CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15070|Reply: 209

[Tempatan] Bapa 37 thn, Ibu 34 thn, Anak 6 Orang , 15 thn - 1 bln, Hidup Sengsara

[Copy link]
Post time 21-9-2016 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Mat.Rock at 21-9-2016 03:28 AM

Kes klasik di Malaysia:

  • Nikah muda
  • Hidup susah
  • Anak banyak
  • Anak tak sekolah
  • Belum 40 tahun dah berpenyakit dan tak boleh kerja

Vicious cycle of poverty



Nasi lauk minyak goreng

Rabu, 21 September 2016 @ 7:05 AM


Langkawi: Akibat kesempitan hidup, lapan beranak dari Kampung Belanga Pechah di sini, hanya mampu menikmati nasi kosong berlauk minyak goreng sebagai juadah selepas ketua keluarga mereka hilang punca pendapatan apabila sakit.

Ishak Ibrahim, 37, dan isteri, Norazila Berahani, 34, serta enam anak mereka berusia antara 26 hari dan 15 tahun sering menjamah makanan itu berikutan tidak mempunyai wang.

Ishak yang pernah bekerja sebagai buruh kini tidak lagi mampu bekerja selepas disahkan doktor menghidap Hepatitis B selain menderita sakit pinggul dan sakit belakang kronik.

Keadaan semakin terdesak apabila isterinya  dalam pantang selepas bersalin anak bongsu mereka pada 24 Ogos lalu.

Anak lelaki sulung Mohd Iqbal, 15,  tidak bersekolah sejak pertengahan tahun lalu dan kini mencari tin bekas minuman dan besi buruk untuk dijual dengan pendapatan RM20 sehari bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Bukan nak mengata, tapi obvious sangat:


Encik Ishak Ibrahim ada:
  • sakit Hepatitis B,
  • sakit pinggul
  • sakit belakang kronik

Mengakibatkan tak boleh bekerja, TAPI... BUAT ANAK BOLEH PULAK!

What the fish?

And this beg the question:

1. Berdasarkan umur anak sulung, Encik Ishak berumur 21 tahun dan Puan Norazila berumur 18 tahun semasa mereka menikah dahulu.

2. Encik Ishak sekarang berumur 37 tahun bermakna dah 16 tahun menikah.

3. Masa muda apa dia buat untuk menambahbaikkan ekonomi & kehidupan keluarganya?

4. Encik Ishak langsung tak boleh bekerja kah?

5. Tak kan langsung tak boleh buat kerja?

6. OKU yang kudung kaki pun boleh cari kerja untuk menanggung kehidupannya.

7. Yang paling panas hati, anak sulungnya yang bernama Mohd Iqbal yang baru berumur 15 tahun mencari rezeki untuk keluarga sementara Ibu dan Ayahnya duduk rumah buat anak baru!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bukan nak menafikan konsep anak tu rezeki,dah memang anak tu rezeki dari tuhan.Tapi gunalah akal sama, dari menyeksa anak2 dgn poverty,fikirkanlah sebelum buat anak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:23 AM | Show all posts
nak kesian pon rasa Malas
Diorang ni pon tak kesian dekat diri sendiri dan anak anak.
Dah jumpa ramai orang miskin dalam dunia realiti dan cuba bantu
Betul dorang miskin, betul diorang sakit
Diorang sakit M.A.L.A.S
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:23 AM | Show all posts
HazeLJoseph replied at 21-9-2016 09:19 AM
Aku bukan nak menafikan konsep anak tu rezeki,dah memang anak tu rezeki dari tuhan.Tapi gunalah akal ...

aku nk setuju
rezeki itu dtg klu dicari
klu anak ramai tp jenis2 malas keje @ memilih keje susah nk ckp
aku x point kt org ni ye
aku bkn ckp besar mentang2 aku keje


tp part memilih keje ni mmg berlaku dilingkungan kuarga aku sdiri
asek mengeluh tp bila aku sarankn kuar la keje
x nak, mcm2 alasan..akhirnye aku x berani nk komen
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:25 AM | Show all posts
anak yg umur 15 tu dah x sekolah. ape kata duk di langkawi tu g mtx kije kat mana2 hotel or resort dari kije kutip2 tin n  besi buruk.

tlg la jgn buat seks tak terlindung sapa kua lagi manusia dari bawah tu mek oiii.. cukup la ko berdua je hadap mknan ngn myk tu. jgn bg anak2 sengsara sama.

mak pak tau kangkang je mcm ni la jadinya.

ak ingat lg ade yg kes dulu, dia kata sejak beritanya kua di akhbar, org ramai mrh2 je kata kat dia hanya tahu buat anak tp x reti merancang.

sapa x mrh? ko buat anak bderet2 kot.. pahtu bila org ckp sikit, sentap. nk suh org bg tunjuk ajar. eh, ko buat anak xde plk mtx tunjuk ajar.. elok je jadi lps sorg2.. kije kalau hanya tahu mengesek buat baka saje, mmg patut cash je. sakit hati btl bila anak jd mangsa mak pak mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:28 AM | Show all posts
Ishak yang pernah bekerja sebagai buruh kini tidak lagi mampu bekerja selepas disahkan doktor menghidap Hepatitis B selain menderita sakit pinggul dan sakit belakang kronik.
aku assume dia start susah masa dia dah takleh bekerja...  maybe dulu makan cukup2 kot...  but still, dah tau kerja berat tapi income kurang, jangan la ditambah anak...  apa guna meramaikan umat muhammad tapi tak berguna satu sen pun dimasa akan datang...  quality is important rather than quantity...  satu ustaz/ ustazah lebih bagus daripada ada 10 kaki rempit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2016 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni xpaham konsep anak tu rezeki.mmg la setiap anak tu rezeki tp nk cr rezeki sumbat ke mulut anak tu kena lah usaha..bukan main tawakkal je.kesian kt anak2 je.aku x kesian kt mak pak sbb aku tau doranh ni ms sekolah jenis yg main2 x nak belajar.dh susah cmni br nk mtk bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:40 AM | Show all posts
errmmmm...........tak tau nak cakap apa dah...
tapi kebanyakannya yg susah2 nie rumah bersepah!! tak reti nak jaga kebersihan, kemas2 sikit ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 09:42 AM | Show all posts
Dulu kan ada org tu dia susah aku nasihatkan la jgn la beranak lagi. Dia siap marah aku. Aku tanya kenapa tak beli pil perancang dia kata mana ada duit nak beli. Padahal pil tu free je blh amik kat klinik ibu & anak gomen. Dah la susah, tak mau pulak bagi susu badankat baby, katanya dia mmg tak de susu. Pas tu minta duit beli pampers. Dia surirumah je suami kerja pengawal keselamatan. Anak ada 4org. Org gini mmg tak layak dibagi nasihat. Dia je yang betul sudahnya aku diamkan je dia minta duit aku kata aku pun tak de duit. Bukan apa dulu aku surirumah, kat rumah baby pakai kain lampin je, bila gi jln2 baru baby guna pampers. Baby menyusu pun bagi susu badan. Tak payah la nak gah beli susu formula yg branded2 klu dah tak mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:45 AM | Show all posts
Kisah yg biasa di Malaysia. Hidup sudah tapi anak ramai hingga ada anak yang tak pergi sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:47 AM | Show all posts
sangat syahdu posing laki bini ni...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman skrg nak beranak lebih dr 3 pun dah pk mcm2 kos nak besarkan dan skolahkan anak..wonder y org x control birth dah tahu sendiri ada penyakit dan x keja..aigooo..kesian tgk budak2 terbiar..nauzubillahminzalik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:49 AM | Show all posts
aku peliklah, masa aku bersalin anak ke 4 dan ke 5, sibuk doktor2 dan misi2 hospital berleter anak aku rapat dan ramai dan suruh aku ikat, sedangkan anak aku jarak 2 hingga 3 tahun, badan aku sihat dan kewangan stabil.

Minah ni takde sapa ke kat hospital  paksa suruh ikat, dengan laki sakit2 macam tu dan hidup miskin lara.  Ke bersalin kat rumah je?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:50 AM | Show all posts
Kesihannilah diri sendiri dulu bari minta org kesiankan diri. Dlm penyakit bersarang kat badan sempat lagi menambah zuriat. Dah tau tak boleh jlnkan tanggungjawab, masih nak menambah tanggungan. Sapa nak tbantu bantulah, yg penting bantulah mindset depa ni dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:51 AM | Show all posts
maaf cakaplah, kata sakit pinggul belakang bagai, bini on top kah??? anak bongsu baru 26 hari , kesian budak tu

akak faham konsep anak itu rezeki, tapi beragak2lah tengok sekeliling, tak pasal2 kesian anak2 6 orang tu, hujung2 anak2 tu yang terpaksa cari duit utk mak bapak kaki kangkang

kalau dah tau tak mampu zahir, yang batin tu pun janganlah berlagak sangat mampunya, ada kot pil2 perancang kkia bagi, suntikan pun ada kalau culas sangat kak nak makan ubat hari2, pprt sangatkah sampai ni pun tak tahu? biasa lepas bersalin kan nurse kkia akan suggest perancang2 ni semua , akak kenot hadam betul stok2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:52 AM | Show all posts
aku yang nak anak no.2 pun laki aku ckp hold dlu...padahal anak aku yg 1st pun dah nk umur 2 tahun lebih....laki aku suh kumpul duit dalama 10k dulu...bagi anak ngan aku selesa katanyaa, nk bg beranak hosp swasta gak mcm yg 1st, nk sediakan insuran utk ank no.2 lagi....aku ye2 je kutuk laki aku dlm hati cakap anak tu kan rejeki...tapi bila baca post ni terkedu aku....thank TT menyedarkan aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sila inject depo...
dan maknya sila blajo menjahit
ayahnya tu...blajo la buat keje dari rumah....at least berusaha
bukan kangkang trus dpt duit
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:58 AM | Show all posts
framecermin replied at 21-9-2016 09:42 AM
Dulu kan ada org tu dia susah aku nasihatkan la jgn la beranak lagi. Dia siap marah aku. Aku tanya k ...

org mcm nie biasa nya jgn ditolong...

ditolong nanti pun dikatanya tak menolong...

jenis bodoh sombong takleh ditegur ala sohaibewak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 10:07 AM | Show all posts
Neh bukan sakit malas. Neh sakit tak ukur baju di badan snirik. Dah tau tak mampu kau jangan buat benda yang ngkau tak mampu. Tue jer. No such thing as rajin or malas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 10:07 AM | Show all posts
Neh bukan sakit malas. Neh sakit tak ukur baju di badan snirik. Dah tau tak mampu kau jangan buat benda yang ngkau tak mampu. Tue jer. No such thing as rajin or malas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.115693 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list