CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4575|Reply: 55

[Tempatan] Wanita maut cuba selamatkan anak kucing ditengah jalan

[Copy link]
Post time 25-9-2016 11:32 PM | Show all posts |Read mode
BACHOK - [DIKEMASKINI] Seorang wanita peniaga kedai makan berdekatan simpang Y Kampung Teluk dekat sini maut selepas dilanggar ketika cuba menyelamatkan anak kucingnya di tengah jalan kira- kira jam 8.50 malam semalam.

Menurut saksi yang enggan dikenali, wanita berusia sekitar 50-an itu dikatakan dilanggar sebuah pacuan empat roda berwarna putih yang menggunakan nombor pendaftaran negeri Johor.

Mangsa, Nik Yam Nik Lah, 53, beralamat di Kota Bharu adalah seorang peniaga kedai makan di simpang tiga Y di Kampung Teluk sejak dua bulan lalu.

“Masa tu pacuan empat roda itu cuba memotong kereta saya di selekoh simpang Y dan ketika itulah dia melanggar mangsa. Saya berhentikan kereta di tepi dan lihat seorang wanita terbaring di tengah jalan.

“Pacuan empat roda itu terus melarikan diri masuk ke arah perumahan kos rendah di lorong berdekatan. Nombor plat yang patah di jumpai di kawasan itu rasanya bukan milik pacuan empat roda itu sebab nombor itu bukan plat Johor,” katanya.

Manakala, seorang penduduk pula berkata, anak mangsa memaklumkan ibunya tergesa-gesa melintas jalan kerana ingin mengambil anak kucing mereka yang berada di tengah jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan kes berkenaan.

Beliau berkata, pemandu kenderaan Isuzu D- max itu sudah membuat laporan di balai polis jam 1 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2016 11:47 PM | Show all posts
anak kucing tu mcm mana pula?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 12:00 AM | Show all posts
nyawa kucing lebih berharga gituh
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kasihan.. terlalu sayangkan kucing sampai tak ingat keselamatan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tatau nak simpati ke apa...hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 26-9-2016 12:00 AM
nyawa kucing lebih berharga gituh

Kucing - binatang kesayangan Firaun  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2016 04:40 AM | Show all posts
pyropura replied at 25-9-2016 08:29 PM
Kucing - binatang kesayangan Firaun

ini semua takdir........... semoga arwah damai laa di situ  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Org perempuan memang sayang kucing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 08:30 AM | Show all posts
Simpati utk arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 08:31 AM | Show all posts
innalillah.. takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 08:37 AM | Show all posts
siannye...nyawa sendiri terkorban
teringat lelaki yg selamatkan ank kucing kat highway


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 08:37 AM | Show all posts
siannye...nyawa sendiri terkorban
teringat lelaki yg selamatkan ank kucing kat highway


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 08:42 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 25-9-2016 11:47 PM
anak kucing tu mcm mana pula?

Selamat


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda malam tadi. Gambar kecil: kucing yang cuba diselamatkan oleh wanita tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:03 AM | Show all posts


BACHOK: Seorang ibu 10 anak yang cuba menyelamatkan kucingnya, maut dirempuh sebuah kenderaan di Kampung Telok, di sini, Sabtu malam.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Nik Yam Nik Lah, 53, mengambil seekor anak kucing peliharaannya yang berada di tengah jalan.

Lebih tragis, kemalangan ngeri itu turut disaksikan dua anak lelakinya yang berusia tujuh dan 12 tahun. Mangsa yang mempunyai 10 anak tercampak beberapa meter selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda itu.

Anak mangsa, Mohammad Danial Hakimi Abdullah, berkata sebelum kejadian, dia dan adiknya Rosmira melihat seekor daripada tiga anak kucing milik mereka berada di tengah jalan.

Katanya, dia mahu mengambil anak kucing itu namun dihalang seorang penunggang motosikal dan berikutan itu dia meminta ibunya yang baharu selesai memasak untuk mengambil anak kucing itu.

"Ketika nak ambil anak kucing, sebuah kereta cuba memotong kenderaan di hadapan dan melanggar Umi (Che Yam) yang sedang pegang anak kucing itu.


Umi kemudian melambung dan jatuh atas jalan. Anak kucing yang dipegang Umi juga turut mati dilanggar kereta itu," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Sungai Gali, Kandis di sini, hari ini.

Difahamkan, mereka bertiga tinggal di situ sejak dua bulan lalu dan menjalankan perniagaan kedai makan selepas Nik Yam tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya.

"Biasanya jam 10 malam baru Umi memasak, tapi semalam (kelmarin) dia dah memasak gulai ayam awal jam 8 malam selain sempat beritahu dia penat dan nak berehat," katanya.

Jiran arwah, Mek Hassan, 70, berkata arwah dan anak-anak memang gemarkan kucing dan baru saja memelihara tiga kucing yang diambil di Kedai Beris Kubur Besar dan dijaga dengan baik sejak mereka berpindah di rumah kedai di Kampung Telok itu.

Katanya, ketika kejadian dia dan suami, Muhammad Awang Mat, 75, terdengar dentuman kuat sebelum anak mangsa memanggil mereka dan memberitahu ibu mereka dilanggar kereta.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/196097

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:11 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirrojioun
rasanya arwah ni ms nk selamatkan anak kucing dia x fikir keadaan keliling

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 26-9-2016 09:03 AM
BACHOK: Seorang ibu 10 anak yang cuba menyelamatkan kucingnya, maut dirempuh sebuah kenderaan di ...

Allah sedihnya anak2 usia kecil lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 09:21 AM | Show all posts
Kereta siapakah itu? Hit and runla kira. Dan sbb mmg laju time memotong tu yg terlanggar tu. Rasanya time arwah nak ambil anak kucing tu jln clear kot?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:21 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirrojioun
sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:26 AM | Show all posts
takziah..kesiannya anak2 masih kecik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:33 AM | Show all posts
kesiannnyyeeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.223843 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list