View: 8810|Reply: 146
|
[Tempatan]
Wanita kesunyian rugi RM2 juta ditipu hidup-hidup Love Scam
[Copy link]
|
|
MELAKA, 31 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 78 kes kes penipuan 'African Scam' dan 'Love Scam' melalui laman sosial Facebook direkodkan di Melaka di antara Januari hingga Julai tahun ini, yang mencatatkan kerugian lebih RM2 juta.
Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, jumlah kes penipuan itu meningkat berbanding 50 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata kes terbaharu melibatkan seorang surirumah berusia 43 tahun yang kerugian RM721,000 pada 11 Ogos lepas dan seorang pensyarah kolej berusia 43 tahun dengan kerugian RM402,000 pada 12 Ogos lepas.
"Modus operandi sindiket itu adalah berkenalan dengan mangsa melalui Facebook sebelum memperdaya mereka untuk mendapatkan wang. Sasaran sindiket adalah wanita kesunyian.
"Kita nasihatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati semasa berkenalan dengan lelaki di Facebook dan jangan sewenang-wenangnya memberi mereka wang," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka, Bukit Beruang di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ahli sindiket itu dipercayai berasal dari benua Afrika dan siasatan awal mendapati mereka menggunakan akaun bank mangsa terdahulu untuk menipu mangsa baharu.
Tambah beliau, dalam kes surirumah itu, anggota sindiket memperdaya mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai ahli perniagaan yang menghadapi masalah kewangan dan mengajak mangsa melabur dalam perniagaannya.
Beliau berkata, pensyarah kolej itu pula terpengaruh dengan kata-kata manis anggota sindiket yang berjanji memberikan hadiah mewah kepadanya. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannnn... Itu je yg mampu daku katakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
byk tul duit wanita kesunyian ni ek |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya mangsa2 ni. Kalau duit banyak, why not pi shopping? Bukankah shopping merupakan terapi kepada kaum wanita? |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka tidak merokok . Peruntukan untuk itu disimpan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Shopin hanya smpai kul 10pm je...lepas tgah malam wanita2 ini kesunyian dik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas pukul 10 pm, boleh layan online shopping. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai penyangak love scam sedang merancakkan operasi mereka dengan meletak muka profile Mediterranean look decent man sedang mencari teman hidup..ade skli tu diorg letak muka org melayu..celaka betul. pastu aku tk delete lepas dia add..tengok2 muka lain pulak kt profile dia dgn nama lain. |
|
|
|
|
|
|
|
ada 2juta tapi hidup kesunyian? sedih betul hidupmu huhuuu.. g la holiday bwk famly @ kawan2.. buat kebajikan ke... sedihnya... meh tabur sini sket 2juta tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita kesunyian rugi RM2 juta ditipu hidup-hidup Love Scam---->tajuk
bila baca tajuk aku pk sorg prmpuan yg rugi 2 juta..
rupanya kumpul2 mangsa tambah2 nilai jadilah nilai 2 juta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah lelaki malaysia. Ndak perempuan yg cun, putih dan ramping sahaja!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Senang2jer kena tipu |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan yang berpelajaran pun sama menjadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau da duit byk berkepok ..
gi la melancong 1 dunia, mkn angin shopping2
wat per bg kat jntn2 tu..
kalau jntn2 tu da mula minta duit, mmg jnis x guna
jgn la percaya lg |
|
|
|
|
|
|
|
wanita2 terlebih educated
berumur 40-an yang kesunyian
yang banyak wang ..antaranya dihabiskan utk melanggan gigolo di kl, budak2 U anak ikan
yang mengidam batang negro
selayaknya la kena
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih saudara protonpersona pengerusi majlis..
saudara-saudari sekalian, terdapat 3 kategori wanita2 kesunyian, yakni:
1. 28-34 tahun - andartu junior
2. 35-39 tahun - andartu senior
3. 40 tahun keatas - andartu forever
sekian, terima kasih.
assalamualaikum, warohmatullahi wabarakatuh
|
|
|
|
|
|
|
|
korang pun...bukanlah dia maksudkan ada 2 juta cash on hand nak soh gi buat menda berfaedah..
harus gegel2 ni sanggup buat loan untuk bantu bisnes kekasih hati..
apakan daya....masa tak akan kembaliiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
kerap betul dgr crite2 begini..jumpa x pernah tp senang2 je bg duit..aku ni kdg2 nk soping online bg duit kt org pon pikir smpai masak |
|
|
|
|
|
|
| |
|