CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1023|Reply: 3

[Dunia] Kajian: Berjambang lebat jadi pilihan untuk hubungan lama

[Copy link]
Post time 21-9-2016 05:07 AM | Show all posts |Read mode




Foto fail sepasang kekasih dengan jambang palsu di Seattle, Amerika Syarikat. — Foto AFP

LONDON, 19 Sept — Simpanlah pencukur anda! Sebuah kajian terbaru mendakwa bahawa kaum wanita lebih tertarik untuk menjalinkan hubungan jangka panjang dengan lelaki berjambang tebal.

Namun begitu, mereka lebih tertarik untuk menjalin hubungan jangka pendek dengan lelaki yang jambangnya cuma nipis, lapor portal The Telegraph.

Dakwaan tersebut ekoran sebuah kajian University of Queensland di Australia, yang meminta 8,520 orang wanita melihat beberapa gambar lelaki dan memberikan penilaian mengenai daya tarikan fizikal mereka.

Penilaian itu dibuat berdasarkan paparan beberapa imej lelaki di mana bulu roma muka mereka dimanipulasi, daripada dicukur licin, sehinggalah menyimpan janggut tebal.

Ciri-ciri seperti tulang pipi dan garis rahang juga telah dimanipulasikan untuk membuat penampilan mereka samada kurang atau lebih maskulin.

Hasil penilaian peserta kajian tersebut mendapati bahawa muka yang terlalu maskulin atau terlalu feminin dianggap sebagai paling tidak menarik.

Sementara itu, muka berjanggut sepenuhnya dinilai sebagai lebih menarik untuk hubungan jangka panjang.

“Penemuan kami menunjukkan bahawa berjambang lebat mungkin kelihatan lebih menarik berdasarkan hubungan jangka panjang sebagai isyarat kehebatan antara jantina, dan potensi untuk memberikan manfaat terus kepada wanita,” kata ketua penyelidik Dr Barnaby Dixson dalam Journal of Evolutionary Biology.

“Konteks hubungan juga mempunyai kesan ke atas penilaian, di mana janggut meningkatkan daya tarikan jangka panjang dan bukan jangka pendek.”

Semantara itu, kajian Universiti Northumbria di sini pada 2008 mendapati wanita lebih tertarik kepada lelaki berjambang nipis daripada mereka yang bercukur licin atau menyimpan janggut penuh.

“”enyimpan jambang dikaitkan dengan persepsi agresif yang tinggi, di mana muka berjambang dikatakan paling agresif manakala muka bercukur licin pula dinilai sebagai paling kurang agresif,” kata penyelidik.

“Ini menunjukkan golongan wanita tidak memilih muka yang bersifat sangat atau kurang maskulin, tetapi sebaliknya lebih suka kepada lelaki yang jelas matang tetapi bukan baru sahaja baligh.”


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr....rso6tDs2.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 20-9-2016 03:21 PM

Big fat NO untuk my husband simpan beard. I akan cukur apabila beliau tidur for sure even tho a little tiny moustache
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 06:58 AM | Show all posts
ada yg sesuai ada yg mcm sial kalau berjambang( mcm wak doyok)
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
A big no if my husband berjambang.samalah macam you dwdrum if my husband ada jambang I akan cukur bila dia tidur.hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.456524 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list