CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2634|Reply: 4

Salahkah Menjadi Lelaki Bermulut Manis? Di Sini Ada Tipsnya

[Copy link]
Post time 29-8-2016 06:03 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Benarkah untuk memikat wanita sebagai kekasih, tunang dan seterusnya menjadi isteri untuk rumah tangga impian, perlukan banyak kata-kata pujian?


Mungkin anda pernah mendengar istilah lelaki bermulut manis, malah dalam budaya Barat juga ada situasi ini yang dipanggil sebagai 'sweet talker'.


Tiada salahnya menjadi lelaki bermulut manis, adakah anda setuju dengan kenyataan ini? Asalkan ia bukan satu penipuan dan kepura-puraan.


Wanita sememangnya memang mahu rasa dihargai, dimiliki dan juga dimahukan. Meskipun banyak lagi ciri lain pada lelaki yang wanita mahukan seperti baik hati, berharta dan juga pandai hormat orang tua namun bermulut manis ini mampu mencairkan hati si dia dengan sangat baik.


Jom ketahui bagaimana ingin menjadi pasangan yang bermulut manis:











1. Ucapkan terima kasih


Salah satu kekurangan lelaki adalah tidak pandai mengambil hati, tidak tahu menghargai dan meluahkan. Apa kata ringankan mulut anda dengan ucapan terima kasih dengan apa sahaja yang pasangan anda telah lakukan.


Bukan berpura-pura sebaliknya ia turut melatih anda agar lebih pandai menghargai wanita.




2. Minta pandangan si dia


Sama ada anda ingin mendapatkan wangian terbaru, baju baru dan sebagainya tiada salahnya meminta pandangan si dia.


Ini membuatkan si dia berasakan anda ambil berat tentang buah pendapatnya.









3. Keluarga anda


Yakinkan si dia yang keluarga anda akan sukakan dirinya, pasti si dia tersenyum lebar dan bertambah yakin.



4. Puji penampilannya


Jangan sesekali mengkritik penampilan wanita kerana ia boleh menjejaskan mood seharian, mungkin juga seminggu lamanya.


Biarkan dia bergaya untuk anda dan jangan lupa untuk memujinya. Pasti si dia lentok! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 01:23 PM | Show all posts
lerrr.. nape dia lentok plak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Semut hurung penuh bibir baru dipanggil mulut manis....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 06:01 AM | Show all posts
salah ke tidak bergantung pada  hati dan perlaksanaan, dan konteks . salah jika tujuan  yg  membawa  kemudharatan bagi si mangsa.

tak salah kalau  dalam  konteks halal.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kihkihkuh mulut manis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052442 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list