CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2203|Reply: 19

IBU MURTAD SALAH SIAPA?

[Copy link]
Post time 28-9-2016 08:07 AM | Show all posts |Read mode
salam

Mengenali seseorang yang kehidupan dia pada aku lebih bermasalah dari apa yang aku lalui sebab atleast aku masih ada ibu dan ayah yang banyak memberi sokongan pada aku.

Seorang pemuda berusia 35 tahun lahir dari keluarga yang agak complicated sangat. Ayah bekas pegawai polis berpangkat tinggi dan ibu seorang cina muallaf yg merupakan isteri kedua. Pemuda ini bernama Fahmi mempunyai 2 orang lagi adik lelaki yg mana semua dah dewasa. Kehidupan semasa remajanye tidak indah sebab ayah nya melayan seperti banduan sentiasa kena pukul dan kepala dihentak dimeja. Begitu juga ibu nya sering dipukul. Ayah selalu minum arak dihadapan dia dan adik-adik. Pendidikan agama jauh sekali.

Pada usia 16 tahun ayah telah menceraikan siibu kerana ingin berkahwin dengan india muslim pula. Mereka diserahkan kepada nenek sebelah ayah tapi kerana sering dihina oleh bapa saudara mereka nekad melarikan diri mencari siibu. Lebih malang siibu rupanya telah kembali murtad.  Namun siibu tetap menjalankan tanggung jawab membesarkan dan memberikan pelajaran pada anak2. Mereka masih islam tapi pada nama sahaja.

Lebih malang apabila siibu boleh pulak berkahwin dengan bangsa cina juga dan melahirkan 2 lagi anak lelaki .
Tak tahu macamana undang2 di negeri sembilan sehingga siibu boleh murtad dan menukar agama dan berkahwin pula,
Sekarang Fahmi merasa kan jiwa nye terlalu kosong dan dia seperti hilang pegangan.

Siayah sekarang tengah sakit stroke dan fahmi serta adik2 langsung tidak menjenguk ayah mereka. Masalah nye Fahmi datang mengadu ditempat yang salah...mengadu pada saya sedangkan saya pun bermasalah.  Dia kata nak cuba tarik ibu nye masuk Islam semula tapi macam mustahil sebab siibu telah berkahwin dan siibu kata selama dia Islam dia tak pernah diajar solat atau puasa.

Kekadang Fahmi menangis sebab dia rasa jiwa dia terlalu kosong dan dia jarang solat tapi mendekatkan diri dengan melakukan dosa demi dosa. Apa yang dia tak buat kecuali tak membunuh sahaja.
Rasanye macamana agaknye kita dapat membantu si Fahmi nie??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
singlemum_4 replied at 28-9-2016 08:07 AM
salam

Mengenali seseorang yang kehidupan dia pada aku lebih bermasalah dari apa yang aku lalui se ...

Taghut.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 10:01 AM | Show all posts
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdullillah..Fahmi diberi Hidayah Allah..satu rahmat paling besar.

Ramai org yg sangka sangka..sebab Islam warisan, Islam pada nama, diri dia pun Islam..padahal..tidak pernah pun menjalankan syariat..
sedang yg membezakan Islam atau tidak adalah SOLAT..

So..Syukurlah Fami diberi hidayah oleh Allah..dan dia juga ditarik hatinya kepada Islam yg benar..makanya dia meminta tolong pada singlemum..
InsyaAllah...adalah tu kelebihan yg Allah swt anugerahkan pada singlemum ..yg munkin singlemumu sendiri tak perasan..Tapi..yakinlah..Allah swt jadikan begitu..ada sebab musabnya..dan adalah kelebihan kelebihan nya.



IDEA UNCLE ...yg pertamanya...
Diri Fahmi ini sendiri.
INI YG PALING PENTING...bagitau Fahmi perkara ini!

1.Katakan pada Fahmi...bersyukurlah pada Allah swt..kerana walau dia dlm keadaan yg sebegitu...Allah swt anugerahkan dia dgn Hidayah Iman...Suatu harta yg paling bernilai tak terbanding seisi alam!..dia dapat ini!..makanya bersyukur banyak banyak!
SEMUANYA BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI DULU..kata pada Fahmi begitu..

2. Tanda syukur itu..TAAT..
Nasihatkan Fahmi supaya memperbaiki amalan.
Hampiri masjid..cuba sedaya munkin solat jamaah d masjid..terutama magrib..sebabnya..lepas magrib ..biasa ada pengajian agama ..ikuti pengajian agama.
Relax relax dengar ceramah d masjid..seronok!..tak perlu serius..cukup dgn santai dan enjoy..
Untung kalau dpt kawan baru dlm kalangan ustaz2 ke..p lah lepak2 dgn ustaz2 pulak..minum teh tarik..main takraw..sambil join aktiviti masjid.

3. Berdakwah pada keluarga terutama pada ibu...bukan boleh dgn kasar atau paksaan.
Terutama bila mereka ada sejarah hitam dan salahfaham tentang Islam.. (maklumlah )
Tunjukkan peribadi Islam yg sebenar...bagitau fahmi begitu..

4. Bertaubat atas kesalahan yg lepas..
YG LEPAS BIARKAN LEPAS...JANGAN ULANGI LAGI...bertaubat...
Allah maha penerima taubat
YG penting adalah masa depan.
jangan diulang lagi yg salah..
Buka chapter baru kehidupan..



5. kita doakan Fahmi akan berjaya mempertahankan Iman dan kemudian mengembalikan Iman kpd saudara saudara dia nantinya..bermula dgn diri sendiri...aminnn



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2016 01:33 PM | Show all posts
burungantu replied at 28-9-2016 02:01 AM
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdullillah..Fahmi diberi Hidayah Allah..satu rahm ...

thx uncle

tiap nasihat uncle sgt berguna dan sangt logik..insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Fahmi boipren baru tt eyyyyy..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2016 04:12 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 28-9-2016 06:09 AM
Fahmi boipren baru tt eyyyyy..

ishh tidak lah...
ai ni perlu yg membimbing ai bukan ai membimbing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
singlemum_4 replied at 28-9-2016 04:12 PM
ishh tidak lah...
ai ni perlu yg membimbing ai bukan ai membimbing

Betoi 100% stujukkkkkkkk!

Kaum hawa perlukan man not boy..bak kate beyonce.. ehh--   
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
singlemum_4 replied at 28-9-2016 04:12 PM
ishh tidak lah...
ai ni perlu yg membimbing ai bukan ai membimbing

Bismillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 05:48 PM | Show all posts
singlemum_4 replied at 28-9-2016 04:12 PM
ishh tidak lah...
ai ni perlu yg membimbing ai bukan ai membimbing




kalau betul pun..apa salahnya..

sama sama belajar pun..manis juga  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
burungantu replied at 29-9-2016 09:48 AM
kalau betul pun..apa salahnya..

sama sama belajar pun..manis juga

klu uncle burungantu apa salah..byk pahala membimbing iols

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:01 PM | Show all posts
haiya itu macam ka???
wa ada pengsan wooo dengar cite camni
macam cite p ramlee aje tu

apa pun
yg penting adalah DOA
kerna DOA ITU SENJATA MEREKA2 YG BERIMAN - bukan utk org islam tauuuu
maka yg dengar/tengok/ambil bahagian kat thread ni
kita pakat ramai2 BERDOA
dan HANYA PADANYALAH KITA BERTAWAKKAL

pas tu barulah boleh masuk episod seterunya
dgn guna akal yg diberi, tulang empat kerat dan terangnya mata hati
INSYA`ALLAH



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini baru satu kisah. Mungkin banyak lagi kisah mcm ni yg kedua2 ibu bapa islam pun belum tentu muslim nya.

Rasa malu pada diri sendiri sebab tak main peranan pun pada masyarakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
itulah si fahmi ada bawa.jumpa mama dia ngan harapan hubungan kami akan rapat dan boleh sikit demi sikit try tarik mama dia ke arah islam semula.

sedangkan ex saya dulu pun cina saya da berusaha sebaik mungkin kasi penerapan agama islam dgn bantuan family saya pun x berjaya nk mengubah dia selagi dia x nak berubah..

last2 pd dia jln paling mudah lafas talak 3 masa ank da.3 lelaki dgn alasan kami masih muda..sebelum kawin x piki lak saya final year kat U...tak pe la atleast saya da kebal sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 09:54 AM | Show all posts
Satu cabaran besar untuk S.mum dalam berhadapan masalah ini, tapi yakinlah disebalik kesusahan ada kemudahan. Hadapi segala masalah dengan menikmati masalah tersebut. Mungkin kemudahan itu akan datang setelah S.mom bergelar nenek nanti atau lebih cepat. Senjata yang terbaik untuk menangani segala masalah adalah sabar. Makin kuat kita bersabar makin baik kesannya dikemudian hari. Syaratnya S.mom perlu berniat dan membuat pengistiharan dalam diri untuk memghadapi semua masalah tersebut sehigga berjaya. Apabila didatangi ujian itu tanda Allah sayangkan kita dan mahu memberi darjat yang tinggi, syaratnya lepas ujian duluuu. Teman s.mom tu lelaki yang bermasalah, step pertama berikan semangat dahulu dan hala tuju yang mahu dicapai, selepas itu berusahalah melepasi masalah2 yang tak terungkai. Ingat ye... sabar dan solat. Solat ni kita banyakkan berdoa, sebab masalah didatangkan oleh Allah dan dialah yang boleh mengangkatnya. Inilah namanya perjuangan hidup. Barulah indah kisahnya.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 11:00 AM | Show all posts
singlemum_4 replied at 29-9-2016 06:46 PM
klu uncle burungantu apa salah..byk pahala membimbing iols

...hahahahhahh....Malu I..

singlemum ni..

Mentang mentahlah Uncle ni dah Tua ..di usik usik nya..
(single mum dah ada anak waktu masih study!..salutt  .. ).anak Uncle yg sulung dah habis study.
agaknya ..Tua dia drp singlemum..)


Berdakwah pada Ibu Fahmi ni..

Ulama kata..berdakwah ni..DENGAN BIJAKSANA..

Antara cara dakwah yg terbaik..Fahmi kena jadikan diri dia org Islam yg baik.

Kadang2 tak perlu kata kata pun.



Ramai yg berjaya mengislamkan org lain..hanya dgn menjaga perilaku ada agama diri sendiri sja..


Kita tengok..apa yg berlaku pada Ayah Fahmi..ini satu "sempadan" (lawan teladan)
Dia tak perlu suruh org lain keluar Islam
tapi perilaku , peribadi dia cukup utk menyebabkan org islam  (ibu fahmi) lari daripada Islam.

Jadi..Cara yg samalah..
Fahmi perlu jadi islam yg baik..dan secara peribadi..Uncle yakin akan menarik Ibu dia kembali Islam..

( Kita wajib berdakwah..tapi dlm masa yg sama..kita perlu yakin "Hidayah" itu adalah atas Allah swt )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 30-9-2016 01:54 AM
Satu cabaran besar untuk S.mum dalam berhadapan masalah ini, tapi yakinlah disebalik kesusahan ada k ...

zamkumis dia bukan teman lelaki saya..Allah dtgkan yg hadir dlm hidup saya yg bermasalah je..ada.hikmah disebaliknye ...

ye utk menjadikan saya lebih kuat dam lebih mendekatkan diri padaNYA cuma kekdg saya terleka dgn duniawi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
burungantu replied at 30-9-2016 03:00 AM
...hahahahhahh....Malu I..

singlemum ni..

thx burungantu...org lama ni penyabar dan luas pengalaman dlm kehidupan

andai Allah ingin memberikan jodoh utk saya biar lah miskin harta tapi dlm ilmu agama nye
  
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:05 PM | Show all posts
ini pandangan saya...
untuk menpengaruhi orang lain dalam melaksanakan islam.....maka individu yang hendak menpengaruh juga melakukan benda yang sama pada dirinya.    maka yang sebaiknya cara...en fahmi perlu meningkatkan pengatahuan dan amalan dalam islam dan masa yang sama tunjukan tauladan keindahan islam pada ibunya dan mengajak kembali dlm islam.....dan disertai dengan doa. insyallah...sama sama akan bertemuh di jannah. bukan setakat ibunya sahaja tetapi adik beradik tiri dan orang sekeliling en fahmi akan mendapat menafaatnya.  "Hijrah satu pengorbanan"
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman ini zaman jaga diri sendiri dari azab api neraka. Ini kerana, kita tak boleh lari dari mensyirikkan Allah bersesuaian dgn janji2 Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 08:18 PM | Show all posts
Fahmi memerlukan support kemanusiaan bukan dari tuhan  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.084188 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list