CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2064|Reply: 16

[Tempatan] Generasi baharu Felda: Mana rumah kami?

[Copy link]
Post time 30-8-2016 01:24 PM | Show all posts |Read mode


mana pergi peruntukkan juta juta itu?



PROJEK sosial bagi memenuhi permintaan dan membantu generasi baharu Felda memiliki rumah mampu milik yang selesa dan sempurna antara yang dijanjikan tiga tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Himpunan Generasi Baharu Felda di UiTM Shah Alam, Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dan Perumahan Warga Felda (PWF).

Pengumuman ini disambut dengan penuh lega oleh warga Felda yang sudah bertahun-tahun menantikan berita gembira ini.

Kemudian pada 6 Oktober tahun lalu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengumumkan sebanyak 20,000 unit rumah generasi kedua Felda membabitkan peruntukan sebanyak RM380 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018 dan boleh dibeli dengan harga RM70,000 seunit.

Persoalannya sekarang kenapa terlalu ramai peneroka mengeluh kerana projek ini tidak nampak bergerak di kawasan mereka?

Sebelum ini, berlaku perang mulut antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor mengenai kelulusan projek-projek perumahan di beberapa kawasan Felda di Hulu Selangor.

Masing-masing tidak mengaku menjadi punca kelewatan projek perumahan tersebut. Kerajaan Selangor berkata tiada sebarang permohonan dari pusat mahupun Felda untuk membangunkan kawasan tersebut, manakala pusat pula menuduh kerajaan Selangor enggan memberi kerjasama. Jadi apa sebenarnya berlaku? Ikuti Sorot siri kedua hari ini mengenai kekecewaan peneroka mengenai kelewatan projek perumahan tersebut.

Segerakan pembinaan rumah generasi kedua Felda

Felda diminta menyegerakan pembinaan rumah generasi kedua Felda di negeri ini bagi menampung permintaan yang tinggi terhadap keperluan tempat tinggi khususnya bagi golongan muda.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, sehingga kini, penduduk tertanya-tanya mengenai perancangan pembinaan rumah generasi kedua Felda memandangkan tiada sebarang perkembangan sejak dirasmikan tiga tahun yang lalu.

"Di Felda Tenang, Besut, di dalam kawasan saya, memang tiada tanda bermula kerja-kerja pembinaan rumah generasi kedua ini melainkan hanya diletakkan papan tanda sahaja. Ramai juga yang bertanyakan perkara ini dan bila proses pembinaan akan dimulakan.

"Begitu juga Felda di tempat lain, sama juga keadaannya dan proses pembinaan rumah generasi kedua ini menjadi tanda tanya banyak pihak terutama penduduk setempat. Jadi, kita harap, pihak Felda dapat mempercepatkan usaha pembinaan perumahan itu bagi memberi keselesaan kepada penduduk," katanya.

Nawi berkata, di negeri ini sebanyak 1,507 unit rumah generasi kedua telah di tender dengan sebanyak 300 unit perlaksanaan sebenar di tapak telah di bangunkan di Felda Kerteh 5.

Namun, katanya, sebanyak 708 unit di Felda Seberang Tayor dan Felda Kerteh 1 terpaksa di tamatkan kontrak disebabkan masalah teknikal dan dijangka akan di tender semula bagi fasa ke-7.

“Sebanyak 269 unit telah dirancang dalam fasa ke-6 dan sedang berada di peringkat perancangan. Manakala 1,238 unit dicadangkan bagi pembangunan fasa ke-7 termasuk yang ditender semula melibatkan 708 unit di Seberang Tayor dan Kerteh 1.

“Bagi fasa ke-6 iaitu perancangan untuk 2016 hingga 2017 melibatkan Felda Belara (50 unit), Felda Cherul (60), Felda Chalok Barat (50), Felda Bukit Bading (30), Felda Mengkawang (29) dan Felda Jerangau Barat (50),” katanya.

Dalam pada itu, Nawi turut memuji usaha Felda dalam memberikan bantuan kepada peneroka yang mana dilihat dapat membantu meringankan beban mereka serta memberi kemudahan bagi mereka yang memerlukan.

Katanya, bantuan itu diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh seramai  7,459 peneroka di 20 buah rancangan Felda terutama bagi menyara kehidupan keluarga peneroka di negeri ini.

"Antara bantuan yang diberikan Felda kepada peneroka ialah bantuan khairat kematian berjumlah RM10,000, bantuan tabung kebajikan maksimum RM10,000, bantuan penyakit kronik maksimum RM10,000.

"Selain itu, bagi membantu dalam bidang pendidikan anak-anak peneroka pula, Felda menyediakan dana kecemerlangan pendidikan Felda sebanyak RM100 bagi calon cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan RM250 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, katanya, Felda turut prihatin terhadap anak peneroka yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dengan menyediakan pelbagai bantuan sebagai galakan kepada mereka.

"Antara yang disediakan ialah insentif institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu sebanyak RM500 bagi peringkat diploma, RM1,000 bagi peringkat ijazah dan RM1,500 bagi yang menyambung pengajian ke luar negara.

"Selain itu, Felda turut menyediakan dana kecemerlangan luar negara berupa bantuan biasiswa dan pelbagai pinjaman tanpa faedah telah banyak yang ringankan beban peneroka,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 02:06 PM | Show all posts
ermmmm...duit nak pam masuk ngak ade...duit GST standby nak bagi bonus penjawat awam dey....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar bleh x??? Nnt menjelang 2018 naik lah tiang tu...nk PRU kan....

Tp pastu berdoalah semoga lps result PRU segala dinding pntu tgkap bumbung dh complete okeh??
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan FELDA byk duit takkan projek terbengkalai
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah korang kat L.A sana..itu si reza sudah buat utk ummah pprt felda pegi melancong obersi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 02:36 PM | Show all posts
Abang aku antra kontraktor yg terlibat tengok projek mcm jalan jer

Banyak gak projek dia dapat dan siap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2016 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish. Ada tu cuma belum boleh nampak dengan mata kasar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 02:40 PM | Show all posts
kesian ummah felda yg sering tertipu dgn bijan....cash la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 03:28 PM | Show all posts
untungla orang felda......sabar itu indah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 03:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 05:26 PM | Show all posts

Pinjaman bank punca pembinaan
rumah generasi kedua Felda tertangguh

Edited by alzan at 30-8-2016 05:28 PM

KULIM 29 Ogos – Pembinaan rumah untuk generasi kedua Felda yang diberhentikan sementara bu­kan disengajakan, sebaliknya berpunca daripada pinjaman bank yang belum diluluskan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad bagaimanapun berkata, situasi itu bukanlah bermaksud bahawa Felda tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya.

“Keseluruhan projek untuk rumah ‘jenis’ pertama yang berharga RM90,000 sebuah itu menelan belanja kira-kira RM1.6 bi­lion. Setakat ini, Felda sudah pun membelanjakan sehingga RM500 juta bagi melaksanakannya.

“Tetapi takkanlah semuanya hendak gunakan duit Felda? Mesti gunakan pinjaman juga.

Setakat ini kami masih menanti kelulusan pinjaman dan apabila segalanya selesai pada akhir bulan ini, kami yakin rumah tersebut dapat disiapkan pada April atau Mei depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan dewan baharu yang dinamakan sempena namanya di Felda Gunung Bongsu di sini hari ini.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir serta Ahli Dewan Unda­ngan Ne­ge­ri Bandar Baharu, Datuk Nor­sabrina Mohd. Noor.

Setakat ini, sebanyak 8,470 rumah jenis itu sudah pun dimulakan pembinaannya. Kira-kira 3,000 rumah dibina telah 50 peratus siap, sementara selebihnya terhenti pa­da tahap di bawah 50 peratus.

Sementara itu, Mohd. Isa ber­kata, pembinaan 11,630 rumah untuk golongan sama bagi jenis kedua berharga RM70,000 selepas ini, akan dilakukan sepenuhnya oleh sebuah syarikat swas­ta yang sudah diteliti mempunyai sumber kewangan kukuh.

“Kali ini bukan Felda yang me­­minjam, sebaliknya syarikat tersebut yang akan menerima pinjaman daripada bank bagi membina rumah-rumah itu. Sya­rikat tersebut sememangnya ampuh dan telah dipilih daripada enam syarikat lain yang ditawarkan untuk bersaing mendapatkan projek tersebut.

“Setakat ini, kami tidak boleh dedahkan nama syarikat tetapi apa yang boleh saya katakan, kami sudah membuat keputusan dan kini di peringkat akhir untuk menandatangani perjanjian de­ngan mereka,” katanya.

Namun, katanya, apa yang le­bih dibimbangkan ialah bagaimana untuk mencari jalan bagi membantu anak-anak Felda yang tidak mempunyai slip gaji untuk membeli rumah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 05:30 PM | Show all posts
berapa banyak mahu makan?

mula2 cakap peruntukan 380jota kemudian up sikit 500juta pun tak cukup

mula2 janji harga 70,000 kemudian jual 90,000 pula.....

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 05:32 PM | Show all posts
..generasi baru Pelda ni masih dudok sana ke? kan kebanyakan dah pegi bandar2 jadi peon ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 05:35 PM | Show all posts
..duit pelda dah abih belanjo kek london lah, sudah mendunio kato Isa samad  ...

http://aff.bstatic.com/images/hotel/max500/518/5187189.jpg



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli hotel kat london
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2016 03:33 AM | Show all posts
loan kat bank pulak..yg loan ngn KWSP dlu tu btpe??dah byar balik ke blom??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.279415 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list