tokoh Wanita Perkim (2005 & 2013), Anugerah Pengkisahan Sejarah ‘Wira Tak Dicanang’ (2010) dan banyak lagi.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 05:58 AM | Show all posts
motip tajuk misleading
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh! Ingat barang kemas sapa la td
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi la ingatkan tiba2 dah berubah
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 07:11 AM | Show all posts
serius aku menyampah tgk muka si rossie ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak menempek jgk si tembam tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2016 07:47 AM | Show all posts
HEHEHEHE............................Aku mampo ketawa je.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 07:51 AM | Show all posts
lepas nie kak ros derma apa ek???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tertanya2 jugak apa yg dirundingkan sampai brit bagi negara kita merdeka..ilmu apa tongku pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
La ingatkan bik ma yg buat cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kak ros derma segala handbags untuk bayar hutang wan emdeebie...

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pm skrg cakap tak cukup duit nak pergi london, chuols bagi ape?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Skang klu nk serah, serah hanbeg birkin lah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 rmbut k.mah buat bulu roma aku meremang..mcm sarang entiti
Hmm baca tajuk ingatkan k.mah nk derma cincin jota2 dia td..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:17 AM | Show all posts
mati2 kau igt dia berbaju kuning belakang  tu adela gmbr jugak
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mod kena wat pertandingan reka tajuk thread la..
Makin kreatif semua wat tajuk thread.
Nak merungkai isi naik fening pale dibuatnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 29-8-2016 08:06 AM
Skang klu nk serah, serah hanbeg birkin lah...

Sebijik pun dah cukup kan archae.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:50 AM | Show all posts
kak mah xnk menderma ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 10:17 AM | Show all posts
sama je rambut beliau mcm poster kat belakang..
ingatkan yg baju kuning tu poster juga mulanya..
rupanya tulennnnn bang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:01 PM | Show all posts
Siti Rahmah yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Rembau yang ketika itu berada di kerusi barisan hadapan secara spontan telah bangun dan menyeru semua kaum ibu yang hadir supaya mendermakan barang kemas.


Beliau telah mencabut gelang emas pemberian ibunya dan memegang selendang bersama seorang rakannya dengan berjalan untuk mendapatkan derma daripada hadirin pada majlis tersebut.


mesti kena derma ke?
kn skrng PM mampuu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.101003 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list