CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8239|Reply: 73

Haram Guna Tembikar Cina Kerana Mengandungi Tulang Haiwan Tidak Ikut Syarak

[Copy link]
Post time 27-9-2016 12:02 PM | Show all posts |Read mode




Penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan, maka penggunaannya adalah dianggap haram buat semua muslim.







Ahad lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik satu status di akaun facebooknya dengan menyatakan bone China yang diterjemahkan menurut Kamus Dewan sebagai tembikar cina. Komposisinya memiliki 50% debu tulang, 25% kaolin dan 25% batu Cornish. Tulang yang digunakan ialah tulang haiwan yang dipanaskan pada suhu yang tinggi.


Menurutnya, berkenaan dengan hukum, sepakat dalam kalangan ulama penggunaan tulang daripada jenis binatang halal yang disembelih dengan betul. Namun bagi khilaf dalam penggunaan tulang binatang halal yang tidak disembelih dengan betul, ataupun bangkai.


Justeru, jika diyakini syarikat berkenaan menggunakan sumber tulang yang suci, maka ia bukan najis. Jika sebaliknya, maka ia adalah najis dan tidak sesuai digunakan sebagai bekas makanan.


Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012,sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.


"eralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya."


Tegasnya, kecuali penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan, kalau tidak penggunaannya adalah diharamkan buat semua muslim. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 12:58 PM | Show all posts
Pernah nak beli masa pergi China sbb cantik. Tp lepastu kawan tegur takut ada dna babi. haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Atuk nenek Meleis dulu pakai tembikar babi jugak khennn
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:07 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 27-9-2016 01:06 PM
Atuk nenek Meleis dulu pakai tembikar babi jugak khennn

atuk nenek lu dulu babi.


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:12 PM | Show all posts
tulang lembu buat pinggan pun nak kena sembelih...  
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali Mufti belajar buat pinggan jual kat Meleis...tak perlu Meleis pakai pinggan babi...jangan Mufti takat belajar Ugama saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali Mufti belajar buat pinggan jual kat Meleis...tak perlu Meleis pakai pinggan babi...jangan Mufti takat belajar Ugama saja.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 27-9-2016 01:12 PM
tulang lembu buat pinggan pun nak kena sembelih...

Kalau ikut ajaran Yahudi tulang lembu x sembelih tak haram pon pakai.....tanduk kambing gurun yang mati jadi bangkai rileks je para Anbiya buat Shofar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 01:16 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 27-9-2016 01:12 PM
Lain kali Mufti belajar buat pinggan jual kat Meleis...tak perlu Meleis pakai pinggan babi...jangan  ...

kesian tok nenek lu...dah mampos kena panggang..tulang dorang pulak kena bakar jadi pinggan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:17 PM | Show all posts
kat hotel2x banyak je kan pakai pinggan gini??
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 27-9-2016 01:17 PM
kat hotel2x banyak je kan pakai pinggan gini??

Kalau ada kat hotel, Mufti ni pon pernah pakai sis...tapi bajet syumul keluarkan hukum...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:21 PM | Show all posts
Nape aku rasa Islam kat Malaysia ni cam over syumul lagi suci berbanding negara lain?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:28 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 27-9-2016 01:06 PM
Atuk nenek Meleis dulu pakai tembikar babi jugak khennn

biar lah orang Islam tak nak guna pinggan mangkok dari tulang babi.  ia dapat membantu menurunkan harga pinggan mangkuk tersebut.  sebab kalau ramai sgt pengguna nya nnt bekalan tak cukup  dan senang lah penjual nak buat alasan naikkan harga...  

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai pinggan claytan made in msia tu je..ada status halal lg. Dulu penah pegi kilang kt johor tu uncle cina tu ckp produk pinggan mangkuk claytan halal utk muslim pakai. Masa tu aku xtau pulak pinggan pun ada yg haram. Lps uncle tu explain baru tau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca elok2 apa mufti tu ckp. Dlm bnyk2 mufti, Dr Zulkifli ni la yg paling aku respect. Dia x political. Klu salah dia ckp salah, walaupun agong. Tp cara dia tegur mmg lembut dan berhemah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik la... Bole ke.... Gigih la plak pembuat tembikar tu nk bako tulang pastu nk adun plak. Bkn ke tulang akan buat struktur tembikar tu jd xkukuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 03:23 PM | Show all posts
jetonkepoh replied at 27-9-2016 06:59 AM
Pelik la... Bole ke.... Gigih la plak pembuat tembikar tu nk bako tulang pastu nk adun plak. Bkn ke  ...

tulang dah hancur, komposisi plak bukan tulang semata
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
jenama ape yang halal untuk diguna pakai? harusla pinggan mangkuk disedekahkan ke jiran kalau terlist down sebagai produk haram
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka mufti ni.dia takdelah nak mengkafirkan sesiapa.ceramah dia pun seronok tak de nak politic bagai.dia pun relax aje guna fb.my personal opinion.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 03:37 PM | Show all posts
complete betul islam ni...dari sekecik2 perkara sampai langit 7 lapis semua diambil berat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.087875 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list