CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2896|Reply: 35

ADAKAH INI TANDA GANGUAN JIN?

 Close [Copy link]
Post time 20-9-2016 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum kepada semua warga Forum
Saya nak tanya adakah saya ini ada terkena ganguan jin atau tidak...lepas waktu asar badan saya akan bergetar dua atau tiga kali bila jadi macam tu saya akan rasa gemuruh dan gelisah dalam fikiran saya asyik fikir mati je....kadang2 saya ada bau hanyir macam kerang ataupun bau macam kapur barus.Bila nak tidur start je baring tu telinga akan berdesing lepastu satu badan berdenyut2 and susah sangat nk tidur..tapi dalam tidur saya memang tak ada mimpi...bila dah bangun start rasa gemuruh and gelisah lepastu rasa macam tak tentu hala/tak ada arah tuju..tengah hari pula rasa sejuk walaupun jalan kat tengah panas terik tapi badan rasa panas...start masuk asar rasa gelisah and gemuruh tu datang balik lepastu badan start bergetar2 and start balik fikir mati kadang2 ada rasa macam semut jalan kat atas kulit bila tengok tak ada.Saya selalu jugak nampak benda seakan bergerak, berputar, terbalik...pernah lah jugak satu dua kali tu nampak kelibat putih lalu tapi saya selalu buat tak kesaH JE....Paling takut sekali saya saya selalu Terasa diri selalu diperhatikan..badan pun rasa macam malas dan penat sangat setiap hari walaupun tak buat apa2 bahu pun selalu rasa berat....bila nak tidur  kadang2 ada juga rasa getaran kecil di paha ataupun ada bahagian yang rasa berdenyut2...KALAU BETUL INI ADALAH GANGUAN JIN TOLONG LAH BAGI CARA MACAM MANE NAK STOPKAN BENDA NI SEBAB SAYA MEMANG TAK TAHAN DAH...TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG SUDI MEMBANTU..nak tambah sikit kadang2 saya ni selalu tengok cermin,terasa ada benda bergerak bwah kulit,terasa terkena renjisa air dan yang paling selalu sekali rasa diri selalu diperhatikan dan diekori lepastu rasa takut sangat sangat sangat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2016 12:53 PM | Show all posts
Saya rasa macam itu tanda-tanda ada gangguan jin, yang bergerak2 bawah kulit tu memang dia la. Solusinya buat mandi taubat, dah bersih wangi2 start pergi masjid untuk solat 5 waktu berjamaah, nanti insyaallah ada kurang banyaklah. Amalkan zikir Laailahaillallah sampai hati rasa tenang atau solat sunat taubat banyak2 sampai rasa tenang. Masa solat tu usahakan supaya kusyuk, merasakan diri benar2 menyembah Allah swt, bukannya rasa2 lagi dah... memang masa solat tu memang kita sembah Allah, cuma kita tak nampak Allah swt. Masa nak dapat kusyuk tu jangan bayangkan Allah, kalau terbayang cepat2 nafikan itu bukan Allah yang terbayang2 tu, Allah tidak dapat dibayangkan sama sekali, cuma kita ingat selalu kita sedang sembah Allah full stop. Masa rukuk, rukuk pada Allah, masa sujud sujud pada Allah. Insyaallah cuba dulu.

Bersihkan dalam rumah dan persekitaran supaya bersih dan kemas, wangi. Buang semua gambar2 makhluk dan buang patung2. Cuci pakaian, jangan pakai pakaian kotor, tandas pun bersihkan sampai wangi. Bila rasa takut.. ingat pada Allah dan mintak perlindungannya.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 01:49 PM | Show all posts
zamkumis replied at 20-9-2016 12:53 PM
Saya rasa macam itu tanda-tanda ada gangguan jin, yang bergerak2 bawah kulit tu memang dia la. Solus ...

mandi taubat tu apa?

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 02:25 PM | Show all posts
Gangguan jin tu. Pergi berubat kat darusyifa dlu tgk cmna. Banyakkan sibukkan diri dengar kuliah di masjid , kuliah tauhid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 07:36 PM | Show all posts
zamkumis replied at 20-9-2016 12:53 PM
Saya rasa macam itu tanda-tanda ada gangguan jin, yang bergerak2 bawah kulit tu memang dia la. Solus ...

TERIMA KASIH....Saya akan cuba practice buat benda ni..apa2pun TERIMA KASIH banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kpd yg mengajar syifa, saya nasihatkan "ilmu bagi mantap terlebih dahulu". (fakih).

Bukan apa, kekadang kita boleh diujiNya perkara yg sama.

Sekadar nasihat dari org yg pernah lalui hal2 ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2016 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
amir1234567 replied at 20-9-2016 12:34 PM
Assalamualaikum kepada semua warga Forum
Saya nak tanya adakah saya ini ada terkena ganguan jin at ...

Ini pula nasihat saya. Pergi cari org yg beriman dan soleh. Tandanya mereka ke masjid dan dikenali kesolehannya dikawasan anda. Soleh itu bermakna "disegani oleh masyarakat".

Jika jawapan mereka "itu jin", maka cari yg BUKAN kata jin.

Itulah mereka2 yg Allah beri petunjuk. Berdampinglah dgn mereka.

Cara nak jumpa mereka mudah sahaja, mereka hanya tahu AlQuran dan Sunnah.

Jika tanya saya "jin jenis apakah itu", saya jawab ini aje "ujian Allah utk diri mengenali Allah". Bertuah jika Allah campakkan hidayah ketika diri dalam keadaan "keraguan". Ini kerana, Allah akan hilangkan keraguan jika dgn cara yg betul dan tepat.

Bila kita mula mahu beriman, jgn kita menyangka "mudah utk beriman". Yang penting, bagaimana mendapat perlindungan mutlak dari sisiNya tanpa syifa atau rukyah.

Semoga sedikit ilmu, menambahkan lagi keimanan kpdNya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
NORIZALHAMZAH replied at 20-9-2016 01:49 PM
mandi taubat tu apa?

Mandi taubat tu adalah step pertama untuk mula bertaubat, masalah ini masalah umum yang biasa terjadi, formula dia sama sahaja... jika jauh dari Allah maka syaitan dekat dengan kita, jika dekat pada Allah syaitan jauh dari kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara paling mudah utk elak gangguan semasa, bacalah surah AlBaqarah hingga habis, Insya'allah, janji Allah benar dgn melindungi diri dari gangguan yg pelbagai tu.

Yang terbaik, baca dan amalkan. Dan jauhi dari taghut kerana bersama taghut itu syaitan2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
256. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Tafsir Surah Al-Baqarah]
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
257. Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [Tafsir Surah Al-Baqarah]
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Taghut itu apa? Perkara yg memecah-belahkan akidah (tanpa disedari).

Jika seorg amir itu pengikut taghut, maka ikutlah Allah dan Rasul dalam mendengar dan mentaati perintah Allah dgn mentaati Amir. Kerana jalan selamat HANYA mereka yg mentaati Allah dan Rasul.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 pengikut taghut :
1) Menyebar ajaran kebatilan
2) Menyebar khabar kebatilan
3) Mengamalkan ajaran kebatilan
4) Mengamalkan khabar kebatilan
Semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 21-9-2016 11:49 AM

Bila kita bersama pengikut2 taghut, maka syaitan akan mula kerjanya utk menjayakan matlamatnya iaitu "Iman".

Apa boleh buat, syaitan gelak aje bila kita ditipunya (mcm kacang GORENG)

Heheehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakah itu cahaya atas cahaya?

Mendengar dan mentaati Allah dalam mentaati akan perintahNya termasuklah "mentaati" Amir meskipun berbangsa Habsyah!

Itu aje cara SELAMAT utk kesyurga (dan tidak bermaksud selamat dari neraka). Huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2016 10:34 PM | Show all posts
Abangcute replied at 21-9-2016 11:53 AM
Apakah itu cahaya atas cahaya?

Mendengar dan mentaati Allah dalam mentaati akan perintahNya terma ...

Abang Cute terima kasih banyak banyak sebab bagi pendapat kat saya punya post ni apa2pun saya akann cuba practice kan dulu..thanks Abang Cute
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 22-9-2016 07:36 AM
amir1234567 replied at 21-9-2016 10:34 PM
Abang Cute terima kasih banyak banyak sebab bagi pendapat kat saya punya post ni apa2pun saya ...


Sebenarnya, jika kita rajin baca surah Al-Baqarah berserta tafsir, 3 hari Allah cukupkan apa yg menjadi kekurangan dlm hidup kita.

Alhamdulillah, rasanya seorg akak dah ok dari gangguan syaitan (dah tak der bunyi dinding rumah saya diketuk syaitan).

Try amalkan Sunnah Rasullullah yg itu. Buat kerana Allah : Sunnah Rasullullah. Boleh check hadis kalau rasa ragu2.

Bila diujiNya sesuatu yg "meragu2kan", ucaplah Inna lillahi wa inna ilaihirajiun"
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika kita menyempitkan org lain, Allah itu Maha Menyempitkan kita semua.

Jika kita pemberi, Allah itu Maha Pemberi.

Jika kita pengampun, Allah itu Maha Pengampun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika kita wujud, Allah Maha Wujud
Kita wujud selaku makhluk, Allah itu Maha Wujud selaku Pencipta makluk

Jika kita kekal, Allah Maha Kekal.
Kita kekal selaku makhluk, Allah Maha Kekal pencipta makhluk
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 22-9-2016 11:12 PM

Jika kita seorg pemurah, Allah itu Maha Pemurah.

Kita baru sedikit beramal utk menjadi pemurah, jgn lupa! sebelum kita wujud di dunia, Dia Yang Maha Pemurah tidak dapat ditandingi oleh sesiapa jua termasuk kita akan PemurahNya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.072202 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list