Edited by madknownz at 14-9-2016 01:05 PM
Kuasa Wanita atau bangang??
Fuzhou, China: Seorang wanita mengikat tali di leher teman lelakinya dan membawa kekasihnya bersiar-siar di bandar ini seperti seekor anjing. Pasangan itu dilihat di sebatang jalan di bandar ini pada Jumaat lalu dan menjadi viral di laman sosial di China. Beberapa gambar tersebar di Internet menunjukkan wanita itu berjalan sambil memegang tali diikat di leher teman lelaki yang merangkak seperti anjing. Wanita itu juga dilihat bercakap dan mengusap kepala lelaki berkenaan. Orang ramai yang kehairanan mula mengerumuni pasangan itu untuk merakamkan gambar. Sumber: HMetro
Saksi berkata: 'Lelaki itu diikat dan dipaksa untuk merangkak manakala perempuan itu berkata di khalayak ramai bahawa "INI ADALAH ANJING"
Tindakan itu mendapat reaksi netizen yang geram dan keliru.
Sementara yang lain mengatakan: "Di mana martabat seorang lelaki? '
Dan satu netizen komen: "Jika dia anjing, kenapa dia memakai pakaian?"
Namun, alasan perilaku wanita masih belum diketahui.
|