CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3147|Reply: 0

Ragbi: Penyu & Seladang sah terbang ke Sabah!

[Copy link]
Post time 26-9-2016 11:10 PM | Show all posts |Read mode

Terengganu di antara pasukan sebutan yang kian meningkat naik dalam penguasaan ragbi tanah air kini terus mengorak langkah untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan pasukan ATM di padang A, Universiti Putra Malaysia hari ini. Sebelum itu Terengganu yang telah diundi dalam Kumpulan B bermula cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 setelah menewaskan Perlis pada perlawanan pertama dan Selangor seterusnya. ATM juga yang turut layak ke pusingan suku akhir setelah meraih dua kemenangan di awal pusingan menewaskan pasukan Pahang dan Pulau Pinang namun ditewaskan oleh Johor dalam perlawanan pusingan ke-3 peringkat kumpulan. Perlawanan kedua peringkat suku akhir ini telah bermula seawal jam 0230 petang di mana sepak mula disempurnakan oleh pemain Flyhalf ATM Kpl U Sarizan Yazir.



Atur gerak pantas dan padu oleh ATM ternyata mencetus keonaran buat skuad dari Pantai Timur yang dibarisi beberapa pemain berpengalaman di awal babak perlawanan. Asakan demi asakan rucking pantas oleh ATM berjaya menembusi benteng pertahanan Terengganu seawal minit ke-7 untuk mendapat mata try pertama oleh pemain import ATM; Samuela Tamanisau yang bermain di posisi tengah. ATM yang terus memberi tekanan bertubi-tubi di kubu lawan tanpa belas kasihan seolah-olah tidak ingin membazirkan setiap masa namun masih belum mencipta peluang seterusnya.

Menjelang minit ke-12, hasil rucking pantas dimanafaatkan sepenuhnya oleh pemain scrum half Terengganu; Muhammad Zaki Baru untuk membuat lontaran jauh kepada Sevanaia Natuitagalua Naitonicagi meluru laju melepasi beberapa pemain ATM untuk terus melakukan jatuhan try pertama. Faat Hor Rozi Ismail yang tenang melengkapkan sepakan conversion ternyata mampu untuk kembali memberi semangat kepada pasukan.


Minit-minit seterusnya Terengganu yang seakan hilang punca apabila ATM dengan rakus menguasai rentak permainan. Beberapa kesilapan mudah mula menghukum pasukan Terengganu apabila mengutip dua kad kuning menambah duka. Pemain berpengalaman yang pernah beraksi di pentas Sukan Komanwel; Hafiizh Zainal terpaksa bersuara kepada rakan sepasukan agar Terengganu kembali fokus kepada permainan yang kian sengit. ATM terus mengikat kutipan mata sebanyak 8 berbalas 7 sehingga tamat babak separuh masa pertama.


Terengganu yang bangkit pada separuh masa ke dua berjaya menukar penguasaan permainan yang sebelum ini dikuasai oleh ATM sepenuhnya. ATM seakan-akan hilang punca sepenuhnya apabila tidak mampu menepis serangan demi serangan yang diatur oleh lawan. Menambah duka buat ATM apabila Kpl U Mohd Mohsin Abdullah turut mengutip kad kuning. Pemain import Terengganu kelahiran Fiji; Sevanaia Natuitagalua Naitonicagi yang sebelum ini turut mengutip kad kuning kembali menceriakan kem Terengganu apabila sekali lagi berjaya mendapat jatuhan try.

Terengganu yang kembali bertenaga terus menambah dua lagi jatuhan try, satu sepakan conversion dan satu sepakan penalti sekaligus meraih kemenangan dengan kutipan mata 27 berbalas 8. Pada edisi lalu Terengganu sekadar mara ke pusingan separuh akhir setelah ditewaskan oleh Sabah manakala ATM turut ditewaskan oleh Sabah dalam pusingan suku akhir.



Naib johan edisi lalu, Perak yang beraksi dalam perlawanan ke-2 di padang yang sama menentang pasukan Perlis ternyata hampir diuji padu sebelum layak ke separuh akhir. Perlis yang layak ke saingan suku akhir ini selaku pasukan bukan pilihan ternyata mampu untuk memberi tekanan kepada pasukan pilihan. Perak yang beraksi dalam Kumpulan A ternyata berada di laluan mudah apabila berjaya meraih 2 kemenangan di saingan awal di peringkat kumpulan.

Kini Perak, Terengganu, Johor dan Sabah telah mengesahkan slot untuk saingan seterusnya di pusingan separuh akhir yang akan berlansung pada 30 September 2016 nanti di padang Kelab Ragbi Eagles di Sandakan, Sabah.


Kredit - http://www.sukandaily.com.my/v4/ ... h-terbang-ke-sabah/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059684 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list