CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1279|Reply: 16

[Tempatan] Di bawah Kerajaan BN, kini hanya 400 isi rumah miskin tegar

[Copy link]
Post time 30-8-2016 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pendapatan isi rumah di Malaysia menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan pendapatan purata sebulan sebanyak RM6,141 di samping paras median meningkat kepada RM4,585 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal setiap rakyat berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 5.4 peratus.

Kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), dalam tempoh berkenaan mendapati purata dan median pendapatan isi rumah mengalami pertumbuhan lebih cepat daripada KDNK pada paras 10.8 peratus dan 12.4 peratus masing-masing dalam tempoh sama yang direkodkan.

Selain itu, purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat sebanyak RM1,141 manakala pendapatan median menunjukkan peningkatan RM959 sebulan yang dilihat begitu efektif dalam mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.6 peratus pada 2014 berbanding 1.7 peratus pada 2012.

“Akses kepada infrastruktur terus berkembang baik khususnya kepada penduduk di Kedah, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu dengan kemudahan paip air yang terletak tidak jauh dari kawasan sekolah menengah dan fasiliti kesihatan.

“Lebih penting lagi, golongan miskin tegar juga semakin hampir untuk dihapuskan di mana hanya 400 isi rumah sahaja yang masih berada dalam kumpulan ini,” kata Laporan Keadaan Isi Rumah edisi kedua yang dilancarkan di sini, semalam.

Pelancaran buku itu disempurnakan Pengerusi KRI, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sambil disaksikan Pengarah Urusannya, Datuk Charon Mokhzani. Laporan itu dibahagikan kepada tiga tema merangkumi isi rumah dan pendapatan isi rumah, tenaga kerja oleh golongan wanita serta populasi golongan tua.

Meskipun Malaysia diduga dengan ketidaktentuan ekonomi pada 2014 dan 2015 seperti kejatuhan harga komoditi, persekitaran dagangan global yang perlahan dan kedudukan rendah ringgit, namun ia bukan penghalang kepada pertumbuhan cemerlang ekonomi negara.

Sejak 1980 hingga 2015, KDNK nominal meningkat sehingga 22 kali ganda iaitu daripada RM53.5 bilion kepada RM1.2 trilion. KDNK nominal setiap rakyat berkembang 9.9 kali dalam tempoh sama. Selain itu, prestasi yang dicapai negara adalah lebih tinggi berbanding purata negara berpendapatan sederhana tinggi seperti Brazil, Mexico dan Turki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 04:27 PM | Show all posts
cam kajian syok sendiri je.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 04:38 PM | Show all posts
mengarutlah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 04:55 PM | Show all posts
400 miskin tegar yg tinggal.. sebb masih banyak yg miskin nak mampos...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
buleh caya ke ni
research by khazanah??bukanke khazanah tu glc bawah ketiak najib ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2016 05:02 PM | Show all posts
macam mana nak tahu miskin tegar?

Semenanjung, pendapatan perkapita RM140
Sabah, pendapatan perkapita RM150
Sarawak, pendapatan perkapita RM160

Kaedah pengiraan, katalah satu family ada suami, isteri & 3 anak stay dalam satu rumah. yang bekerja cuma suami dengan income kasar RM700 sebulan. So, RM700 bahagi dengan 5 orang serumah, jadi RM140 adalah pendapatan perkapita. Jatuh dalam kategori Miskin Tegar.

Dengan pelaksanaan gaji minimum, mungkin golongan miskin tegar ni dapat dibasmi.

Sekian penerangan iols
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 05:17 PM | Show all posts
rancangan Bersamamu terbitan TV3 suku makin sukarlah untuk mencari pelanggan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 06:35 PM | Show all posts
alhamdulillah Najibnomics
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh percaya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Merepek je kajian ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 06:55 PM | Show all posts
Kalau lagi 8 tahun lagi Najib memerintah, aku percaya bukan saja tiada lagi orang miskin, 1 orang pengemis pun kita tak akan jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis yg semakin ramai dok beratur ambik makanan utk gelandangan tu ape? Zombie
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tak percaya langsung
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 11:44 PM | Show all posts
10 crita yg puak2 umno sampaikan.....
50 adalah crita tipu.....

pikir la sendiri.....


HAr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2016 03:27 AM | Show all posts
sape la puak2 bodoh nih nak kencing gamaknye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.114818 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list