CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1443|Reply: 3

[Tempatan] Bekas pengurus besar agensi k'jaan disyaki rasuah RM9 juta sprm rasuah

[Copy link]
Post time 20-9-2016 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Keyyra at 20-9-2016 01:21 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan semula bekas pengurus besar sebuah agensi kerajaan di Sabah
kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram melibatkan kira-kira RM9 juta.

Menurut sumber, ia susulan daripada siasatan sebelum ini yang mana suspek pernah disiasat selepas SPRM menerima maklumat daripada orang awam pada tahun 2014.

"SPRM mendapati wujudnya unsur rasuah yang menjurus kepada pengubahan wang haram melibatkan lebih kurang RM9 juta setelah menjalankan siasatan secara berterusan dan terperinci.

"Berdasarkan hasil siasatan, suspek dipercayai telah meluluskan pembayaran tersebut kepada sebuah syarikat kelapa sawit kononnya sebagai pampasan selepas kerajaan negeri meluluskan tanah tersebut kepada sebuah agensi kerajaan untuk tujuan pembangunan komersial," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber itu, selepas kerajaan negeri Sabah meluluskan tanah tersebut kepada agensi kerajaan berkenaan, pemilik syarikat itu mengemukakan permohonan pampasan bernilai RM9 juta merangkumi kos tanaman sawit dan nilai tanah yang dimiliki kerajaan negeri Sabah daripada bekas pengurus itu, sedangkan tanah ladang kelapa sawit milik kerajaan itu diusahakan tanpa kelulusan.

SPRM akan turut menahan pemilik syarikat kelapa sawit tersebut atas

kesalahan bersubahat dengan bekas pengurus terbabit untuk membuat tuntutan palsu.

~ Bernama



"Case dah report orang awam since 2014, siasatan keseluruhan makan masa hampir 3 tahun, fuhh, so IMDB bila nak settle duh?"



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin byk ikan bilis kena tangkap..bila plak jerungnya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:50 AM | Show all posts
ermmmmm....cari dan lagi...dan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
We want more please
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066236 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list