CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11052|Reply: 36

Tolong adik beradik pinjam duit

[Copy link]
Post time 15-9-2016 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by monxys at 15-9-2016 10:34 AM






Assalamualaikum dan salam sejahtera warga cg..

   saja nak bukak benang untuk cerita permasalahan yang terjadi kepada sorang member aku ni.. kesahnya pasal hutang.. aku dapat snap conversation ni dari henfon member aku untuk dijadikan iktibar,memanglah adik beradik kalau tidak kita yang tolong sape la lagi nak tolong kan..tak semua adik beradik perangai macam ni.. ada yang ok korang dikira bertuah..bab2  duit ni jangan la buat main2..
  menurut sumber, adik/abang  dia yang pinjam ni xbayar2 dari bulan 3 sampai sekrang..jumlahnya tidaklah begitu banyak beriban2,tapi hutang tetap hutang bukan?bila tanya mesej hanya seen sahaja.. sebab member ni nak pakai duit sangat baru lah dia reply mcm conversation di atas.. dan kemudian barulah adik/abang dia nii reply dengan agak bagi aku kurang enak untuk si penghutang.. mungkin sesetengah orang murah hati untuk menghalalkan hutang,tapi kadang2 tak semua orang berduit sentiasa kan.. masa nak pinjam bukan main berbahasa basi..masa mintak balik..hmm.. zaman sekarang orang yg mintak  pinjam  yang maki2 bila si peminjam nak mintak balik..

korang ada masalah macam ni? cuba korang cerita lak masalah orang xnak bayar hutang ni..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 09:51 AM | Show all posts
pic tak keluar..

anyway, dari dulu sampai sekarang dah berbuih mulut cakap..
pasal duit, anak beranak adik beradik pun boleh bercakar..
sila masukkan dalam kepala otak dan stop jadi banker..
kecuali kalau ko betul-betul kaya duit tak habis tak kisah nak halalkan takat 50 60 ribu..
kalau rm100 pun ko dah rasa terkilan, then jangan sesekali bagi orang pinjam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 10:37 AM | Show all posts
for me mmg tak salah tlg adik-beradik...cuma kena berpada2 la...sbb bab duit ni boleh juga bawak bergaduh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 10:41 AM | Show all posts
alahai apesal xkeluar gambar [ulakk
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 10:54 AM | Show all posts
dua dua salah..jgn asik nk salahkan yg meminjam sahaja dan suruh org tu je berubah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:28 PM | Show all posts
mcmnilaa kalau berhutang.. mmg mcmtu..

kalau org nak pinjam rm100, ko bg 10% jer, kurg2 x ralat.. dr fadzilah kamsah pun ckp mcmtu dlm radio sinar baru2 ni..

itu kalau rm100 bolehlaa amik kira 10% bermakna rm10.. kalau ribu riban ko bgla plg cikai yg ko mampu kira sedekah..

org mcmni, kita jgn bg ikan tp elok bg mata kail, biar dia pancing sendiri ikan..

adik beradik ke org lain ker, kena mcmtu.. kdg2 sebab hutang rm100 pun boleh bermasam muka..

aku baru ni kawan yg dah lama putus hilang tak tau kemana, tup2 wasap aku tya khabar bagai.. cerita2 sikit pasal kisah mak dia sakit.. tup2 nak pinjam duit.. katanya nak pinjam rm50 rm60 cmtu jer, lakinya gaji, bayarlaa.. tp aku ckp kat dia, aku boleh bg rm30 jer dan aku halalkan jer.. tp still katanya akan byr tp ko rasa bayar ker tak? memang tak laa kan.. so aku mmg malas nak mengharap awal2, tu awal2 aku bg skdr termampu jer.. aku mmg anggap sedekah jer.. aku x ralat, dia pun x ralat sebab xdekla x dpt lgsg dr aku lepas usaha dia "mencari" aku semula tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2016 03:52 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 15-9-2016 01:28 PM
mcmnilaa kalau berhutang.. mmg mcmtu..

kalau org nak pinjam rm100, ko bg 10% jer, kurg2 x ralat.. ...

iols pun sama mcm uols tak kiralah siapa nak pinjam duit

tp biasa adik beradiklah

bagi sikit pastu cakap ambik jer ... sebab kadang bila kita terdesak nak duit
mesti kita berharap sedikit sebanyak dgn yg hutang kita tu membayar


senang citer bagi pinjam tu macam bagi saja ajelah


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 04:47 PM | Show all posts
ahnafnia replied at 15-9-2016 03:52 PM
iols pun sama mcm uols tak kiralah siapa nak pinjam duit

tp biasa adik beradiklah

adik beradik, busuk2 pun kita boleh tutup mata lagi n halalkan jer.. kalau org lain, tya dalam hati kita, kita halalkan ker tak?

walau rm100 pun konfem teringat2 punya melainkan mmg kita pya duit ni x habis2..

sebab tu bila nak bg duit kat org lain, konsep saya, bg semampunya jer, rm30 n kebawah, sudahlaa.. dia x byr pun kita xdekla sakit ati n teringat2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 06:06 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 15-9-2016 04:47 PM
adik beradik, busuk2 pun kita boleh tutup mata lagi n halalkan jer.. kalau org lain, tya dalam hat ...



yg meminjam tu mmg ala2 lupa dah ...

yg dipinjam tu mmg x leh lupa





Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 06:42 PM | Show all posts
Bab pinjam-meminjam duit di kalangan adik beradik atau sdr-mara ini memang  payah sikitlah  nak handle.  Tak ditolong,  si peminjam tu  adalah adik beradik kita  or pak sedara-mak sedara kita.  Tetapi bila  dah diberi pinjam, liat pulalah nak membayarnya.  Masa nak meminjam, rayuannya manis,  tetapi bila kita tanya bila nak bayar, mulalah hatinya bengis.  Bila tak diberi pinjam, mulalah mengungkit..... tak  berhati perut, sdra susah pun tak nak tolong or takut benor orang tak bayar.
Dlm Islam pun seharusnya jika sudah sampai tempoh untuk membayar hutang ttpi masih belum mampu membayarnya, si peminjam patut  memberi khabar  kpd orang yg memberi pinjam, minta tangguh pembayaran.  Dlm pada itu berusahalah cari duit untuk membayar pinjaman, kalau tak dpt  melunaskan sepenuhnya bayarlah sebahagian, at least  nampaklah usahanya  untuk membayar, bukan buat dek aje.
Satu lagi halnya, jika  sesape yg tidak dpt pinjaman drp sdranya, tak harus  mengungkit2 atau marah kerana duit  yg tak mau diberi adalah haknya.  Dia yg mencari duit.  Jadi kalau  dia tak mau memberi itu hak mutlaknya.  Binalaah sikap bercermat jimat  dan menabung  bagaikan menyediakan payung sebelum hujan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak kasi pinjam, kasilah amount yg kira kalau tak dapat balik ko tak ralat. Meaning kira burn jelah.

Aku kasi pinjam kat cousin aku. Dia kata nak bayar balik. Aku cakap tak payah. Dia kata dia nak bayar. Aku diam je. Senyum. Now dia masam muka ngan aku. Elak utk berjumpa. Tak minta langsung pun. Tapi mungkin dia malu. See.

Kalau aku tau tak kasi pinjam hari tu kalau tau hubungan kami jadi begitu. So rapuh ya amat just because of money.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku da minta byk kali last skali aku kata mmgxkn halalkan n aku xkn minta2 lg. jatuh nye mcm aku yg salah minta duit aku balik. Blh die kata x sangka perangai ko gini disebbkn duit!!! Eh bengong patutnye ayat tu aku yg kasi kt ko... Dah la pinjam duit org pastu xnk byr . Ko ingt duit tu hatuh dr langit? Aku keje jd kuli kot. Pinjm konn nk beli susu anak samp beratus tp beli makeup. Samp skrg aku ingt n xhalalkn .
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku Bab2 hutang ni kalau aku tahu org tu memang jenis tak bayar aku akan bagi pinjam setakat yg aku boleh halalkan je... So kalau dia tak bayar hati tak sakit... Tu pun dua tiga kali je lah aku bagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang kawan aku ni (sekarang dh ex-kawan la kot), hidup dia ni mmg susah gila. Laki malas kerja, selalu tak cukup duit nak belanja rumah. Banyak kali pinjam duit dgn aku, aku bagi, walaupun hutang lama tak settle lagi. Last hari tu dia nak pinjam lagi, aku dah fedup sbb rasa mcm aku ni dah jadi mesin atm dia. Bukannya aku tak ikhlas nak bg dia pinjam selama ni, tp tengok dia macam tak malu je, sikit2 pinjam, sikit2 pinjam, lama2 aku pun sakit hati. So masa yg last dia nak pinjam tu aku bagi la alasan takde duit, kalau aku bagi dia pinjam, aku pulak yg takde duit nanti. Korang nak tau.. dia terus tak nak pandang aku dari hari tu, kalau terserempak pun buat2 tak nampak je. Sungguh tak sangka aku, disebabkan aku tak tolong dia sekali ni, pertolongan aku yg dulu2 tu dia tak kenang langsung, dah beribu hutang dia tak bayar lagi, ada hati nak sombong dgn aku, pigi dah!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat bodoh je
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
virgo19 replied at 15-9-2016 11:53 PM
Ada sorang kawan aku ni (sekarang dh ex-kawan la kot), hidup dia ni mmg susah gila. Laki malas kerja ...

Teruknya perangai dia.. biarlah dia nak menyombong pun.. Tak perlu pun kawan macam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 16-9-2016 02:10 AM
monxys replied at 15-9-2016 08:44 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga cg..

   saja nak bukak benang untuk cerita pe ...


Bila sebut hutang, teringat sewaktu saya mengaji, junior mintak pinjam duit dalam RM400 aje. Berjanji mahu bayar dalam seminggu, berbulan2 tanya dgn cara baik, dia mengelak.

Dan yg paling sedihnya, siap hantar junior lain, gertak saya kata dia pinjam "RM10" aje siap nak bertumbok2.

Hidup ni, tak perlu fikir org yg tak mau bayar hutang. Yang penting, kita ikhlas nak tolong. Kekadang tu "ujian Allah" tu kenalah terima. Mungkin mereka ada masaalah, dan Allah lupakan mengenai hutang itu.

Dulu, saya ada sorang kawan, buat hutang utk kahwin, tiba2 adik masuk universiti. Duit kahwin tu digunakan utk yuran dan lain2. Waktu nak kahwin, pening si abang nak cekau duit "kerana adik masih belajar". Last sekali kawin juga, selepas calon isterinya bertanya abangnya yg marah2 "kalau abang ada adik nak mengaji, sanggup tak abang bagi duit utk adik atau abang lebih pentingkan utk berkahwin?". Kawen juga akhirnya.

Jika kerana duit, duit simpanan kita utk kawen tergugat, maka berserahlah kpd Allah dan nyatakan kebenaranNya kpd calon. Jika calon menolak, dunia ini luas! Duit bukanlah asbab utk kehidupan, sebaliknya asbab utk beramal soleh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 15-9-2016 01:28 PM
mcmnilaa kalau berhutang.. mmg mcmtu..

kalau org nak pinjam rm100, ko bg 10% jer, kurg2 x ralat.. ...

Sama la weh cerita kita. Lepas aku kawen ade lah dalam bertahun x penah kontek. Tetibe wasap aku ape kabo sume dah ade baby lom..hujung2 rupe2nye nak pinjam duit.. Nak pinjam seratus. Aku bagi jela x de kurang jumlahnya, sebab pikir die ni tengah terdesak agaknye tak penah2 pinjam kat aku tetibe je mintak.

Aik..lepas aku transfer terus senyap xde lah nak kata terima kasih ke hape. Haram punye pempuan. Sampai nak hujung tahun senyap. Bila aku wasap die seen, kata no sume hilang x dapat nak kontek. Ok lah aku layan jelah. Bagi no akaun sume aku kata nnt dah ade duit transfer la kat aku. Dah sampai la sekarang ni nan hado!

100. Ye tak banyak pon. Tapi bile dah nama pinjam kene lah pulang balik. Waima 1 ringgit pon.. dah senyap macam ni aku redho jela bukan rezeki aku. Bukan budak2 lagi..kalau 1000 tak ke naya.

Semalam aku perasan die ada follow aku kat ig. Aik elok pulak kau stalker aku yer. Ingat dah hilang terus. Bile aku check balik request follow tu dah xde. Ni mesti kes tertekan follow.. Haaa lantak kau lah nak rasa bersalah sendiri. Tak kuasa aku nak layan. Walaupun rm100 je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 08:08 PM | Show all posts
Dalam cari forum ni pun ada forumer  baki hutang RM 500 dengan akak  

ada screenshoot mesej dalam inbox cakap nak bayar

no.hp mati, tp profile kt cari forum masih on

dah tak de istilah nak masam muka dah.

nanti pandai2 lah dia cari kat akhirat bayar hutang
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 09:22 AM | Show all posts
ahnafnia replied at 15-9-2016 06:06 PM
yg meminjam tu mmg ala2 lupa dah ...

yg dipinjam tu mmg x leh lupa

hahaha.. tulaa pasalnya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.336185 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list