Edited by SepatUngu at 19-10-2016 02:59 AM
Memandangkan rumah lama hampir mcm nak roboh jah jomsss team pengamin #lofattah meriahkan thread neh
LINK AIRPORT 1 : http://mforum.cari.com.my/forum. ... 5222&extra=page%3D1
Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang dan Hadith Omar.Diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Akan menemui penonton di Astro Ria mulai 10 Oktober nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. JUDUL : SURI HATI MR. PILOT EPISOD : 16 episod TARIKHTAYANGAN : 10 Oktober 2016 HARI / MASA: Isnin-Khamis / 10.00 malam SIARAN :Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123 NOVELIS yla Dyna SKRIP :Fairul Nizam Ablah / Mamu Vies PENGARAH :Michael Ang / Hadith Omar TERBITAN ube Film Sdn Bhd PELAKON :Fattah Amin, Neelofa, Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan,Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar,Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia serta penampilan khas Aliff Satar dan Siti Nordiana
WATAK DAN PELAKON:
Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri Neelofa sebagai Warda Erina Ben Amir sebagai Dr muslim Azar Azmi sebagai Humaira Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha Aleza Shadan sebagai Datin Afifah Eleena Sui sebagai Inara Alvin Chong sebagai Johan Fahad Iman sebagai Rafeeq Adriana Adnan sebagai Jannah Azhar Amir sebagai Tan Sri Khalid Al-Fattah Mas Khan sebagai Daniel Eina Azman sebagai Dr Khairina Adrianna Qasmia sebagai Qisha LAGU TEMA /OST SURI HATI MR. PILOT Tajuk :Selamanya Cinta Penyanyi :Shila Amzah & Alif Satar Video &Lirik : Link
SINOPSIS:
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu.Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yangterlalu taksub dengan cinta Muslim. Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda. Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana.Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
|