CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2039|Reply: 7

Letupan Di Manhattan: Bukan Serangan Pengganas, Hanya Perbuatan Keganasan!

[Copy link]
Post time 19-9-2016 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto; http://wpmedia.news.nationalpost.com/



"Bom yang meledak di New York jelas sekali satu perbuatan keganasan, tapi ia tiada kaitan dengan serangan pengganas kumpulan Daesh."


Kenyataan itu ditegaskan oleh Gabenor New York, Andrew Cuomo berhubung insiden pengeboman yang mencederakan 29 orang di Manhattan.


Tambahnya lagi, setakat ini pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan pengeboman itu dengan keganasan antarabangsa.


Bom itu meledak sekitar kejiranan Chelsea dekat Manhattan yang cukup popular dengan premis kelab malam dan restoran terkemuka lewat Sabtu lalu.


Polis kemudian menemui satu lagi bom, empat blok dari kawasan kejadian yang berjaya dimatikan dan sedang dianalisis.


Terdahulu, Datuk Bandar New York, Bill De Blasio, berkata semua mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil.


Polis turut menolak dakwaan bahawa letupan berpunca daripada kebocoran gas atau kerosakan peralatan pembinaan.- CARI








sumber berita: www.nytimes.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org jahat buat kerja ganas bukan pengganas ke? Kalau mosleem je ke baru panggil penganas?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 05:33 PM | Show all posts
Ooo perbuatan keganasan ... next
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 08:06 PM | Show all posts
Pelik-pelik je statements mat saleh ni. Kalau orang tu buat keganasan, kenapa tak boleh panggil dia pengganas?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
HazeLJoseph replied at 19-9-2016 05:15 PM
Kalau org jahat buat kerja ganas bukan pengganas ke? Kalau mosleem je ke baru panggil penganas?

ai pun terfikir macam tu... apa kategori 'terrorist' bagi they all ni... bila muslim je boleh pakai term tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:39 PM | Show all posts
Peliknya alahai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2016 08:28 AM | Show all posts
hoh, rakyat ko tu banyak gila, tembak sana sini la, buat bom la... tengok negara sendiri betul2 baru la sibuk selesaikan masalah negara orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 08:29 AM | Show all posts
hoh, rakyat ko tu banyak gila, tembak sana sini la, buat bom la... tengok negara sendiri betul2 baru la sibuk selesaikan masalah negara orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059267 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list