CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2205|Reply: 12

[Jenayah] hebat mung Rhozali...satu hari 2 mahkamah..

[Copy link]
Post time 26-9-2016 09:07 PM | Show all posts |Read mode


...mung pergi bicara.


ISNIN, 26 SEPTEMBER 2016 @ 6:03 PM

Buruh dera isteri, rogol teman wanita kena jel 16 tahun


MOHD Rhozali Setapa dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan selepas mengaku salah mencederakan isterinya dengan menyimbah air panas.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2016 09:09 PM | Show all posts
jali...jaliiiiii....boddoh mu jali.






KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dipenjara 16 tahun dan lima sebatan oleh dua mahkamah berasingan di sini hari ini, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan.

Di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan terhadap Mohd Rhozali Setapa, 25, selepas mengaku salah mencederakan isterinya dengan menyimbah air panas. Tertuduh yang bekerja sebagai buruh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Siti Fatihah Abdullah, 19, jam 11 malam pada 18 September lalu, di kediaman mereka di Tepoh, Batu Rakit, Kuala Nerus. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Mengikut fakta kes, pasangan itu berselisih faham kira-kira jam 11 malam pada 18 September lalu, sebelum tertuduh menyimbah air panas ke perut dan lengan kanan isterinya yang mengandung anak kedua mereka sehingga melecur, selain menampar dan menyepak kepala mangsa.




Di Mahkamah Sesyen 2, Mohd Rhozali dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku salah merogol teman wanitanya sehingga melahirkan anak perempuan, lima tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim Rofiah Mohamad selepas tertuduh mengaku merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Tepoh, di sini, antara jam 4 petang hingga 6 petang, pada Mac 2011. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.





Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri tu kekasih dia la kot?lepas ngandung kawen.. lepas kena pukul bini buat report krna rogol kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 26-9-2016 10:06 PM
Isteri tu kekasih dia la kot?lepas ngandung kawen.. lepas kena pukul bini buat report krna rogol kah ...

Atau memang dah buat report, tapi jatuh hukum 5 years later.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Langsung takde hormat kepada wanita. Stress baca news macam ni. Lama kan lagi hukuman dia pun takpe
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 11:43 PM | Show all posts
Sudahlah huduh, miskin, buruk perangai pula tu.
Hukum tembak mati aje patutnya.
Daripada habiskan duit rakyat je menanggung makan minum segala kat penjara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2016 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 26-9-2016 11:43 PM
Sudahlah huduh, miskin, buruk perangai pula tu.
Hukum tembak mati aje patutnya.
Daripada habiskan  ...

Kenàpa lelaki begini perlu membiak sis  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 11:59 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 26-9-2016 11:55 PM
Kenàpa lelaki begini perlu membiak sis

supaya ada perbandingan...jadi lu tau betapa baiknya wa....





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 11:59 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 26-9-2016 11:55 PM
Kenàpa lelaki begini perlu membiak sis

Entahlah sis.
Bukan salah ibu mengandung.
Salah bapak yang tak pakai kondom.



Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 26-9-2016 11:43 PM
Sudahlah huduh, miskin, buruk perangai pula tu.
Hukum tembak mati aje patutnya.
Daripada habiskan  ...

Lawak komen sis. Tp ada betulnya

Dlm bnyk2 benih, hat ni jgk yg menjadi kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
simbah air panas juga:
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 07:54 AM | Show all posts
ini baru perangai seiring dengan muka
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:41 AM | Show all posts
bini dia pompuan sama yang dia 'rogol' dulu ke?
hadap la ko dekkkk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.081953 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list