CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10916|Reply: 106

[Tempatan] Isu Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan Azizan Osman

 Close [Copy link]
Post time 29-9-2016 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 29-9-2016 03:34 PM

UM nafi anugerahkan ijazah kedoktoran kepada ‘pakar motivasi’

Antara mereka yang pernah mengikuti program motivasi beliau termasuk pelakon dan pengarah filem, Afdlin Shauki.




PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan ia pernah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada seorang perunding motivasi yang menghasilkan beberapa buku mengenai pemasaran dan menganjurkan seminar motivasi.

Dalam laman web syarikat Richworks Group of Companies yang diketuainya, Azizan mendakwa beliau dikurniakan ijazah falsafah kedoktoran (PhD) daripada UM.

Sebuah lagi laman web mempromosikan dirinya sebagai seorang yang luas dalam pemasaran dan pengiklanan mendakwa beliau mendapat kelulusan MBA dan PhD dalam bidang pengurusan “dari sebuah universiti tempatan” pada 2009.

Bagaimanapun, UM hari berkata pihaknya tidak pernah menganugerahkan ijazah itu kepada Azizan.



“Pihak universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman,” kata kenyataan ringkas.

Menurut laman web Azizan, antara mereka yang pernah mengikuti program motivasi beliau termasuk pelakon dan pengarah filem, Afdlin Shauki.

“Masalahnya ramai orang tidak tahu atau tidak sedar yang mereka tidak ada ilmu perniagaan yang sebenar daripada usahawan dan jutawan yang telah terbukti berjaya serta telah terbukti telah membantu ramai usahawan lain untuk berjaya! Saya sendiri belajar daripada Dr Azizan bagaimana membina perniagaan saya!” menurut testimonial yang diterbitkan laman itu.

Seorang lagi pelakon, Heliza Helmi, dipetik sebagai berkata:

“Program Dr Azizan sangat-sangat menyentuh hati saya dan benar-benar memberi impak yang positif kepada diri saya.”











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadap sangat nak ijazah walaupun belajor malas
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Calling2 abam @axl_batch
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:05 PM | Show all posts
wana89 replied at 29-9-2016 01:03 PM
Hadap sangat nak ijazah walaupun belajor malas

Pasnih nak tengok ijazah PhD adik wana pula....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
haaa tu la nk mnipu amik nama um. kekalkn je la ijzah kehormat dr universiti gordon eh gorgon ke apa calling pgkritik trhormat @dinopower
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zidane_ziege at 29-9-2016 01:13 PM

ijazah "kehormat" bukan dpt dgn belajar kat universiti..ko x belajar kat U tu pon boleh dapat klu U tu rasa nak bagi kat ko..

penambahan..ijazah kehormat ni ada lebih kurang mcm pangkat mejar kehormat yg David Teo dpt tu..

Jijan ni pon satu dol..duit banyak2 jual air liur tu belanja la sikit buat beli ijazah kehormat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2016 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya pihak UM bersuara. Dah bertahun-tahun gak isu ni kann?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:09 PM | Show all posts
hidup pun nak menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 01:10 PM | Show all posts
Macam mana korang buka thread pasal Azizan Osman tapi tak tag @axl_bach
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
xminat si azizan ni. xfaham kenapa org nk niaga pegi jumpa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-9-2016 01:10 PM
Macam mana korang buka thread pasal Azizan Osman tapi tak tag @axl_bach

Wana salah tag yer
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:31 PM | Show all posts
hahahahahahaha... dia bukan takat ngaku ade phd dari UM jer.. dia jugak ade phd dr gordon uni (bogus uni), phd pengurusan dr iukl, dgn phd psychology dr ukm....

bijak x bijak mangkuk nih... ade diploma from uitm.. xde degree.. pastu ade 2 masters... phd dia up lg ade 4...

1st time dengar ade org dr diploma boleh terus buat masters... dari degree terus buat phd tu logik laa utk yg dpt 1st class hons... ni zizan ni..diploma ajer.... terus buat masters.. tetiba kang kot uitm keluar statement kata mangkuk ni xhabis pon diploma dia kt uitm lg laaa BURN..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:37 PM | Show all posts
tak paham, tv tak buat audit ke?...main amik je dia sbg penceramah...nampak sgt low class tv al hijrah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:38 PM | Show all posts
ramai pengikut zizan ni...yg agung2kan dia pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:41 PM | Show all posts
makshu replied at 29-9-2016 01:31 PM
hahahahahahaha... dia bukan takat ngaku ade phd dari UM jer.. dia jugak ade phd dr gordon uni (bogus ...

ada je dr dip lompat ke masters..tapi x semua univ la bg
kena cgpa 3.5++ then requirement bekerja lebih dr 10 ke 15 thn x ingat plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Level konfiden tinggi mcm dia memang kena muka tebal x tau malu. Tu sebab slamba je menipu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
orang yang tertipu dgn si topui ni mmg spesis bodoh2 belaka agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:29 PM | Show all posts
baik beli dato lg bagus, xde org pertikaikan sah ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:38 PM | Show all posts
ahkak pon tak pahammmm kenapa la orang kena tipu..
muka dia pon muka penipu...

ahkak tengok badan pon dah tauu..
nak bagi motivasi kat orang diri sendiri tak bermotivasi..
takkan tak de motivasi menguruskan badan sendiri...

mohtip?

ps/masalahnya kawan ahkak yg grad uni hamerika laki bini pon jadi pengikut setia mamat yg degree pon tadak, phD sampai 4 neh....adessss sesangat
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:44 PM | Show all posts
malunya nak tipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.087146 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list