CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2486|Reply: 23

Anuar Zain Impi Konsert Skala Besar Tahun Depan

[Copy link]
Post time 30-9-2016 03:28 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Penyanyi terkemuka negara, Anuar Zain, mengimpikan satu lagi konsert berskala besar yang dirancangnya pada tahun depan, susulan kejayaan Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari pada 2013.
Penyanyi itu, yang baru sahaja melancarkan album kelimanya berjudul ‘Anuar Zain’, berkata konsert mega yang pernah diadakannya di Stadium Melawati, Shah Alam memberi inspirasi kepadanya untuk menjayakan satu lagi konsert yang gah dan hebat khusus bagi menghargai sokongan para peminatnya.
“Saya berasa cukup seronok dan teruja dapat hiburkan peminat pada konsert lalu kerana tidak pernah terfikir mampu melakukannya.
“Saya harap tahun hadapan, ada syarikat dan penaja tampil bekerjasama dengan saya untuk menjayakan sebuah konsert besar bagi menghiburkan peminat yang pastinya dahagakan persembahan saya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mengenai album terbaharunya, penyanyi berusia 46 tahun itu berkata album berkenaan yang menelan kos ratusan ribu ringgit merupakan yang termahal pernah dihasilkannya setelah kali terakhir mengeluarkan album lima tahun lepas.
“Saya dan pasukan berdepan cabaran utama menghasilkan album ini yang mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan terutamanya di peringkat praproduksi merangkumi proses pemilihan lagu dan susunan muzik yang sesuai.
“Selain itu, saya amat menitikberatkan aspek kualiti dan ini termasuk menjalani proses adunan di Sydney dan proses rakaman di Jakarta selain menggunakan khidmat orkestra antarabangsa iaitu Budapest Scoring Orchestra dan City Of Prague Philharmonic Orchestra bagi tiga lagu di dalam album ini demi kepuasan peminat,”katanya.
Anuar berkata album itu, yang ditaja beberapa syarikat korporat termasuk Mydin, mendapat sentuhan lima komposer Malaysia dan tiga komposer Indonesia.
Album itu, yang memuatkan lapan lagu berentak balada, akan mula menemui peminat pada 1 Oktober dan boleh didapati di 45 cawangan pasar raya Mydin serta secara online di www.Lazada.com.my.
Ditanya mengapa beliau hanya memasarkan albumnya di Mydin, beliau menyifatkan ia strategi unik bagi menjual karya terbaharunya kerana pasaran Mydin lebih meluas di negara ini.
“Banyak toko muzik ditutup sejak akhir-akhir ini berikutan kemerosotan penjualan album namun, saya bersyukur kerana Mydin memilih album saya sebagai album pertama dijual di pasar raya itu selain memudahkan para peminat membelinya,”katanya.
Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu turut menerima khabar gembira daripada Lazada yang memaklumkan sebanyak 500 unit album baharunya berjaya ditempah dalam peringkat prajualan sebelum album itu menjengah pasaran tidak lama lagi.
Mempertaruhkan single pertama bertajuk ‘Andainya Takdir’ yang sudah mula dimainkan di corong-corong radio, Anuar berkata klip video lagu itu, yang dicipta komposer berpengalaman Helen Yap dan liriknya dinukil Habsah Hassan, turut menjadi ‘trending’ di media sosial usai dilancarkan di laman YouTube Sabtu lepas.
“Alhamdulillah, dalam masa tiga hari, video klip arahan Amor Rizan yang menampilkan pelakon Sharifah Sakinah dan pelakon cilik Puteri Balqis sudah mencapai tontonan lebih 250,000,” katanya yang akan memulakan rangka promosi di beberapa pasar raya Mydin bermula 9 Oktober ini. – BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2016 04:25 PM | Show all posts
“Selain itu, saya amat menitikberatkan aspek kualiti dan ini termasuk menjalani proses adunan di Sydney dan proses rakaman di Jakarta selain menggunakan khidmat orkestra antarabangsa iaitu Budapest Scoring Orchestra dan City Of Prague Philharmonic Orchestra bagi tiga lagu di dalam album ini demi kepuasan peminat,”katanya.


Pasti lagu2 beliau lebih fresh kali ni.
Afgan juga sampai ke Prague buat lagu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 04:29 PM | Show all posts
Wah mesti best...tak sabar!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2016 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap-harap ada penaja besar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 05:09 PM | Show all posts
x sabar.. iols minat gila dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 05:09 PM | Show all posts
oh lagu helen yap rupanya
lirik by kak chah
patutlah puitis dan xkedengaran spt indon

mydin pun mydin lah
sungguhpun very the local
tp for sure...insya allah
laris


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-9-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ramaramu replied at 30-9-2016 05:09 PM
x sabar.. iols minat gila dia ni..

I suka lagu-lagu dia tapi i tak suka bila dia nyanyi meleret-leret tu  
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
suka dia nyanyi live.. tp kalo dengar lagu kat album agak bosan.. rasa sama je rentak lagu mendodoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2016 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kertu rupanya hakak nuar ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 05:48 PM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 30-9-2016 05:38 PM
I suka lagu-lagu dia tapi i tak suka bila dia nyanyi meleret-leret tu

aah.. dia ada time off key tu jadi mcm tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aiii tak sabar!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 30-9-2016 05:38 PM
I suka lagu-lagu dia tapi i tak suka bila dia nyanyi meleret-leret tu

Samalah.macam over plak kan.

#peminathakaknuarmohonjangankecam
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 09:27 PM | Show all posts
Anuar Zain & Mydin di dalam satu ayat??...
x pernah ku bayangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 09:30 PM | Show all posts
wow.... please2.... kena kumpul duit.... kali ni mesti pergi.... mungkin yg last dari abang kuar.... mane la tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa tiket mesti mahal
Nuar x rsa ka nk buat konsert hargai peminat
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena start kumpul. CD Anuar Zain i dh smp tgh hari td. Sis is happy gila22222
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2016 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
duffyduck replied at 30-9-2016 09:58 PM
Alaaa tiket mesti mahal
Nuar x rsa ka nk buat konsert hargai peminat

Kan.. Kata tanda menghargai peminat tapi konsert kena bayar ratusan ringgit malaysia. Hadiah bukan free ke  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2016 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
scrocth replied at 30-9-2016 11:05 PM
Kena start kumpul. CD Anuar Zain i dh smp tgh hari td. Sis is happy gila22222

Beli online ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 1-10-2016 12:36 AM
Beli online ke sis?

Yess. Preorder haritu kt lazada. Dapat poskad tanda tangan heshe lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2016 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
scrocth replied at 1-10-2016 07:28 AM
Yess. Preorder haritu kt lazada. Dapat poskad tanda tangan heshe lagi.

Oh ingatkan heols yang hantar  
Tahniah sis... Selamat mendengar lagu-lagu nuar jen. Jangan lupa konserr nya nanti ya  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.074085 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list