CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2389|Reply: 16

China Bina Teleskop FAST Terbesar Dunia Untuk Cari Makhluk Asing

[Copy link]
Post time 29-9-2016 02:27 PM | Show all posts |Read mode


sumber foto: www.space.com



Negara tembok besar, China membina teleskop Radio Apertur Sfera 500M (FAST) dibina dengan kos 140 juta pound (RM560 juta), terletak di antara kawasan pergunungan di wilayah Guizhou.


Menurut Pengarah Pusat Pemantauan Astonomi Kebangsaan (NAO), Yan Jun, teleskop itu menunjukkan tahap keupayaan bidang astronomi China yang bertaraf dunia.


Tambahnya lagi, saintis China sebelum ini menghabiskan masa selama enam dekad untuk memburu makhluk asing dan harapan tersebut diletakkan pada teleskop FAST.


Berdasarkan ujian yang dilakukan sebelum pelancaran, pihaknya mengesan gelombang elektromagnetik yang tercetus oleh pulsar dengan jarak lebih 1,300 tahun cahaya.


Difahamkan, kerajaan China akan menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari tanda-tanda hidupan di luar bumi atau makhluk asing selain memantau pulsar jarak jauh iaitu neutron bintang yang dipercayai ada kaitan dengan letupan supernova.


Pembinaan FAST bermula sejak 2011 dan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan kawasan lima kilometer dari teleskop itu dipindahkan bagi mewujudkan persekitaran yang senyap untuk pemantauan.


Malah alat telekomunikasi termasuk telefon perlu dipadamkan apabila memasuki kawasan tersebut.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 03:24 PM | Show all posts
baru tgk semlm.. pasal alien ade cite pasal mende ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:59 PM | Show all posts
Betul tu malam tadi ada programme pasal benda ni reason sebab byk kali sangat dia org dapat laporan dari orang ramai yg nampak ufo kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa mereka terlepas makhluk asing yang mendarat di kelantan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 11:35 PM | Show all posts
agak2 brapa ekor makluk asing diorg dpt tangkat nnt
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 11:41 PM | Show all posts
Kalau alien yang datang ke China mesti riwayat dorang berakhir di dalam periuk ataupun kuali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2016 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam yang dalam peta 'Rogue Transmission' pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 03:30 AM | Show all posts
harap dpt jgk la cari penderma 2.6 billion..dh lame Iols speku Alien la yg transfer fund itu...gituuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2016 03:58 AM | Show all posts
tetiba terasa mcm nak goreng telur..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 07:45 AM | Show all posts
mcm mane laa function dia..mcm boleh main rollerblade je kat sane..huhu..ni klu rosak boleh jd taman pulak kot..swimming pool besar ke..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh kat ujung pendalaman,arap2 yer dpt laa mencari alien yg dcarik2 tu yek
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 12:05 PM | Show all posts
beso nya. kalau xdpt jumpa jugak, xtau laa hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
xyhxxy replied at 30-9-2016 12:05 PM
beso nya. kalau xdpt jumpa jugak, xtau laa hahahaha

Hahaha tau xpe...   
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bru tgk cite alien td
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 10:17 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 12:22 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 29-9-2016 11:41 PM
Kalau alien yang datang ke China mesti riwayat dorang berakhir di dalam periuk ataupun kuali.

wakakaka..

abis lah alien kene makan + telur diorang dijadikan juadah..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2016 07:31 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.207599 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list