SIBU – Tabiat kuat makan seorang lelaki sejak berusia lima tahun menyebabkan dia yang kini seberat 250 kilogram (kg) terpaksa diselamatkan dalam satu operasi khas menggunakan alat pengangkat hidraulik untuk diangkut ke dalam lori bomba di rumahnya di Ulu Sungai Merah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Terry Robson berkata, lelaki berkenaan, Sia Chi Herng, 33, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sibu di sini selepas tidak dapat berjalan dan sukar membuang air kecil sejak tiga hari lalu. Terry memberitahu, sebelum itu, bimbang melihat keadaan anaknya yang tidak boleh bergerak dan hanya meniarap, ibu Chi Herng yang berusia 50-an bertindak menghubungi pihak hospital untuk membawa anaknya ke Hospital Sibu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4Kw1OB1iA
Hakcipta terpelihara
|