CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 9

Mukhriz mahu bertanding di Kedah bukan Putrajaya

 Close [Copy link]
Post time 27-9-2016 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Mukhriz mahu bertanding di Kedah bukan Putrajaya
26 Sep 2016, 12:49 tengahari      26 Sep 2016, 12:54 tengahari

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu bertanding di Kedah dan bukannya di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam temu bual dengan Sinar Harian, naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, beliau akan membawa parti itu ke Kedah dan bertanding di situ.

“Saya sendiri akan mengetuai BERSATU di Kedah (Pengerusi BERSATU Kedah), malah saya juga akan bertanding di Kedah. Kawasan mana biarlah dirahsiakan dulu.

“Telahan konon saya akan bertanding di Putrajaya oleh pihak tertentu adalah silap. Saya pilih Kedah,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Mukhriz adalah ADUN Ayer Hitam dan pada 2008 memenangi kerusi Parlimen Jerlun.

Katanya, BERSATU mendapat sambutan menggalakan apabila penyertaan terhadap parti itu kini mencecah 500,000 ahli.

Malah menurutnya, terdapat juga ahli Umno yang menyerahkan borang bagi menyertai BERSATU.

“Ada yang berjawatan dalam Umno sertai BERSATU, ada yang serah borang senyap-senyap kerana menunggu masa sesuai untuk umum. Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian pun ada sertai kami.

“Ini petanda positif. Kita tidak paksa sesiapa, ini atas keinginan mereka yang mahukan perubahan. Ramai kalangan rakan-rakan lama dalam Umno pun berminat, mereka mesra BERSATU tapi tetapi belum daftar,” katanya.

Mukhriz turut berharap orang ramai menyertai BERSATU di Kedah bukan kerana simpati kerana dirinya dilucutkan jawatan sebagai menteri besar.

Katanya lagi, mereka yang menyertai BERSATU haruslah bersedia untuk mengubah minda dalam menghadapi pertukaran kerajaan di peringkat pusat kerana pihaknya mahu menyelamatkan negara daripada pelbagai kemelut.

“Kita bukan rakus kuasa atau jawatan, sebaliknya jelas dalam perlembagaan parti kami menolak rasuah dan salah guna kuasa atau jawatan. Ini bukan sekadar cakap kosong, atau mahu pancing sokongan.

“Disebabkan itu, pemimpin BERSATU dikenakan syarat bersumpah jawatan dengan memegang al-Quran,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Katanya lagi, pihaknya turut mengesan borang keahlian palsu yang tersebar di Perak dan Pulau Pinang.

“Saya ingin tegaskan terdapat nombor siri pada borang asli untuk rekod pendaftaran selain untuk elak pemalsuan ahli. Borang atas talian juga boleh diakses untuk kemudahan,” katanya.

Mukhriz berkata walaupun BERSATU adalah parti baru, namun pihaknya mengakui diganggu dan dihalang dari membuka kaunter pendaftaran di tempat awam.
http://www.malaysiakini.com/news/356947


che det lebih sesuai tubuh partai baru, Parti Bersatu Keturunan India Muslim /Mamak (PuKIMak)   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2018 01:40 PM | Show all posts
Kenapa fitnah kununnya Mukhriz mahu bertanding di Putrajaya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 01:44 PM | Show all posts
Bini dia nak ikut ke tinggal kat Kedah, asyik2 masa dia MB orang komplen dia asyik lari piii KL jerrrr jenguk anak bini.... , kena guna consultant Cambridge Analytica lagi ke kali ni macam PRU lepas??...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lanciao, buaya dgn mata mcm ET ni tak tamak kuasa?

Huhu...mmg suka berbohong, mcm ayah dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Musang berbulu ayam. Kena main la lu. Pi lari masuk kat mak pi. Aku sokong PH tapi ini boboi manyak belit woo
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 12:24 AM | Show all posts
boleh menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2018 12:24 AM | Show all posts
insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:22 AM | Show all posts
parti pun tarak lulus ROS

lagi mau bertanding ka???

ini orang banyak tolol

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 12:48 PM | Show all posts
Lerrrrrr......

Actually berapa kali sehari dan pada pukol berapa CARI forum naikkan balik thread thread yang mendap?

Kalau nak Maideen tolong boleh jer....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:03 PM | Show all posts
Boboi nk lawan di Kedah?? Jerlun adakah??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.076620 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list