View: 13120|Reply: 46
|
Salam Maal Hijrah 1438 & permohonan maaf bagi pihak saya
[Copy link]
|
|
Assalamuaikum & Salam Maal Hijrah 1438
kita sekarang berada di hujung bulan Zulhijjah/bulan haji , dan dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut awal Muharam/ 1 Muharam .
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah
Sempena tarikh baik & bulan baik ini, saya dengan ini ingin memohon maaf kepada semua artis & semua forumer cari yang mana saya pernah melakukan kesalahan kepada anda semua. Walaupun saya bukan seorang forumer tegar & sudah lama tidak aktif disini, saya pernah mengumpat,mengutuk dll , terhadap artis seperti aznil, linda onn, azwan ali, mawi & isterinya ekin , ina naim , siti nurhaliza ,farhan af4 dll . Saya dengan rendah diri memohon maaf atas setiap kesalahan saya terhadap anda semua .
Lazimnya orang kita memohon maaf ketika raya Aidilfitri , saya pada mulanya ingin menulis permohonan maaf ini pada Aidilfitri pada tahun depan, tetapi saya rasa saya perlu menulis sekarang juga kerana saya tidak pasti bila ajal saya akan tiba, bimbang takut tak sempat minta maaf, ajal telah tiba. waktu itu kesempatan bagi saya untuk memohon maaf sudah habis. saya tidak mahu menjadi orang yang menyesal di padang mahsyar nanti .
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".(Surah As-Sajdah (32) ayat 12)
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
Surah Yassin ayat 52
Ramadhan & Kematian - Ustaz Wadi Anuar ~ https://www.youtube.com/watch?v=MWULmV0cOX8
sebelum kita masuk ke dalam kubur , Cuba renung balik, sejak kita baligh, berapa banyak dosa yang kita pernah buat, berapa ratus/ribu kali solat subuh yang kita dah terlepas ? berapa banyak solat fardhu lain yang pernah kita tinggal ? dosa tinggal solat adalah sangat besar dan kita mesti qada balik dan mesti taubat nasuha . sejak kita baligh, berapa kali kita ada terambil hak orang, berapa banyak barang yang kita pinjam yang masih kita belum hantar dari zaman sekolah sampai sekarang, berapa hutang orang yang kita belum bayar, berapa kali kita melawan dan bercakap kasar dengan ibu bapa kita, sejak kita baligh, berapa banyak dosa mata yang kita lakukan, lebih-lebih lagi di zaman internet sekarang, berapa banyak aurat bukan muhrim kita yang kita dah tengok, berapa kali kita tengok klip video X waktu kita duduk seorang diri, sejak kita baligh, hampir setiap hari yang kita lalui kita mengumpat orang, dosa mengumpat adalah dosa besar dan tidak akan diampunkan sehingga orang yang kita umpat itu memaafkan kita , ada sesetengah orang yang kita umpat dah meninggal dunia, ada yang dah lost contact...kita semua sangat banyak dosa sebenarnya, mungkin kita mengumpat orang 10 tahun lalu, kita pun dah lupa sekarang, tetapi kita akan ingat balik bila di timbangan mizan di padang mahsyar kelak . sekecil-kecil kebaikan dan dan sekecil-kecil kesalahan akan dapat dilihat semula.
Surah Al Zalzalah ayat 5-8 :
(5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(8)
kita mesti cari pahala semaksimum mungkin untuk mengimbangi dosa-dosa kita apabila ditimbangan di Mizan kelak . 1 pahala adalah sangat berharga pada waktu itu, boleh jadi 1 pahala itu akan membawa kita ke Jannah/Syurga dengan rahmat & redha daripada Allah .
boleh jadi 1 dosa itu akan membawa kita ke Narr/Neraka Jahanamm , Nauzubillahiminzalik .
Ayuh tambah ibadat,perbanyakkan istighfar & taubat nasuha , perbanyak membaca Al Quran, dalam 1 hari, jangan tinggal surah al waqiah,10 ayat pertama & 10 ayat terakhir surah al kahfi (pelindung daripada dajjal) , surah al ikhlas, surah al mulk (sebelum tidur) dan ayat kursi. perbanyakkan puasa sunat , ada satu hadis menerangkan puasa mampu menjadi perisai daripada api neraka . Jangan tangguh dengan amal sementara ajal kita masih belum tiba, bila nyawa dah sampai ke halkum , pintu taubat dah ditutup untuk selama-lamanya, nak taubat tak boleh dah, nak sedekah tak boleh dah, nak beramal soleh tak boleh dah,
kalau nak beribadah, nak taat kepada Allah, sekarang waktunya....dalam kubur tak payah baca Quran dah, dalam kubur tak perlu solat dah , nak solat banyak-banyak, sekarang adalah masa nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam maal hijrah jugak u
|
|
|
|
|
|
|
|
Me too.. harap2 artis baca permohonan maaf ini..
errr...klu komen versi tak umpat boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Wah Terima kasih TT sebab mengingatkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kurang la sorang geng crawling in the apocalypse..
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
samalah kita... harap permohonan maaf diterima ... |
|
|
|
|
|
|
|
Tt ni suhai laksa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Wa ‘alaikumus salam wa rahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih TT atas peringatan ini |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu abis maal hijrah sambung bukak thread gossip.hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
salam maal hijrah uols
selamat bercuti isnin |
|
|
|
|
|
|
|
Ouch.slm maal hijrah to u too.dan ampun maaf jua dipinta |
|
|
|
|
|
|
|
mulai skrg saya berazam tak mahu lagi mengumpat tak kira sama ada artis, ahli politik, ahli keluarga sendiri, kawan2 dan semua orang,
saya bimbang akan jadi muflis di akhirat nanti
satu hari nanti kita pasti akan mati...
satu hari nanti kita pasti akan masuk ke dalam kubur/alam barzakh
satu hari nanti kita pasti akan berada di padang mahsyar
satu hari nanti kita pasti akan lalu di titian sirat, hanya ada 2 pilihan pada masa itu, sama ada masuk syurga atau masuk ke dalam neraka , tidak ada pilihan ketiga
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).
Kalau orang menuduh kita dalam sesuatu perkara yang kita tidak terlibat, janganlah membalas tuduhannya, (walaupun kita mengetahui yang dia yang sebetulnya terlibat) kerana dia yang akan menanggung dosa.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Kamu harus bertaqwa kepada Allah, jika seseorang mencelamu dengan sesuatu yang diketahuinya ada pada diri maka janganlah kamu membalas mencelanya dengan sesuatu yang ada pada dirinya, nescaya dosanya kembali kepadanya dan pahalanya untuk kamu, dan janganlah kamu mencela sesuatu.” (HR Ahmad dan Thabrani)
Jikalau telah melakukan penganiayaan atau kezaliman, selesaikan dahulu semasa di dunia ini agar tidak muflis di sana.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya."
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam maal hijrah semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam maal hijrah |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah kitkita
Terimakasih kerana ingatkan akak Dan forummers lain |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun berazam..tak nak mengumpat lagi fah. Semoga Allah berkati hidup kita semua dan berikan hidayah hingga akhir hayat kita semua. Amin. |
|
|
|
|
|
|
| |
|