CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12074|Reply: 104

Comeback Abg Nuar Mencecah Ratusan Ribu & Ada Helikopter

[Copy link]
Post time 22-9-2016 11:29 AM | Show all posts |Read mode
LINK: http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... ermahal-anuar-zain/

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain berkata album kelimanya berjudul Anuar Zain menelan belanja termahal yang pernah dihasilkan iaitu mencecah ratusan ribu ringgit.

Anuar Zain Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 46, berkata, kos tersebut melibatkan proses pembikinan lagu, termasuk penghasilan kulit album yang eksklusif.

"Album ini adalah yang termahal dihasilkan berbanding album-album terdahulu dan boleh dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit.

Anuar Zain uncul album baharu berjudul 'Anuar Zain'.
"Antara kos terbesar ialah dari pembikinan lagu itu dibuat secara teliti dan sesi fotografi menggunakan helikopter bagi mendapatkan gambar eksklusif untuk kulit album ini," ujarnya.

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album baharunya itu di Hotel Le Meridien, di sini, pada Isnin.

Bagaimanapun, dia bertuah apabila dibantu dengan beberapa tajaan daripada syarikat korporat termasuk Wonder Glow, Mydin, Skin Glow, ERM dan Cuisine Inspire.

Album tersebut memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Sedetik Lebih ini berkata, cabaran utama ialah membuat pemilihan lagu dan bunyi yang bersesuaian.

"Proses mencari lagu agak stress dan untuk mencari bunyi yang diinginkan sehingga saya berpuas hati bukan sesuatu yang mudah.

"Boleh dikira lima kali juga lagu-lagu tersebut untuk diubah bunyi sehingga dapat betul-betul yang saya mahukan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang keadaan industri muzik yang semakin tenat, penyanyi tersebut memberitahu dia tidak pernah memikirkan tentang kerugian.

Katanya, sebagai penyanyi, ia merupakan satu tanggungjawab untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sejak berada dalam industri seni.

"Saya tidak fikir tentang rugi kerana kerana bagi saya ia adalah sebuah tanggungjawab sebagai anak seni kepada peminat-peminat, ia juga tanggungjawab untuk industri seni itu sendiri.

"Insya-Allah, rezeki itu akan datang dari sudut yang lain dan tidak semestinya dengan penghasilan album," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Anuar turut melancarkan klip video lagu berjudul Andainya Takdir yang bakal dimuat naik di YouTube Sabtu ini.

Klip video tersebut turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 11:38 AM | Show all posts
wowww...abam nuar dah muncul...x sabo nak dengo

dasatt ler labur ribuan duit nk buat comeback...hope lagu2 abam nuar bole hits & meletop...iols paling suka lagu sedetik lebih & lelaki...menusuk qolbu abam nuar nyanyi....makan dalam gitu...best giler dpt tgok abam nuar nyanyi live masa kt IB dulu...all the best..kipidap bro...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak duit abam nuar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 11:50 AM | Show all posts
geli nengok muka dia nih....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...byknya kos...berani dia mempertaruhkan modal byk2 pd zaman ekonomi yg tidak stabil ini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:06 PM | Show all posts
Yeay tazzabarnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2016 12:09 PM | Show all posts
Ala abam nuar kan ramai kipas-susah-mati (die hard fans) yg sanggup beli album dia & tak download secara haram... dia yakin boleh jual tu. pastu itunes, spotify, ringtone sales lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:11 PM | Show all posts
pencintaABC replied at 22-9-2016 04:09 AM
Ala abam nuar kan ramai kipas-susah-mati (die hard fans) yg sanggup beli album dia & tak download se ...

suara mcm maknyah lorong menjerit kejar pelanggan, sedap?? geli aku dgr suara dia dgn tgk muka dia nih...tak tau pasal

ps: batak2 anuar zain jangan marah lah ye, ini realiti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh beraninya bam nuar
Tapi lagu2 bam nuar memang best
Iols yakin album ni pon mesti ada lagu yg akan meletop nanti
Gudluck abam nuar jeng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2016 12:14 PM | Show all posts
Rasenya time Malaysian Idol (yg dah berkubur lepas 2 musim tu) Roslan Aziz ade kutuk peserta yg nak tiru sore Abam Nuar. Katanya Abam Nuar suka "oversing" the songs. Tp tu la pendapat & taste org tak sama..ade suka, ada tak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
MH3703 replied at 22-9-2016 11:50 AM
geli nengok muka dia nih....

Makin menggayah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon acik acik gersang mengkayakan bam nuar dgn membeli almbun beliau di itunes
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:16 PM | Show all posts
aritu ada tgk kt tv psl cite abam nuar ni...eerrkkk nampak lain sket rupa abam nuar..or abam nuar dah put on weight dats y iols nampak lain kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:18 PM | Show all posts

fynn, kome tak teringin ke nak kawin dgn dia...? sian dia dah tua2 tak kawin laie..gi lah masuk minang...nanti den gi weeding korang
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:22 PM | Show all posts
bape byk umah abg nuar yg nk dibuka daaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:32 PM | Show all posts
good luck dan congrat abam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
MH3703 replied at 22-9-2016 12:18 PM
fynn, kome tak teringin ke nak kawin dgn dia...? sian dia dah tua2 tak kawin laie..gi lah masuk mi ...

Kogile
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepek la teaser image atau album artwork kak nuariayah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 12:57 PM | Show all posts
teringin nak tengok muka terkini kak nuarina
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mummy75 replied at 22-9-2016 12:16 PM
aritu ada tgk kt tv psl cite abam nuar ni...eerrkkk nampak lain sket rupa abam nuar..or abam nuar da ...

A'ah berisi, bulat jah muka baru ni masa sesi potluck melahap sampai pingsan gang2 lama MAS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.118702 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list