CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157840|Reply: 1912

[Tempatan] Makan duit anak yatim - Anak Mangsa Kemalangan dapat RM12,000 dari RM300,000

[Copy link]
Post time 18-10-2016 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Reborn_Atheist at 19-10-2016 06:23 PM
Kepada semua yang pernah membuat sumbangan ke akaun maybank 564799125430 faizznur asyraf , boleh ke balai polis untuk membuat laporan polis tentang sumbangan anda yang dikuathiri tidak sampai ke tangan anak2 yatim kes kemalangan duke.




Anak Mangsa Kemalangan Hanya Terima RM12,000 Dari RM300,000 Wang Sumbangan

Posted on October 18, 2016 by Abdul Mursyid Zainuddin|



Seorang waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan tahun lalu mendakwa dua anak saudara hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, 35, berkata, wang sebanyak itu diperolehi selepas dia membuat laporan polis pada 22 Jun tahun lalu.

Beliau mendakwa, semua wang sumbangan orang ramai itu dimasukkan atas nama akaun bank peribadi dua adiknya yang lain.

“Saya sedih kerana wang yang sepatutnya menjadi hak dua anak saudara saya tidak sampai ke tangan mereka untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian demi masa depan.

“Alasan yang diberikan oleh adik-adik saya, wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka.

“Mereka turut memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

“Padahal saya yang menjaga dua anak saudara saya selepas seminggu kematian ibu bapa mereka hingga ke hari ini.

“Namun disebabkan pertikaian wang sumbangan itu, hubungan kami adik-beradik berpecah sehingga berlaku saman-menyaman dan kes kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Yusnaidah mengadakan sidang media yang turut ditemani dua anak saudaranya, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5.


Kemalangan maut melibatkan Pajero dengan beberapa buah kereta MyVi mengorbankan Fairuz Nizam, isteri dan bayi mereka pada Mei tahun lepas.

Pada 2 Mei tahun lalu, Fairuz Nizam dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa terbunuh di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta di sini pukul 1.05 pagi.

Yusnidah yang memiliki tujuh anak dan dua anak angkat kini mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.

Anak keduanya telah meninggal dunia manakala menantu serta seorang cucu turut tinggal bersamanya.

Mengulas lanjut, Yusnidah yang terpaksa menutup bisnes restoran dan kedai kek gara-gara konflik keluarga itu turut kesal kerana wang pampasan insurans arwah adiknya itu telah dituntut oleh keluarga sebelah isterinya.

Ini kerana jelasnya, satu sen wang pampasan itu tidak diberikan kepada dua anak saudaranya itu.

“Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.

“Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.

“Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka.

“Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

“Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

“Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

“Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis,” katanya.


Gambar kenangan Allahyarham Fairuz Nizam dan isterinya, Allahyarham Nova Safitri Azhari dan bayi, Allahyarham Nur Firuza Annisa dan dua lagi anak mereka Nur Firuza Amira,dan Nur Firuza Aqilah.

Nahas yang mendapat kecaman masyarakat mengakibatkan dua pemandu kereta Perodua Myvi didakwa di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak itu.

Pada 8 Mei tahun lalu, juruteknik komputer, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, dan Penolong Pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd. Said, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan.

Kedua-duanya didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam.

Dalam kejadian itu, Mohamad Fizal Reza yang juga bapa kepada dua anak memandu kereta Myvi bernombor pendaftaran WXE 695 berwarna putih manakala Siti Noor Aini yang merupakan ibu kepada seorang anak, memandu kereta W 5192 F berwarna kuning.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

http://www.suara.tv/2016/10/18/a ... rm300000-sumbangan/


banyak dah aku jumpa bangsat2 camnie   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat duit rambang mata..lahanat punya manusia..semoga mereputlah ko dalam neraka :

Duit sumbangan utk anak yatim piatu ko keradah..celaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kite dgr belah pihak yg lain lak
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Syiah ke sis? Xmungkin su ni berperangai sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamaknya...
Bukan ke dulu adik lelaki fairuz yg nak kawin tu yg bekobar2 nak jaga. Tunang pun boleh terima la apala...
Aku igt budak2 ni dah aman bahagia dgn pakcik derang tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:45 PM | Show all posts
pprt nya perangai adik beradik kau sister.
doa jah mereka mampus accident jua dek.
baru lah puas hati bagi akak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2016 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler nyer makan duit ank yatim
Dasat pelahap duit:
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Emmmm
Pakat kelabu mata belaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Emmmm
Pakat kelabu mata belaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian budak2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:56 PM | Show all posts
Ya Allah, harta anak yatim kau brani kebas. Itu ada pertalian tu. kalau ada pertalian keluarga pun tergamak buat camtu. Apatah lagi dengan org lain.

Siyal betul. Tak amanlah kau dunia akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aah bukan pak sedara dia ke nak jaga? Eh macam2 konflik plak bila dah libatkan duit. Mata pun naik kelabu dibuatnya.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
apa tak da rase malu ka makan harta anak ya
tim.pprt la sangat peel dua beradek ni. baru jumpa duit byk tu dah gelap mata
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelahap harta anak yatim....tak berkat lah hidup ::
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini apa yg iols jumpa kt twitter. Kalau dia kahwin guna duit anak yatim, xberkat lah perkahwinan kau tu dik.  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:09 PM | Show all posts
kalau betul citer ni..

biarla mereka2 yg pecah amanah itu mendapat balasan setimpal atas dunia lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 11:09 PM | Show all posts
Ehh hanginla semua berita hari ni! Suma pasai kanak2 jd mangsa! Apa nk jadi ni!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
:  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah....kesiannya kt 2 beradik ni...dulu kate bapak sedara nak jage...ingat dah happy2 dah...adik yatim ni...x sangka pulak camni jadinya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
misznwal replied at 18-10-2016 11:08 PM
Ini apa yg iols jumpa kt twitter. Kalau dia kahwin guna duit anak yatim, xberkat lah perkahwinan kau ...

smehow mcm adik lelaki dia tu pakai duit tuk cover mjlis khwin tu... if betul lah, tak selamat dunia akhirat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.573306 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list