CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13689|Reply: 178

[Jenayah] Trauma dirogol, adegan dirakam

[Copy link]
Post time 30-8-2016 01:07 PM | Show all posts |Read mode


Trauma dirogol, adegan dirakam
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 OGOS 2016


REMBAU – Seorang mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) di salah sebuah universiti awam di negara ini trauma apabila dirogol oleh kenalan lelakinya yang baru dikenali melalui aplikasi sosial, SweetRing kira-kira sebulan lalu.

Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa berusia awal 30-an berjaya melarikan diri daripada kenalan durjananya selepas dirogol apabila lelaki itu singgah di salah sebuah stesen minyak di Senawang sebelum mangsa memberikan alasan untuk ke tandas.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini hanya berhubung dengan lelaki terbabit melalui aplikasi berkenaan dan dua minggu selepas berkenalan, mereka bertukar-tukar nombor telefon serta berjanji untuk bertemu.

Menurutnya, mereka berjanji berjumpa di salah sebuah tol dan mangsa telah meletakkan kenderaannya di tol berkenaan sebelum menaiki kenderaan suspek jenis Perodua Viva.

"Mangsa dibawa ke sebuah kolej di Melaka memandangkan kenalannya itu mahu mengambil barangan penting.

"Sesudah suspek mengambil barangan berkenaan, mangsa memohon suspek segera menghantarnya pulang namun lelaki itu mulai berubah sikap menjadi bengis.

"Suspek juga menyatakan terpaksa menukar kereta di Seremban sebelum menghantar mangsa pulang kerana kereta berkenaan mengalami masalah suhu naik," katanya.

Sumber berkata, mangsa semakin bimbang dan takut apabila dia dibawa melalui kawasan terpencil dan dikelilingi kelapa sawit.

"Suspek menyuruh mangsa memeluknya, namun mangsa enggan dan suspek mula bertindak ganas dengan memaksa mangsa memuaskan nafsunya.

"Lebih malang lagi, lelaki itu bertindak jahat dengan merakam adegan berkenaan. Sesudah itu, suspek meneruskan perjalanan bagi menghantar mangsa dan singgah di salah sebuah stesen minyak di Senawang," katanya.

Menurut sumber, mangsa telah meminta pertolongan daripada kakitangan stesen minyak yang kebetulan berada di dalam tandas.

"Mangsa yang menetap di Selangor segera menyelamatkan diri dengan menyorok di kaunter stesen minyak berkenaan dan meminta bantuan polis.

"Suspek beredar dari stesen minyak berkenaan, namun datang kembali serta meletakkan beg tangan mangsa di kaunter stesen minyak berkenaan.

"Mangsa kemudian memeriksa beg tangannya dan mendapati telefon bimbitnya jenis Iphone 6, seutas rantai berserta loket berukir namanya dan wang tunai sebanyak RM60 lesap," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Pedas, malam Jumaat lalu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, lokasi kejadian di tepi jalan di sebuah premis di Pedas yang merupakan kedai rakan suspek yang sudah tidak lagi beroperasi.

"Suspek berusia 22 tahun yang beralamat di Rembau sudah ditangkap dan kini ditahan reman," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 01:09 PM | Show all posts
Menurutnya, mereka berjanji berjumpa di salah sebuah tol dan mangsa telah meletakkan kenderaannya di tol berkenaan sebelum menaiki kenderaan suspek jenis Perodua Viva.


mendapatlah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2016 01:12 PM | Show all posts
trauma dara dicuri sama seperti trauma identiti dicuri.

kan @dizzzek



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:13 PM | Show all posts
mahasiswa? lelaki rogol lelaki? kenapa kau tak rogol kambing saja?  
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
No sympathy lah kan dari akak. Akak tak lalu lah nak bersimpati terhadap kebodohan sendiri sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:17 PM | Show all posts
Mangsa ni lelaki ke pompuan? ke reporter ni tak reti beza antara mahasiswa dan mahasiswi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2016 01:17 PM | Show all posts
Lobai_Atheist replied at 30-8-2016 01:13 PM
mahasiswa? lelaki rogol lelaki? kenapa kau tak rogol kambing saja?

kambing tak pakai sweetring


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:17 PM | Show all posts
Aku tak menyalahkan mangsa. Mungkin dia nak jujur berkenalan manakan tahu boleh jadi suami. Ramai jer yg start ngan online chatting berakhir as suami isteri.

Cuma this man jahat. So kena berhati hati perempuan semua. please jumpa in public yg ramai orang.

Padanlah kerana syok sekejap this man merengkok dlm penjara. Bodoh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik phD tp bodoh...desperate sgt nk berlaki ke apa..asal boleh..dh la nama aplikasi pun mcm x pernah dgr..sweetRing.apa tu?nasib baik la ko x kena bunuh..
Aku suspek mangsa ni dh agak berusia brbanding suspek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2016 01:21 PM | Show all posts
MamaMima711 replied at 30-8-2016 01:20 PM
Ambik phD tp bodoh...desperate sgt nk berlaki ke apa..asal boleh..dh la nama aplikasi pun mcm x pern ...

sweetring



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:26 PM | Show all posts
diizzzek replied at 30-8-2016 01:17 PM
kambing tak pakai sweetring

konklusi reporter bodoh la...jantina pun x reti beza utk mahasiswa/wi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa umur 30an, suspek umur 22thn.
Hmmm...

Zaman skrg jgn percaya kenal via online. Sayang..belajar tinggi ibgatkan bole fikir elok sket. Low kelass taste mangsa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:28 PM | Show all posts
Lobai_Atheist replied at 30-8-2016 01:13 PM
mahasiswa? lelaki rogol lelaki? kenapa kau tak rogol kambing saja?



mahasiswi ni...
mahasiswa xbawak henbag..hehe...

akak xpernah dengor pun apps Sweetring ni..
mcm2 ye ada skrg ni..scary betul kalo xkenal betul2 bfore jumpa..
dah mendapat bencana...huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lostfaith replied at 30-8-2016 01:17 PM
Aku tak menyalahkan mangsa. Mungkin dia nak jujur berkenalan manakan tahu boleh jadi suami. Ramai je ...

I totally agree wth u..

She must really be so traumatic..Kesian begini pengakirannya....

Sila ambil indakan yg setimpal terhdp perogol ni... biar padan muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash lah kan...desperate nak berlaki ...mendapatlah ko....ni pesen budak2 phd yg xtau mende....tetibe rasa gatai nak berpakwe...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:33 PM | Show all posts
ayoooo itu macam ka ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 01:35 PM | Show all posts
sweet ring? ku pikir wechat ja selama ni yang jadi kes2 macam ni... kesian tapiiiiiii mesti perempuan ni fikir ikhlas nak cari jodoh,  tak salah nak cari jodoh cara ni, tapi please la beware bawak kawan and jangan naik kereta sma2... dalam viva pon boleh jerrr

tabah la ahkak
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:35 PM | Show all posts

garik benor kak sis @rosasa .... sangup dan sangap ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:37 PM | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 30-8-2016 01:35 PM
garik benor kak sis @rosasa .... sangup dan sangap ....

dah 30an kot.. tak kan tak boleh berfikir dengan matang.. baru jumpa sekali kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:38 PM | Show all posts
dlm kes nie aku nak cashkan perogol. kerana syok sekejap masuk jel siap kena sebat lg....best sgt ke hidup musnah kerana 5 minit.

mangsa sila move on. kecelakaan boleh berlaku di mana 2 sahaja bila ada yg jahat sebegini......

setakat sekali mengeseks no hal, bukan salah kau pun, hpefully jumpa lelaki g baik baik lepas nie....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078643 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list