CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 5

Sikap Professional Tukang Paip Menyentuh Hati Masyarakat Tempatan

[Copy link]
Post time 30-8-2016 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

Sumber foto: www.thenew93q.com





Kalau dipandang sekilas mata, ramai pasti ingat berlaku lagi kes pembunuhan. Tetapi paparan gambar menunjukkan sikap professional individu tersebut terhadap kerjanya yang sememangnya disanjung tinggi masyarakat tempatan.


Di Texas, Amerika Syarikat terdapat seorang tukang paip yang sanggup merisikokan diri dengan menyelinap ke dalam limpahan air kumbahan yang kotor, hanya untuk memperbaiki saluran paip yang sudah pecah.


Setelah gambar berkaitan tersebar secara meluas di laman web, ianya terus menimbulkan reaksi yang hebat, sehinggakan sebuah syarikat seluar jeans turut bersetuju untuk menghadiahkan tukang paip berkenaan sehelai seluar jeans yang baru.


Syarikat Penyiaran Amerika Syarikat melaporkan, minggu lalu saluran paip di halaman depan rumah seorang wanita dari Texas bernama Andrea Adams, dikatakan melimpah keluar banyak air kumbahan, justeru menelefon majlis perbandaran untuk mendapatkan bantuan.


Setibanya tukang piap di tempat kejadian, bagi memotong bahagian pecah yang berukuran kira-kira 150 cm yang berada di bahagian bawah tanah, tukang paip yang penuh bertanggungjawab itu menyelinap bahagian atas badannya iaitu daripada bahagian kepala sampai ke pinggang masuk ke dalam air kumbahan yang sememangnya kotor.


Menurut Adams, sikap tukang paip yang bersikap serius dan bekerja keras dengan tugasannya amat menyentuh hatinya. Apa yang terfikir ketika itu, "suami saya semestinya tidak percaya dengan keadaan yang berlaku." jadi dia pun segera mengambil keadaan sebenar gambar tersebut.


Tukang paip tersebut seorang penjawat kerajaan bernama Jimmie Cox kini berumur 23 tahun, berkenaan paparan gambar tersebut disambut baik orang di laman web, dia menyatakan secara rendah diri, "Bagi mereka yang bekerja di bidang tersebut, ramai juga akan berbuat demikian."


Lepas itu, ada syarikat seluar jeans melihat gambar tersebut, bukan sahaja memuji tukang paip itu seorang wira masyarakat, malah berjanji menghadiahkan sehelai seluar jeans untuknya.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 04:24 PM | Show all posts
kalau hensem gmbr yg bertebaran selepas ni, ramai2 pakat rembes..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 04:43 PM | Show all posts
teringin jugak nak tau bagaimana kah wajah hero ini...
tapi alahai, selai jer seluar nak kasi?? kasi la lebih sketttt...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa takpam dulu air tu,adooiii....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 05:59 PM | Show all posts
Keruh sungguh airnya tu tak ramai yang sanggup buat benda sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059540 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list