CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14080|Reply: 134

Royanan Intelektual Direktor Shahrulezad (Sutun) mengenai Drama Melayu skrg

  [Copy link]
Post time 27-9-2016 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 27-9-2016 08:22 PM

baru baru ni, tuan director dan penerbit tersohor Shahrulezad Mohameddin ( drama drama meletop sprt : Sutun, EmilEmilda, Sindarela, Mariam Alisa, Antara Garisan, Abang..Mak Panggil balik, 7 Ramadan, Kerana Cintaku Saerah, Ramadan terakhir etc...) ada meroyan sikit ....mengenai isu lambakan Drama -drama melayu yg tak berkualiti...yg dikatakan sampah, busuk, kepam ...tak menjana minda... segala mala bagai yg negatifff

tp cuba chuols baca...baca dengan mata hati, fikiran terbuka ...mana yg benar...mana yg tidakk....seperti coretan heshe di bawah....

APA KATA CHUOLS...!!!??


Lately ni abam banyak dapat komen yg mula2 okie tapi lama2 jadi cam tak berapa okie pulak. Komennya pasal derang dok kutuk2 stesyen TV. Kata stesyen sampah lah. Stesyen bodoh lah. Stesyen2 ni dipersalahkan 100% di atas kebanjiran drama2 yg dikatakan sampah sarap yg sedang berleluasa sekarang.
Gini lah dik. Macam kita menuding satu jari ler. Satu jari tunjuk ke arah yg kita tunding tu. Manakala yg lain empat tunding balik kat muka kita. Fenomena drama2 yg dikatakan bodoh2 belaka tu sebenarnya kita yg jadik puncanya. Kerana itu adalah gambaran selera atau citarasa kita secara 'majoriti'. Bila abam cakap majoriti tu ialah golongan mana yg menguasai remote control tv drama tempatan pada sesuatu masa itu. Haaa...itu lah penonton kita yg sebenarnya. Dan penonton itulah yg mahukan drama sejenis ini WALAUPUN kita tahu bukan semua yg menonton sesuatu drama sampah tu suka dengan drama yg ditonton (derang tengok dengan satu tujuan jer. Nak carik silap utk dijadikan bahan carutan kat media sosial). But once u switch on the tv derang consider korang sedang menontonnya and suka dengan apa yg korang tonton.
Senang cerita macam ni lah dik. Biar abam kasik contoh mudah sikit. Macam kita meniaga nasik lemak ler. Biar pun nasik lemak kita tu penuh santan dan kolesterol dengan segala bahan yg tak elok untuk kesihatan adakah kita akan berhenti meniaga hanya semata mata ada segelintir pelanggan yg mengadu pada kita yg nasik lemak kita membawa pada kemudaratan? Hell no! Kompom kita akan cakap 'eh! Dah tak suka tak payah la beli. Aku jual ni utk org yg suka jer. Dan ramai jer yg beli. Yg ko sibuk sangat paksa jangan jual nasik lemak aku tu dah kenapa?" Haaa...itu lah situasinya. Sama macam McDonald biarpun berpuluh NGO cakap itu ini pasal McDonald sampai dikaitkan dengan segala issue Palestine semua tu kenapa sampai sekarang McDonald still exist dan terus menjual product yg dikatakan unhealthy itu? Sebabnya ialah disebalik kecaman yg diterima oleh McDonald TETAP abam ulang sekali lagi TETAP wujudnya segelintir peminat tegar burger dia yg akan terus membeli WALAUPUN derang tahu risiko makan benda2 yg tak healthy (salah seorangnya ialah abam. Hehehehe) sebab ia berkait rapat dengan selera kita.
So stesyen TV macam TV3 Astro bagai semua tu sama macam tu jugak lah. Derang ialah entiti perniagaan. Apa yg derang buat ialah derang sajikan benda2 yg derang rasa penonton suka tengok. Dan 'rasa' itu ialah bersandarkan ukuran rating. And speaking of rating. Rating ni macam mesin dik. Sekali ko on TV tu derang tafsirkan ko consider tengok walaupun yg tengok tu kucing ko ker atau ko tengok sambil2 layan twitter sebab nak carutkan drama yg ko tengok tu ker. Ataupun ko tak suka drama sampah tu tapi kalau bibik kat rumah tu curik2 bukak tengok ianya TETAPPPPP dikira TV tu di ON bukak. Faham?
So rating system tak boleh bezakan mana satu penonton yg betul2 suka atau tak suka. Once switch on consider satu 'like' yg derang dapat. Dan advertiser suka dengan likes yg banyak gituhhh. Konklusinya di sini kalau korang tak suka dengan sesuatu drama tu make sure korang jangan bukak langsung channel drama tu. And make sure adik beradik korang termasuk lah mak bapak korang yg bukan kisah sangat drama tu bagus ker tak, tak pun pastikan bibik2 korang jangan sama sekali switch to slot2 drama yg korang katakan sampah itu. Bila benda ni berlaku then ratings akan berkurangan and agency ratings macam AC Neilson tu akan hantar report pada station yg slot2 sekian dan makin berkurangan penontonnya then they will take action. Station ofcoz tak akan layan komplen2 yg cuma bising kat media sosial jer. They only read figures! Sama macam McDonald tadi lah. Ko buatlah piket bagai nak rak macam mana sekali pun. Tapi kalau masih ramai yg beratur beli burger derang so apa kejadahnya derang nak tutup business? If u dun like it just dun buy and go away. Tu jer konsepnya.
Sama ada kita suka atau tidak. Apa yg disajikan oleh station tv tu adalah DIANGGAP menepati selera mass aundience peminat drama TV malaysia berdasarkan jumlah rating yg diterima. So jangan salahkan TV seratus peratus tapi salahkan selera 'longkang' kita tu dan orang sekeliling kita. Majority penonton drama kita yg rata2nya budak2 sekolah yg baru nak tumbuh bulu ari2 tu bukannya derang kesah sangat pun pasal storytelling acting cinematography bagai tu semua. Janji Remy Ishak yg berlakon walau watak entah apa apa derang still akan melting tengok. Yg korang buat yang konon kononnya golongan Melayu canggih serba serbi ni pulak cuma sekadar lintas depan tv sambil tengok sekali imbas dan terus carut dalam twitter. Padahal korang biarkan ajer TV tu menyala. So kalau tak suka dengan sesuatu drama tu SWITCH OFF THE TV! AS SIMPLE AS THAT. Then TV will get the signal.
Ingat lagi tak suatu ketika dahulu station TV kita dilambakkan dengan drama2 seram bongok? Sana sini drama seram kuar kat TV walau pun cerita entah apa apa. Tapi korang perasan tak slot drama seram Khamis malam Jumaat tu mana ada sekarang? Kenapa tak der? Sama gak dgn slot2 ala ala Islamik macam Zehra Nurkasih bagai tu semua pun dah tak der lagi. Sebabnya TV mula perasan yg rating drama seram Zehrah tu semua dah mula menurun. Majoriti penonton dah mula switch off atau switch to other channel. So sekarang tgh trend drama novel pulak. Trend drama acah acah sweet laki bini mula menguasai selera penonton. Station akan lambakkan segala drama novel dengan tajuk2 pelik macam Suamiku Terkentut Lagi Lah apa lah sampai korang naik muak dan muntah dan ramai2 mula tukar channel lain. Then masa tu baru lah drama ala ala novel ni akan dihentikan. Dan tunggulah trend drama seterusnya pulak muncul.
So bagi mereka yg tak suka atau geli geleman dengan lambakan drama2 macam tu kuasa terletak di tangan anda. Capai ajer remote control dan just tekan off. Mudah jer. Dan pastikan tak der saper dalam rumah tu yg bukak tv. Kalau setakat korang sorang jer bebel sana sini sampai tercabut anak tekak pun station tak akan faham kalau TV kat rumah korang tu asyik dok menyala jer dari pagi sampai kepetang walau tak der orang tengok.
Sekian saja teks khutbah Jumaat abam untuk minggu depan.
*yg kelakarnya orang2 yg kutuk2 drama Melayu ni sampah la apa lah ekceli derang ni sejenis hipokrit gak sebab bila kena kat tang hidung derang contohnya kenapa jual barang2 online yg tak der kualiti macam ni pandai pulak derang jawab 'habis dah derang nak beli tak kan kita bodoh tak nak jual' haaaa....see? Hipokrit ker tidaaaaķkkkk uolsss....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 08:26 PM | Show all posts
forumer cari sgt sharulezad ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
TV3 ada siarkan drama berkualiti juga..tp bukan slot akasia..contohnya drama lakonanAerilZafrel UmiNazerra dan IzzueIslam ygdok tayangskrg...storyline lebih dkt dgn saliti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2016 08:31 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 27-9-2016 08:29 PM
TV3 ada siarkan drama berkualiti juga..tp bukan slot akasia..contohnya drama lakonanAerilZafrel UmiN ...

best citer tu sis ...ramai yg memuji2 drama tu ...

tp drama tu dikatakan ciplak drama korea .....lupa tajuk drama korea tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2016 08:31 PM | Show all posts
dauswq replied at 27-9-2016 08:26 PM
forumer cari sgt sharulezad ni

selain heshe ...bff heshe si nizam zakaria pun ada di Cari ni...  hahaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 08:35 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 27-9-2016 08:31 PM
best citer tu sis ...ramai yg memuji2 drama tu ...

tp drama tu dikatakan ciplak drama korea ... ...

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=748408
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka royanan heshe. Ada valid points
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xde apa nak komen ttg apa dia tulis cuna nak cakap rembes gak dia ni  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 08:45 PM | Show all posts
die neh sutun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 27-9-2016 08:29 PM
TV3 ada siarkan drama berkualiti juga..tp bukan slot akasia..contohnya drama lakonanAerilZafrel UmiN ...

Kaka...
Storyline die boleh jd lain dr yg lain sbb ciplak citer korea secret love


P/s teringin nk tgk produksi kita wat movie pasal tanah runtuh kt heway kl-karak
Bila kereta terperangkap dlm jem..xleh gi mne2..
Pasukan penyelamat kne selamatkn mangsa kt dlm gaung...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe ni spesis heshe ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols simpulkan heshe adalah peminat tegar nasi lemak, mcd dan abam wemy sehak
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
isma aizal bipolar yg direct kashaf imani, teman lelaki upahan, lukisan takdir dll pun stok2 si dak ijat ni kan... Geng production radius one kalau tak silap...
Seronok pulak baca royanan dak ijat ni..mari le join porem..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpernah ku lihat wajahnya...tp ku suka arahannya blh tahan manis jgk orangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols suka drama2 ShahrulEzad & sbb heols meols layan drama melayu.
Lps heols menyepi.. iols dah tak tengok drama melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 27-9-2016 08:26 PM
forumer cari sgt sharulezad ni


baru nak cakap yang sama  
bau forum sangat

dulu minat sangat tengok sindarella  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe... Klu drama yg tgh tayang skrg ni yg bgi aku best...
Mariam alisa (tv3) hero (tv2) n patah sebelah sayap (tv3) wpun cilok korean drama tp xpelah... x psl2 aku dload drama korea tu.
Tp, xde la minat sgt... Tgk sbb ada kelainan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes... mmg aku tgk drama adaptasi tp klu ada pelakon yg best la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 27-9-2016 08:29 PM
TV3 ada siarkan drama berkualiti juga..tp bukan slot akasia..contohnya drama lakonanAerilZafrel UmiN ...

Yes..beshh giler.
Lakonan mantap..cte beshhh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu cerita sampah sarap tajuk nama2 pompuan..skrg cerita taik plak tajuk suami ku itu ini,abang itu ini..xde beza pon..semuanya target penonton hijabista low class n  acik2 kepam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.577288 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list