CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7328|Reply: 16

Shah Alam Antlers Football Club

[Copy link]
Post time 14-9-2016 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 12:14 PM | Show all posts
Logo macam ke arah Tottenham Hotspur

ada kena mengena ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 03:04 PM | Show all posts
pmknfhontour replied at 15-9-2016 12:14 PM
Logo macam ke arah Tottenham Hotspur

ada kena mengena ke?

yang tubuh kelab ini peminat spurs

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2016 12:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2016 12:12 PM | Show all posts
APA ITU SHAH ALAM ANTLERS FC ?





Shah Alam Antlers FC merupakan kelab bola sepak Shah Alam yang berasaskan komuniti. Ia ditubuhkan oleh 7 orang peminat bola sepak yang mahukan perubahan dalam atmosfera bola sepak Malaysia yang regresif.

Ditubuhkan pada September 2016, aspek pemasaran Shah Alam Antlers FC diurus oleh Shah Alam Antlers LLP. Syarikat ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif.


MENGAPA 'ANTLERS' ?

Nama Antlers dipilih kerana salah satu binatang yang berada dalam logo Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah rusa; haiwan yang melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Satu lagi binatang dalam logo MBSA adalah harimau.

Selain itu, nama 'Antlers' juga dipilih sebagai penghargaan kepada pengurusan kelab J1 League, Kashima Antlers yang sudi meluangkan masa dengan barisan pengurusan kelab kami untuk mengajar cara-cara pengurusan kelab yang mampan, tersusun dan profesional.

MENGAPA SHAH ALAM ANTLERS FC DITUBUHKAN ?

1. Letih dengan etika pengurusan pasukan bola sepak negeri yang lemah, Shah Alam Antlers FC ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah kelab bola sepak yang mempunyai etika pengurusan yang telus, profesional dan mesra penyokong dan komuniti setempat - seperti yang dikehendaki sejak sekian lama oleh peminat bola sepak tempatan.

2. Disebabkan kami tak berupaya mengubah bola sepak dari ekosistem pengurusan sedia ada, kami mengambil keputusan untuk mencipta ekosistem pengurusan seperti yang diimpikan oleh peminat bola sepak tempatan sendiri.

Walaupun sudah berbuih mulut peminat bola sepak tempatan menasihati pengurusan pasukan negeri, mereka langsung tidak buat peduli. Ini bukti pengurusan pasukan negeri tidak peduli dengan pendapat peminat bola sepak tempatan.

Shah Alam Antlers ditubuhkan untuk menjadikan komuniti peminat bola sepak di Shah Alam sebagai salah satu suara peneraju kelab.

3. Memberi platform dan peluang kedua kepada pemain-pemain berbakat yang digagalkan oleh kepincangan pengurusan pasukan bola sepak negeri.

4. Menyokong usaha merakyatkan kelab bola sepak seperti yang dilakukan oleh Terengganu City FC. Diharapkan lebih banyak kelab bola sepak berasaskan komuniti seperti ini akan ditubuhkan di Malaysia.

SIAPA PENAUNG SHAH ALAM ANTLERS FC ?

Shah Alam Antlers FC diterajui oleh presiden, En. Ahmad Suffian dan Ketua Pegawai Eksekutif, En. Ahmad Yani. Kecewa dengan politik yang bermaharajalela di pengurusan pasukan negeri di Malaysia, mereka mengumpulkan 6 individu yang berbakat dalam pelbagai aspek pengurusan bola sepak untuk membentuk sebuah 'pasukan pengurusan impian' (football management dream team).

6 individu ini merupakan pakar dalam bidang :

i. Pemasaran bola sepak
ii. Media bola sepak
iii. Undang-undang bola sepak
iv. Perhubungan awam bola sepak
v. Teknikal bola sepak
vi. Operasi harian kelab bola sepak

DI MANA HOMEBASE SHAH ALAM ANTLERS FC ?

Halaman (homebase) Shah Alam Antlers FC adalah di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, Seksyen 21, Shah Alam.

BETULKAH SHAH ALAM ANTLERS FC KELAB SATELIT KASHIMA ANTLERS ?

Tidak. Kami hanya berguru pengurusan kelab dengan Kashima Antlers dengan menggunakan wang poket kami sendiri. Setakat ini, tiada hubungan rasmi antara Shah Alam Antlers FC dan Kashima Antlers FC.

BETULKAH SHAH ALAM ANTLERS FC MERUPAKAN PROKSI JDT V ?

Tidak. Khabar angin ini tiada asasnya. Saiz banner media sosial yang sama dengan JDT bukan bermakna ia dihasilkan oleh pasukan media JDT.

APA YANG PENDUDUK SHAH ALAM AKAN DAPAT DARI SHAH ALAM ANTLERS FC ?

1. Kelab bola sepak yang meletakkan orang-orang Shah Alam sebagai anggota kelab paling penting.

2. Kelab bola sepak yang mengamalkan etika pengurusan kelab yang telus, profesional dan mesra komuniti setempat.

3. Platform buat anak-anak muda Shah Alam untuk terlibat secara langsung dalam pasukan dan pengurusan kelab bola sepak.

4. Kelab bola sepak yang tidak dibiayai oleh mana-mana individu kaya-raya. Jadi ia bebas dari pengaruh dan telunjuk individu yang mempunyai agenda kotor.

5. Kelab bola sepak yang mempunyai model perniagaan yang profesional, telus dan mampan. Kewangan kelab bergantung kepada prestasi perniagaan Shah Alam Antlers LLP/Shah Alam Antlers Sdn Bhd dan sokongan orang-orang Shah Alam.

APA LANGKAH SETERUSNYA BAGI SHAH ALAM ANTLERS FC ?

1. Meminda perlembagaan kelab atau mewujudkan jawatankuasa eksekutif khas yang membolehkan penyokong mempunyai kuasa dan suara dalam menentukan hala tuju Shah Alam Antlers FC.

2. Membuat pemilihan pemain dan mendaftar pasukan untuk masuk ke Divisyen 3 Liga Persatuan Bola Sepak Selangor (divisyen ke-6 dalam piramid bola sepak Malaysia).

3. Memperhebatkan kempen mempereratkan hubungan kemasyarakatan dengan 650,000 penduduk Shah Alam.

4. Memperkemaskan aspek pengurusan kelab supaya menjadi kebanggaan seluruh penduduk Shah Alam.



#ALLFORTHECITY



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2016 12:15 PM | Show all posts



Moto saya sangat mudah :

Untuk memperbaiki diri anda sebagai pemain bola sepak, anda perlu lakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.

Anda bukannya berlatih sehingga anda dapat melakukan perkara itu dengan sempurna. Sebaliknya anda perlu berlatih sehingga anda susah melakukan kesilapan.


Massimo Giannelli

Pengarah Teknikal
Shah Alam Antlers FC


#ALLFORTHECITY



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2016 07:13 PM | Show all posts
PEMILIHAN PEMAIN UNTUK LIGA DIVISEN 1 SELANGOR.





Sukacita dimaklumkan bahawa sesi pemilihan untuk pasukan Shah Alam Antlers Football Club akan di adakan pada hari AHAD, 2hb Oktober 2016 bertempat di Stadium Panasonic, Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21 Shah Alam, Selangor bermula pada jam 8.00 PAGI.

Syarat - syarat

1- Warga negara Malaysia
2- Berumur 17 - 27 tahun
3- MESTI berpakaian yang bersesuaian sebagai seorang pemain bolasepak.
4- Gambar passport 2 keping dan salinan kad pengenalan.

Jumpa anda di sana.

#AllUniteForTheCity



Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 11:17 AM | Show all posts
HangPC2 replied at 17-9-2016 03:04 PM
yang tubuh kelab ini peminat spurs



ahmad yani tu.. yang FB dia Ayani tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2016 03:45 PM | Show all posts
pmknfhontour replied at 30-9-2016 11:17 AM
ahmad yani tu.. yang FB dia Ayani tu ke?


ya orang yang sama.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 04:20 PM | Show all posts
HangPC2 replied at 30-9-2016 03:45 PM
ya orang yang sama.........

memang tegar Come On You Spurs lah dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2016 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2018 11:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:57 AM | Show all posts
satu penghormatan apabila menjadi kelab liga komuniti pertama bermain di Piala Emas Raja-Raja
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 07:57 AM | Show all posts
good
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Famous la korang kena featured kt Twitter AS Roma
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 07:42 PM | Show all posts
The name Antlers was chosen because one of the animals in the Shah Alam City Council logo (MBSA) was a deer; animals that symbolize loyalty to the King and the State. Another animal in the MBSA logo is a tiger. Psiphon

Additionally, the name 'Antlers' was also selected as a tribute to J1 League club management, Kashima Antlers who spent time with our club management line to teach ways to manage a sustainable, organized and professional club.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2020 09:46 AM | Show all posts
Malaysian League Title (1979 - 2020)







Credit : Sportimes.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.073178 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list