CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3978|Reply: 45

[Tempatan] {1} Sijil Cuti Sakit Palsu Dalam Talian !

[Copy link]
Post time 1-9-2016 07:05 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA, 31 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini menggesa dihentikan segera aktiviti penjualan sijil cuti sakit secara dalam talian yang dikesan masih berleluasa.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penjualan sijil cuti sakit palsu sedemikian mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada produktiviti negara, isu-isu perundangan dan sebagainya.

Katanya, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang mengambil mudah mengenai perkara itu, sehingga mengiklankan penjualan sijil berkenaan secara dalam talian, sama ada dengan atau tanpa penglibatan pengamal perubatan dan pergigian berdaftar di klinik dan hospital swasta mahupun kerajaan.

"Walaupun pelbagai alasan diguna untuk menghalalkan penyalahgunaan sijil cuti sakit, tetapi kementerian menegaskan bahawa sijil itu merupakan satu bentuk dokumen pengesahan yang hanya boleh dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan atau pergigian berdaftar.

"Dari segi perundangan, sijil cuti sakit yang boleh diterima pakai hanyalah yang dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar... atau oleh seorang pengamal pergigian berdaftar," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Noor Hisham berkata berdasarkan garis panduan di bawah Code of Professional Conduct yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Majlis Pergigian Malaysia (MDC), pesakit perlu diperiksa dengan teliti oleh pengamal perubatan atau pergigian.

"Sijil cuti sakit hanya dikeluarkan jika didapati pesakit itu benar-benar tidak dapat menjalankan tugas mereka," katanya.

Beliau meminta orang ramai menghindarkan diri daripada menggunakan perkhidmatan penjualan sijil cuti sakit dalam talian kerana tindakan mengemukakan sijil palsu boleh menyebabkan seseorang itu dibuang kerja.

Sehubungan itu, beliau  menyarankan majikan atau ketua jabatan bertindak tegas untuk tidak menerima sijil cuti sakit palsu.

Noor Hisham berkata majikan, ketua jabatan serta orang perseorangan yang meragui kesahihan sijil cuti sakit atau mengetahui wujudnya aktiviti penjualan serta pengeluaran sijil cuti sakit palsu, perlu membuat laporan polis.

Bagi aktiviti berkaitan pengamal perubatan berdaftar, aduan boleh dibuat kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) manakala aduan ke atas pengamal pergigian disalurkan kepada Majlis Pergigian Malaysia (MDC), katanya.

Aduan bagi kejadian penjualan sijil cuti sakit palsu membabitkan klinik atau hospital swasta boleh dibuat melalui emel di ckaps.aduan@moh.gov.my.

-- BERNAMA                       
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2016 07:17 AM | Show all posts
Ada juga mcm ni?  Majikan sure akan tengok dari klinik mana.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 08:22 AM | Show all posts
susah sangat ke nak dapat MC? Aku tak pernah tipu, biasa aku pegi klinik panel aku cakap terus terang aku nak cuti hari ni sebab aku rasa kurang sihat, aku cerita la semalam aku krisis dengan bos la, kena teruk dalam meeting la sampai malam aku tak boleh tidur, doktor check aku lebih kurang, cakap jangan stress, bagi MC alasan tak fit untuk datang kerja hari tu...tapi tak boleh la tiap2 hari ko buat cam tu, mati la, kalau abah ko doktor pun dia tak dapat bagi ko MC hari2....doktor siap cakap kat aku, nak bagi MC ni budi bicara  diorang, jangan tipu je, kalau dia rasa ko ade masalah psikologi sampai perlu cuti hari tu, dia boleh bagi MC suruh ko rehat....tapi aku memang betul bermasalah nak tido pun time aku gigih ber MC dulu......
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 08:28 AM | Show all posts
aku tak suka sakit..wala sakit seklipun aku diberi mc 2 hari hanya 1 hari saja aku amik..duk umah mc pun kena buat keje lagi berat dari duk opis..elokler keje.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 08:30 AM | Show all posts
Company aku bagi MC tipu terus kena buang kerja. HR akan check dgn klinik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 08:49 AM | Show all posts
ada ke dlm talian jerk..
x sakit pun tipu2 sakit
dpt sakit sungguh2.. x sembuh2 baru tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2016 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumer benda jual online...sampai mc pun jadik
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 09:08 AM | Show all posts
Kreatifnya rakyat Malaysia menyambut saranan Ahmad Maslan untuk buat kerja tambah pendapatan.

X sangka ada yang sanggup buat servis mc palsu dalam talian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2016 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu ade kenal sorg budak jual mc gomen palsu..10 hengget selai kot..berani dia berniaga..member aku ade yg bli psl susah nak amek cuti AL.bos kekwat
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 09:47 AM | Show all posts
sng nk dpt MC skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 10:14 AM | Show all posts
sebagai pentadbir, i memang menyampah staf yang kejap2 whatsapps cakap dia mc sebab sakit perut/cirit birit
lagi menyampah dengan orang yang cakap mc, tapi the following day, tak bawa pun surat mc.
after a week cakap surat mc hilang
itu memang i anggap EL je

dan walaupun i akan bagi permission, tapi sebenarnya i menyampah dengan orang2 yang ambik half day off sebab nak teman isteri pergi monthly checkup

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Selasa aritu sorang staff x dtg keje. Arini pagi2 bagi aku MC. Aku tgk MC tu lain macam walaupun dari klinik panel. Siap compare lagi dgn MC yg lain.

Mase minum pagi tadi, aku lari kejap g klinik panel tu. Nak confirm MC betul ke tipu. Sekali nurse tu ckp, itu time slip. Adoiii....malu nyer. Nape la aku x tgk betul2 time slip tu. Patut la kecik jer kertas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 11:35 AM | Show all posts
biskutsusu replied at 1-9-2016 10:14 AM
sebagai pentadbir, i memang menyampah staf yang kejap2 whatsapps cakap dia mc sebab sakit perut/ciri ...

abis klu bkn laki yg temankan..sape lg yg nk teman??org ngandung nie xsama..ade morning sickness teruk..ade yg ok..dh kawin ke blm??
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Menipulah sakit semuga Allah bg sakit lg teruk baru hanpa tau...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
biskutsusu replied at 1-9-2016 10:14 AM
sebagai pentadbir, i memang menyampah staf yang kejap2 whatsapps cakap dia mc sebab sakit perut/ciri ...

Dh kalau x nk bg jgn lah bagi..ini tidak mengungkit plak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 11:47 AM | Show all posts
kelip2_07 replied at 1-9-2016 11:35 AM
abis klu bkn laki yg temankan..sape lg yg nk teman??org ngandung nie xsama..ade morning sickness t ...

dua kali i mengandunganak2 i dah 8 dan 6 tahun
i tak menyusahkan husband untuk jadi supir hantar i ke klinik untuk checkup
lagi sehari dua nak bersalin pun i ok je bawa kereta sana sini
lagipun nak menunggu di klinik tu lama
nak bawak husband buat apa?

husband i bekerja makan gaji
dan tak perlu i nak ambik waktu kerja di mana dia sedang dibayar gaji untuk urusan peribadi



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2016 11:48 AM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 1-9-2016 11:39 AM
Dh kalau x nk bg jgn lah bagi..ini tidak mengungkit plak.

i cakap dalam forum je
takde la i cakap depan2 diorang

jadi pentadbir bukan boleh ikut hati

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 11:49 AM | Show all posts
Bab mC ni kat aku memg sensitif, aku mc pon kene paksa masuk office, ms aku nak mc tu la aku nak buat treatment bagai, 3 minggu doktor bg mc, tp aku kene paksa masuk office, sudahnye treatment aku kelaut, terpaksa ambil cuti plak, so bila aku g treatment, doktor marah sebab aku lewat, so dpt lg 3 minggu mc dengan syarat jangan masuk office dan teruskan treatment,

Tapi Alhamdulillah skrg ni bos aku da tak bising aku mc selepas dia kene marah kaw2 dengan aku.... Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 12:07 PM | Show all posts
biskutsusu replied at 1-9-2016 11:48 AM
i cakap dalam forum je
takde la i cakap depan2 diorang

ok la..aku bkn ape..aku benci org yg jnis xmemahami mslh org lain..cth ank demam pns smpai msk wad..xbg cuti..tp kucing ko sakit..berlari-lari blik awal sbb nk bwk kucing g klinik...babi sgt perangai ank dara tua kt opis aku nie...aku suka bos lelaki..lbh memahami wlpn dia xngandung..dia lbh phm..psl mslh ank2 pn dia blh phm
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 12:15 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 1-9-2016 12:07 PM
ok la..aku bkn ape..aku benci org yg jnis xmemahami mslh org lain..cth ank demam pns smpai msk wad ...

I like your statement 200%
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.085587 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list