Edited by azrinaziz at 29-9-2016 03:01 PM
KUALA LUMPUR - Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 28, dan pasangannya, Mohd. Khairul Azizi Burhanudin, 32, masing masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkhalwat, bulan lalu.
Hakim Syarie, Azzeman Omar menjatuhkan hukuman tersebut selepas kedua-duanya mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka di sini sebentar tadi.
Mengikut pertuduhan Zila atau nama penuhnya Nur Azilah Seeron dan Mohd. Khairul yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta didakwa berkhalwat di sebuah unit apartment beralamat A-15-2 Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C Bandar Bukit Jalil, di sini antara pukul 6.55 pagi dan 7.13 pagi, 13 Ogos lalu.
Berikutan itu kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan sehingga tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Pada 29 Ogos lalu, Zila telah diceraikan talak satu oleh pelakon dan pelawak terkenal Along Cham di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari daerah Petaling. - K! ONLINE
Sumber |