CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8512|Reply: 84

Koleksi HADIS daif dan palsu

[Copy link]
Post time 19-10-2016 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 20-10-2016 05:08 AM

"Maka sesiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat tinggalnya di dalam api neraka.

                                [Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim].
“Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang

memberitahu kamu tentang hadid yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah

didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati

mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah”


Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih


Imam Abu Muhammad al-Juwaini bapa kepada Imam al-Haramain, menghukum amat keras bagi MEREKA YANG MENYEBARKAN hadis palsu.,
Beliau berkata: "Orang yang melakukan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w adalah menjadi kufur." Manakala Jumhur ulama' sama ada Khalaf atau Salaf  bersepakat  bahawa melakukan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w adalah termasuk dalam dosa besar.
PERTAMA  HADIS PALSU : Solat/Puasa SIA-SIA jika melakukan maksiat مَن لم تنهَهُ صلاتُه وصيامُه عن الفحشاءِ والمنكرِ لم تزدْهُ من اللهِ إلا بُعدًا
من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر ، فلا صلاة له
أنَّ في الصلاةِ منهًى ومزجرًا عن معاصي اللهِ ، فمن لم تَنْهَه صلاتُه عن الفحشاءِ والمنكرِ ، ولم يَزْدَدْ بصلاتِه من اللهِ إلا بُعْدًا

Kedua : PALSU : Amal dunia seakan hidup selamanya dan amal untuk akhirat seakan mati esok
اعملْ لدنياك كأنك تعيشُ أبدًا ، واعملْ لآخرتِك كأنك تموتُ غدًا

Manakala lafaz ini adalah DAIF :
اعملْ عملَ امرئٍ يَظُنُّ أنْ لَن يموتَ أبدًا ، واحذرْ حذَرَ امرئٍ يَخشَى أنْ يموتَ غدًا .
الراوي : عبدالله بن عمر

KETIGA : PALSU : Tongkat adalah sunnah


حمْلُ العصا علامةُ المؤمنِ وسنَّةُ الأنبياءِ
الراوي : أنس بن مالك
“Membawa tongkat adalah ciri orang yang beriman dan sunnah para Nabi.”


Keempat : PALSU : Apabila ada dua golongan ini maka baiklah manusia iaitu pemimpin dan fuqaha' /ulama'
صِنْفانِ من أُمَّتي إذا صَلَحا صَلَح الناسُ : الأمراءُ والفقهاءُ صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والعلماء

Kelima : PALSU : Tidur selepas asar hilang akal
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
Keenam : PALSU : perbezaan umatku adalah rahmat
اختلافُ أمتي رحمةٌ
Ketujuh : PALSU : Sesiapa kenal dirinya maka dia kenal Tuhannya
من عرف نفسَه فقد عرف ربَّهKelapan : PALSU : Perceraian menggoncang Arasy


تزوَّجوا ولا تطلِّقوا ، فإنَّ الطَّلاقَ يَهْتزُّ لهُ العرشُKesembilan : PALSU : Bahasa syurga ARAB


أنا عربِيٌّ ، والقرآنُ عربيٌّ ، ولسانُ أهلِ الجنةِ عربِيٌّ

Kesepuluh : PALSU : Hati Quran surah Yaasin /Baca seakan baca Quran 10 kali


إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قلبًا ، وإنَّ قلبَ القرآنِ ( يس ) ، مَن قرأَها فَكَأنَّما قرأَ القرآنَعشرَ مرَّاتٍ


Kesebelas : PALSU : Berfikir lebih baik dr ibadat 60 tahun


فكرةُ ساعَةٍ خيرٌ مِنْ عبادَةِ ستينَ سنَةٍKedua belas : DAIF : Fadilat surah Al-Waqiah


مَنْ قرأَ سورةَ الوَاقِعَةِ في كلِّ ليلةٍ لمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أبدًا
الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : [url=]العراقي[/url]| المصدر : [url=]تخريج الإحياء[/url]
الصفحة أو الرقم: 1/450 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف

Ketiga belas : DAIF : Fadilat solat Masjid Nabawi 40 waktu


من صلّى في مسجدي أربعين صلاةً لا يفوتُه صلاةٌ كُتبت له براءةٌ من النارِونجاةٌ من العذابِ وبرئَ من النفاقِ
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : [url=]ابن باز[/url]| المصدر : [url=]التحفة الكريمة[/url]
الصفحة أو الرقم: 186 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Keempat belas : PALSU : Tuntutlah ilmu hingga ke China


اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصينِ

Kelima belas : DAIF : Banyak cakap hati keras


لا تُكْثِرُوا الكلامَ بغيرِ ذِكْرِ اللهِ، فإن كثرةَ الكلامِ بغيرِ ذِكْرِ اللهِ قسوةٌ للقلبِ،وإن أبعدَ الناسِ من اللهِ القلبُ القاسِي


Keenam belas : PALSU : Cintakan dunia punca kejahatan


حبُّ الدُّنيا رأسُ كلِّ خطيئةٍ


Ketujuh belas : PALSU : Abdul Rahman Auf masuk syurga merangkak


إن عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبواً


Kelapan belas : DAIF : Talak  perkara halal  dibenci Allah


أبغَضُ الحلالِ إلى اللهِ الطَّلاقُ

Kesembilan belas : DAIF : Mencari halal itu jihad


طلبُ الحلالِ جهادٌ
Kedua puluh : DAIF : Tidak dinilai solat bagi jiran masjid kecuali di masjid


لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد


KEDUA PULUH SATU : DAIF  : Puasalah nescaya sihat
صوموا تصحُّوا .


Kedua puluh dua : DAIF : Sebaik2 perkara SEDERHANA


وخير الأمور أوسطها


Kedua Puluh 3 : PALSU : Syurga di bawah tapa kaki ibu


الجنة تحت اقدام الامهات


Kedua Puluh 4 : PALSU : Sayangkan tanah air itu sebahagian dari iman


حب الوطن من الإيمان


Ke 25 : DAIF : Melihat Kaabah itu ibadat


النَّظرُ إلى الكَعبةِ عِبادةٌ
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : [url=]الألباني[/url]| المصدر : [url=]ضعيف الجامع[/url]
الصفحة أو الرقم: 5990 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف


Ke  26 : SANGAT DAIF : Makan sedikit,duduk di masjid ,melihat Quran,melihat org alim,melihat ibu bapa adalah IBADAT
خمسٌ من العِبادةِ: قلَّةُ الطَّعامِ عبادةٌ، و القُعودُ في المساجدِ عبادةٌ، و النَّظرُفي المصحَفِ من غيرِ قراءةٍ عبادةٌ، و النَّظرُ في وجهِ العالِم ِعبادةٌ، و أظنُّه قال: والنَّظَرُ في وجهِ الوالدينِ عبادةٌ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : [url=]الألباني[/url]| المصدر : [url=]السلسلة الضعيفة[/url]
الصفحة أو الرقم: 1710 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جداً





sumber :
4.Lain-lain



Insya-Allah bersambung ..........................


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2016 10:38 PM | Show all posts
HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS LEMAH DAN PALSU[size=1.2em]April 19, 2014

[size=1em]Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya
[size=1em]Ibn Hajar al-Asqalani rhm. telah membuat perbezaan dan memberi pengertian setiap satu kedudukan hadis seperti sahih, hasan, dan lemah. Apa kepentingan untuk kita mengetahui ilmu ini? Apa tujuan kita mengetahui kedudukan hadis sama ada sahih, hasan, ataupun palsu?
[size=1em]Kita perlu mendapatkan kepastian dan kesahihan suatu hadis kerana kita hendak menjadikannya sebagai asas dan sumber rujukan dalam Agama. Kita hendak solat dengan cara yang betul, sebab itu kita mesti pastikan riwayat tentang solat yang sampai kepada kita adalah riwayat yang sahih (benar), bukan riwayat yang palsu (direka-reka) atau lemah dan diragui.
[size=1em]Sebahagian orang mengambil mudah dan tidak peduli. Asalkan ia disebut hadis, mereka menerima semuanya termasuk yang lemah dan palsu. Sedangkan hal ini melibatkan urusan Akhirat, yang menentukan amalan diterima atau ditolak, yang melibatkan syurga atau neraka, maka hendaklah setiap amalan yang dilakukan itu kita pastikan sahih datang dari Nabi SAW supaya diterima dan dihitung sebagai amal soleh. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang melakukan suatu amalan (ibadah) yang tidak kami perintahkan, maka ia tertolak.” (Riwayat Muslim)
[size=1em]Kalau amalan yang dilakukan tidak betul, bagaimana ia hendak dihitung? Analoginya, majikan memberi kerja kepada kita di pejabat sebagai kerani menaip surat. Dalam waktu bekerja kita membuat kerja lain seperti sapu sampah, cuci tandas, bersihkan sawang. Kemudian pada hujung bulan kita ‘claim’ upah sapu sampah dan sebagainya. Adakah majikan akan membayar upah bagi kerja yang tidak dipertanggungjawabkan ke atas kita? Semestinya tidak.
[size=1em]Begitu juga urusan kita dengan ALLAH, Allah telah memberikan garis panduan kerja, tanggungjawab dan tugasan yang kita perlu buat melalui RasulNya, jika kita buat selain dari apa yang ditunjukkan oleh utusanNya, adakah kita yakin ia diterima oleh ALLAH? Secara zahirnya ia tidak diterima kerana kita melakukan sesuatu yang di luar tugasan yang diberikan. Jadi untuk pastikan tugas yang dibuat itu betul, hendaklah kita teliti apa yang sampai kepada kita khususnya hadis Nabi, hendaklah dipastikan sahih agar amalan yang dilakukan bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan RasulNya SAW.
[size=1em]HADIS DHA’IF
[size=1em]Hadis dha’if ialah hadis yang tidak sampai ke tahap hadis yang boleh diterima. Hadis yang boleh diterima ada dua; sahih dan hasan. Hadis sahih pula terbahagi kepada sahih lizatihi dan sahih lighairihi. Hadis hasan juga terbahagi kepada dua; hasan lizatihi, hasan lighairihi. Lizatihi merujuk kepada zatnya, yakni hadis itu sendiri sahih dan tidak perlu kepada sokongan. Adapun lighairihi, hadis itu menjadi sahih atau menjadi hasan kerana disokong oleh hadis lain.
[size=1em]Adapun hadis dhaif ialah hadis yang tidak sampai  tahap hadis yang boleh diterima. Ada beberapa pendapat para ulama bersangkutan hukum beramal dengan hadis dhaif;
[size=1em]Pendapat pertama mengatakan haram beramal secara mutlak. Ini pendapat Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, juga guru Imam Al-Bukhari – Ali Ibn Al-Madini. Pendapat ini juga didokong oleh Abu Bakar Ibn Al-Arabi dan Imam Al-Syaukani.
[size=1em]Imam Muslim di dalam muqaddimahnya membuat satu bab khusus Haram Meriwayatkan Sesuatu Yang Kamu Tidak Pasti Datang Daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian beliau membawakan sebuah hadis, “Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” (Riwayat Muslim)
[size=1em]Ada yang mendakwa tiada perkataan Imam Bukhari yang mengatakan tidak boleh beramal dengan hadis dhaif. Sememangnya Imam Bukhari tidak pernah menyebut secara jelas. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Syaikh Jamaluddin Al-Qasimi, begitu juga Al-Imam Ash-Shan’ani dan yang lain bahawasanya Imam Bukhari sangat tegas dalam mengambil sesuatu hadis. Ketegasan beliau sehingga beliau berhati-hati untuk beramal dengan hadis hasan. Apatah lagi hadis yang berstatus dhaif, seperti yang dinyatakan oleh Imam Ash-Shan’ani di dalam kitabnya Taudhihu Al-Afkar. Ini fahaman ulama hadis tentang kenyataan Al-Imam Al-Bukhari dalam kitab beliau.
[size=1em]Pendapat kedua mengatakan boleh beramal dengan hadis dhaif secara mutlak.Ini dikatakan sebagai pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi’i, juga Imam Ahmad bin Hanbal. Kita harus faham bahawa ulama-ulama fuqaha sentiasa diminta fatwa. Mereka akan mendahulukan hadis dhaif berbanding logik akal fikiran. Tetapi sekiranya terdapat hadis sahih, mereka akan menggunakan hadis sahih dan menolak hadis dhaif. Oleh itu disandarkan kepada mereka kenyataan bahawa mereka membolehkan beramal dengan hadis dhaif.
[size=1em]Pendapat ketiga adalah boleh beramal dengan hadis dhaif berkaitan kelebihan amal (fadhail amal) tetapi dengan syarat. Ini pendapat yang masyhur dari Al-Imam An-Nawawi dan diulas oleh Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-Atsqalani.  Orang yang menggunakan pandangan ini hanya mengikut sebahagian syarat dan meninggalkan sebahagian yang lain. Mereka tidak mengikut kesemua syarat yang digariskan. Ini kerana syarat-syaratnya amat ketat;
  • Hendaklah dhaif itu bukan dhaif yang bersangatan.
  • Hendaklah hadis dhaif itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis dhaif itu membentuk satu hukum, ia tertolak.
  • Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
  • Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya menyebarkan hadis dhaif dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya.
  • Hendaklah hadis dhaif itu terhasil dari hukum yang asal yang telah sedia ada. Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari Al-Quran dan hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibubapa termasuk dalam kelebihan beramal, at-targhib wat tarhib. Ia mestilah terhasil dari hukum asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima. Untuk membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah Imam Al-Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab kerana tiada hadis Nabi SAW tentang solat Raghaib.
[size=1em]Inilah lima syarat yang diperuntukkan oleh Imam Al-Nawawi sebelum membolehkan beramal dengan hadis dhaif. Sedangkan adakah orang yang beramal dengan hadis dhaif mengikuti semua syarat-syarat ini? Mereka menyeru orang beramal dengannya, bahkan orang awam tidak mampu membezakan hadis yang kurang daif atau bersangatan daifnya. Jadi jika tidak mampu memenuhi syaratnya  maka jangan beramal, tinggalkanlah yang dhaif kerana di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih yang belum diamalkan. Beramallah dengan hadis-hadis sahih.
[size=1em]HADIS PALSU
[size=1em]Saya pernah mencadangkan agar diwujudkan satu akta penyebaran hadis di bawah jabatan agama. Di bawah akta ajaran sesat contohnya boleh dimasukkan satu akta khas penyebaran hadis. Dahulu pada sekitar kurun kedua dan ketiga hijrah, penyebar hadis palsu dihukum bunuh atau dipenjara seumur hidup.
[size=1em]Maisarah Ibnu Abd Rabbuh, Nuh Ibn Abi Maryam dan Muhammad Ibn Sa’id Al-Mashlub adalah pemalsu hadis dan semua dihukum bunuh. Nuh Ibn Abi Maryam dibunuh kerana menyebarkan kelebihan surah dalam Al-Quran. Ketika ditanya pemerintah mengapa dia mencipta hadis palsu, jawabnya adalah kerana manusia pada masa itu sibuk dengan kitab sejarah Ibn Ishaq dan fiqh Imam Abi Hanifah sehingga tidak membaca Al-Quran jadi beliau menciptakan hadis bertujuan menarik minat manusia agar membaca Al-Quran.
[size=1em]Di Malaysia masih banyak buku, penceramah yang menyampaikan hadis palsu, kisah Umar Al-Khatthab ra. menanam hidup-hidup anak perempuannya semasa kecil diceritakan oleh guru-guru sekolah. Orang mendengar kisah tersebut sehingga menangis kesedihan. Walhal kisah ini karut dan tuduhan palsu ke atas Umar. Mana mungkin Umar membunuh anak perempuannya, anak sulungnya Hafsah dewasa dan menjadi isteri Nabi SAW.
[size=1em]Memang ada orang arab pada masa itu di kalangan Bani Tamim yang membunuh anak perempuan tetapi ia bukan keturunan Umar, Umar adalah arab Quraisy. Masyarakat arab dahulu umumnya tidak membunuh anak perempuan mereka seperti mana kata Hindun, “Kami membesarkan anak-anak kami, apabila mereka besar kalian membunuhnya.” Dia menunjuk kepada Nabi kerana setelah anak mereka besar, mereka dihantar perang, menjadi tawanan perang, dan sebagainya.
[size=1em]Perkataan ini satu bukti menunjukkan masyarakat arab tidak membunuh anak-anak kecuali beberapa kabilah kerana beberapa sebab seperti; mempercayai sial, takut anak menjadi tawanan di mana pada masa itu tiada undang-undang dan peraturan hidup, siapa kuat dan berkuasa maka dia raja. Jadi mereka membunuh anak perempuan sejak kecil kerana cemburu yang keterlaluan menyebabkan mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka ditawan. Tetapi Umar tidak melakukan demikian.
[size=1em]Banyak hadis palsu yang datang dari kalangan Syiah untuk memburukkan para sahabat, antaranya Abdurrahman bin Auf masuk syurga merangkak kerana kekayaannya. Syiah juga membacakan hadis-hadis palsu menceritakan kelebihan Ali di mana riwayat tersebut tidak ada sandarannya.
[size=1em]Sebab itu perlu diwujudkan akta khusus bagi mengawal penyebaran hadis agar setiap hadis yang dibaca di mana-mana tempat sama ada masjid, surau, akhbar, buku dan sebagainya terikat dengan undang-undang secara khusus sebagai langkah permulaan. Maka sesiapa yang hendak menyebarkan sebarang berita yang disandarkan kepada Nabi mestilah memastikan kesahihannya terlebih dahulu. Kecuali jika disebarkan untuk menjelaskan kepalsuannya. Kita mestilah hati-hati dalam penyebaran hadis, kerana kata Nabi SAW, “Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim)
Berkata Ibnu Mas’ud ra., “Lebih baik kamu menyekat dirimu dari melakukan satu sunnah dari kamu menyibukkan dirimu melakukan bid’ah.” Bukan beliau melarang melakukan sunnah, tetapi bagi riwayat yang kita tidak pasti kesahihannya, lebih selamat kita tinggalkan. Kalau beramal kita mungkin melakukan bid’ah sedangkan ia dilarang, jadi tidak mengapa kita tidak beramal dengannya jika tidak pasti.

https://ustazfathulbari.wordpress.com


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2016 10:44 PM | Show all posts
وقال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله :

"ولا يجوز أن يعتمد في الشريعة على الأحاديث الضعيفة



Berkata Syeikhul islam IBNU TAYYIMAH RAHIMAHULLAH

"Dan tidak harus berpegang kepada syariat bergantung dengan hadis lemah (DAIF ) "



وقول النووي موجود في كتابه الأدكار ص8:

-قال العلماء من المحدثين والفقهاء وغيرهم: يجوز ويستحب العمل في الفضائل والترغيب والترهيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعا



Manakala Imam Nawawi rahimahullah mengatakan diharuskan dan disunatkan  beramal dengan fadail dan galakan bergantung dgn hadis daif bukan hadis palsu





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2016 10:55 PM | Show all posts
وقال الخطيب الشربيني في مغني المحتاج: فائدة: شرط العمل بالحديث الضعيف في فضائل الأعمال أن لا يكون شديد الضعف

Dan berkata Khotib Syarbini "Syarat beramal dengan hadis daif pada fadail a'mal ialah hadis tersebut jangan tersangat daif"


Wallahu a'lam ......................





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2016 01:40 AM | Show all posts
HADIS 27 : PALSU :AZAB KUBUR

إنَّ العالمَ والمتعلمَ إذا مرَّا على قريةٍ فإنَّ اللهَ تعالى يرفعُ العذابَ عَنْ مقبرةِ تلكَالقريةِ أربعينَ يومًا
"Sesungguhnya orang alim dan orang yang menuntut ilmu apabila melalui sesebuah kampung Allah akan mengangkat azab kubur kampung tersebut selama 40 hari."









Bukan semua hadis yang disebutkan dalam kitab-kitab fiqh dapat dipegang.

Al-Imam Muhammad Hayy al-Laknawi ada menyebutkan bahawa kitab-kitab fiqh walaupun ia adalah kitab yang muktabar dari segi membincangkan masalah-masalah furuk, tetapi tidak boleh dipegang secara pasti hadis-hadis yang terdapat di dalamnya. Tidak boleh hanya disebabkan hadis ada dalam kitab-kitab fiqh maka ia diyakini secara pasti bahawa ia warid daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam. Bertapa banyak hadis-hadis yang disebutkan dalam kitab-kitab yang muktabar sedangkan ianya adalah palsu.

Jika penulis kitab tersebut dikalangan ahli hadis, ya, mungkin dapat dipegang hadis-hadis yang disebut oleh penulis kitab atau jika penulis menyandarkan hadis-hadis tersebut kepada kitab-kitab hadis maka mungkin kita boleh menerimanya jika dia benar dalam menukilkannya..

Allah telah menjadikan setiap ilmu ini ada pakarnya. Ada dikalangan ahli hadis yang hanya terlibat dalam bidang hadis tanpa terlibat dalam bidang fiqh dan usul. Begitu juga di kalangan ahli fiqh yang hanya terlibat dengan masalah-masalah fiqh tanpa mencampuri bidang periwayatan hadis.

Al-Imam Mulla Ali al-Qari mengkritik pengarang kitab al-Nihayah dan para pensyarah kitab al-Hidayah(fiqh mazhab Hanafi) yang memuatkan hadis palsu tentang mengqadha solat fardu pada Jumaat terakhir bulan Ramadhan dapat menampung solat yang telah luput selama 70 tahun. Kata Mulla 'Ali al-Qari: "Mereka bukan ahli hadis (walaupun mereka adalah ahli fiqh)."

Rujuk: Catatan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah ke atas kitab al-Ajwibah al-Fadilah, ms. 30.


  




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2016 05:38 AM | Show all posts
HADIS 28 : DAIF : MEMINTA CERAI

لا تسألُ امرأةٌ زوجَها الطلاقَ في غيرِ كُنْهِهِ فتجدَ ريحَ الجنةِ ، وإن ريحَها ليوجَدُ من مسيرةِ أربعين عامًا.
[size=21.3333px]الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : [url=]الألباني[/url]| المصدر : [url=]ضعيف ابن ماجه[/url]
[size=21.3333px]الصفحة أو الرقم: 398 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2016 05:45 AM | Show all posts
HADIS 29 : PALSU : KEKUATAN JIMAK

أتاني جبريلُ بهريسةٍ من الجنةِ فأكلتُها فأعطيتُ قوةَ أربعينَ في الجماعِ
[size=21.3333px]الراوي : - | المحدث : [url=]ابن القيم[/url]| المصدر : [url=]المنار المنيف[/url]
[size=21.3333px]الصفحة أو الرقم: 56 | خلاصة حكم المحدث : موضوع

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2016 05:54 AM | Show all posts
Hadis 30 : daif : tinggal solat

أحب شيء عند الله في الإسلام الصلاة على لوقتها ومن ترك الصلاة فلا دين له والصلاة عماد الدينPerkara paling dicintai Allah dalam Islam ialah solat awal waktu dan barangsiapa meninggalkan solat,maka tiada agama baginya dan solat itu tiang agama
[size=21.3333px]الراوي : عمر بن الخطاب | المحدث : [url=]الألباني[/url]| المصدر : [url=]السلسلة الضعيفة[/url]
[size=21.3333px]الصفحة أو الرقم: 6967 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2016 06:03 AM | Show all posts
HADIS 31 : DAIF : TINGGAL SOLAT JADI KAFIR

من ترك الصلاةَ متعمدًا ؛ فقد كفر جِهارًا .

Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja maka dia telah kafir sebenarnya.


[size=21.3333px]الراوي : أنس بن مالك | المحدث : [url=]الألباني[/url]| المصدر : [url=]السلسلة الضعيفة[/url]
[size=21.3333px]الصفحة أو الرقم: 5180 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 09:19 PM | Show all posts
Salam saudara2
eh tak de sapa2 pun yg join ke?
maka aku baru nak berkata2 sikit..........

JIKA KAMU IKUT KEBANYAKAN MANUSIA DI ATAS BUMI INI
NESCAYA MEREKA AKAN MENYESATKAN KAMU
betulkan ni AYAT ALLAH???

gamaknya le kalau kamu yg ikut kebanyakan manusia tu
hinggakan pPERKATAAN NABI pun dilemahkan/daifkan
kononnya perawinya je kan

jadi adalah lebih baik KITA MENGGUNAKAN AKAL kita
nak buat camna dalam AL QURAN pun BANYAK DISEBUT - DIPERINTAH BERFIKIR
lagi baik dr lembu kena cucuk idung kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 09:27 PM | Show all posts
PERTAMA  HADIS PALSU : Solat/Puasa SIA-SIA jika melakukan maksiat

camna leh jadi palsu/daif plak
sedangkan
SURAH AL MAUN .......CELAKALAH MEREKA YG SOLAT
   IAITU MEREKA YG LALAI DALAM SOLAT, DAN RIAK.........

HADITH NABI: SESUNGGUHNYA DUA ORANG YG SAMA RUKUK DAN SAMA SUJUDNYA
TAPI DISISI TUHAN, JARAK KEDUANYA BAGAIKAN LANGIT DAN BUMI

tu masa dok SOLAT kan kerna DIRIKANLAH SOLAT UTK MENGINGATI TUHANMU

kalau pasal puasa plak
SABDA NABI: ADA MEREKA YG BERPUASA HANYA MENDAPAT LAPAR DAN DAHAGA SAHAJA

jadi puasa ni yg camna???
bukan mulut je puasa kan, semua anggota dan hati sekali berpuasa
dsedang berpuasa tu mana leh lagho2 lalai maksiat


....ada akal, silalah berfikir
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 09:38 PM | Show all posts
Kedua : PALSU : Amal dunia seakan hidup selamanya dan amal untuk akhirat seakan mati esok

kat mana yg palsunya ni?
mungkin yg dok kata palsu ni sebab mereka tak boleh nak samakan/himpun
amal dunia dan akhirat sekali

misalanyalah
seseorang yg berniaga, akan terus berniaga sampai dia DIMATIKAN
.....cantik amalan dunianya tu termasuk siap dgn penjagaan kesihatan dirinya sendiri
kononnya nak terus bertenaga le, habis nnt bila2 musuh serang leh le lawan balik dr serah bulat2 je kan, SYAHID pula kalau mati
dan amalan akhiratnya, dia berniaga dgn jujur ikhlas baik akhlak banyak bantu sedekah
termasuk solat puasa haji

memang HADITH NABI yg ni
bukan utk manusia kebanyakan - yg rata2 jahil jeeeee manjang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2016 09:45 PM | Show all posts
orangbesi replied at 31-10-2016 09:38 PM
Kedua : PALSU : Amal dunia seakan hidup selamanya dan amal untuk akhirat seakan mati esok

kat man ...

yg hukum palsu,ulama' hds.yg ko meroyan pehal?ko pakar hadis,bg la dalil sanad ...

ni syiah ke atheis ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 10:06 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 31-10-2016 09:45 PM
yg hukum palsu,ulama' hds.yg ko meroyan pehal?ko pakar hadis,bg la dalil sanad ...

ni syiah ke  ...

ooo camtu ke
manalah aku meroyan
aku hanya ajak manusia yg mahu berfikir jeeeeee, yg mau guna akal
bukan ikut membuta tuli semata2

UMAT MUHAMMAD pun berpecah kepada 73 golongan
memasing kat puak2 memasing yg betul
sama le yg dok berkata2 ni kot

HANYA MEREKA YANG BERAKAL AKAN MENDAPAT PELAJARAN
.........alamak tu AYAT ALLAH tuuuuuu, tapi aku hanya sampaikan aje tauuuuuu

MAKA BERILAH PERINGATAN SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU BERMANFAAT
MEREKA YANG TAKUT AKAN MENDAPAT PELAJARAN
MEREKA YANG CELAKA AKAN MENJAUHKAN DIRINYA

ahhaaaa kan senang AYAT ALLAH ni kan
pilih aje leeeee, nak yg TAKUT atau yg CELAKA




Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 10:11 PM | Show all posts
oh ya lupa plak
ko tanya sanat kan?

manalah aku tau bersanad2 ni
setahu aku le
kat atas muka bumi ni
ada DUA je HADITH
iaitu HADITH ALLAH DAN RASULNYA
dan SATU lagi ialah HADITH SETAN

ko tau ke apa tu hadith setan???
perkataan2 yg tak baik2, kutuk, hina, marah, dengki, khianat, riak, takabur
bayak lagi lah...............


MAKA BERPESANANLAH KAMU DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN

Comments

awak, bincang elok elok ...ye taknak setiap kali masuk thread hmm havoc sangat ye  Post time 1-11-2016 12:08 AM
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 12:08 AM | Show all posts
sila jangan lakukan provokasi dalam thread ini, berbincang elok elok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2016 12:14 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-11-2016 12:08 AM
sila jangan lakukan provokasi dalam thread ini, berbincang elok elok.

Entahlah.Aku pn x paham orgbesi ni.....dtg main bantai je.

bw la hujah melawan bkn tulis ayat2 sampah.............


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 03:10 AM | Show all posts
Henti penyebaran hadis palsu
SOFIAN BAHAROM  |  01 November 2016 1:36 AM

  



Ahmad Zahid Hamidi memimpin tangan Pengerusi Lembaga Pengawalan


AHMAD ZAHID HAMIDI memimpin tangan Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Dr. Harussani Zakaria sebelum majlis penganugerahan Sijil Pelantikan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadith di KDN, Kuala Lumpur semalam. utusan/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 31 Okt. – Penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis atau Lajnah Tahqiq Hadis bertujuan menyediakan pandu arah bagi mengekang penyebaran hadis-hadis palsu dalam masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyebaran tersebut khususnya dalam penerbitan boleh membawa kepada penyelewe-ngan akidah, menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam serta perpaduan negara.

Katanya, melalui jawatankuasa berkenaan, pengawalan dan pe-nyemakan hadis akan dibuat ter-hadap kitab-kitab hadis, buku-buku dan bahan bercetak yang lain.

Menurutnya, perbezaan fahaman yang disebabkan oleh hadis-hadis palsu ini telah mengakibatkan perselisihan dan wujudnya hukum-hukum keras hasil daripada pe-nyalahtafsiran atau pentafsiran dengan acuan sendiri sehingga menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam militan Daesh.

“Dalam keadaan itu, hadis-hadis palsu ini telah membangkitkan perasaan asabiyah dan fahaman melampau. Ini menyebabkan perasaan meninggi diri dan mentafsirkan bahawa pihak yang tidak sealiran sebagai golongan tidak beriman atau darah mereka adalah halal.

“Perkara ini cukup bahaya ke-rana kita lihat hadis-hadis palsu ini bercanggah dengan nas yang terdapat dalam al-Quran. Seper-ti disebutkan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah bahawa usaha hendaklah dilakukan untuk mengenali hadis-hadis palsu ini dan jika tidak dilakukan dengan berkesan akan menyebabkan mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam pe-ne-tapan pahala dan dosa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penganuge-rahan Sijil Pelantikan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak tujuh ahli panel jawatankuasa itu yang diketuai Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor sebagai Pengerusi dianugerahkan sijil pelantikan.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, masyarakat perlu dididik supaya merujuk kepada kitab-kitab syarah hadis yang muktabar atau sahih dan merujuk kepada golongan pakar supaya pemahaman hadis adalah tepat.

“Garis panduan berkaitan de-ngan penulisan hadis akan dikeluarkan sebagai panduan dan bagi membimbing penulis-penulis da-lam membuat semakan dan menentu sahkan hadis sebelum ditulis,” katanya.

Mengenai tindakan penguatkuasaan pula, Ahmad Zahid berkata, seramai 10 pegawai polis akan diletakkan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam negeri.

“Mereka akan melakukan tugas penguatkuasaan soal perundangan, namun dalam masa yang sama tidak akan mencampuri dan menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Agama Islam negeri serta kuasa Raja-Raja Melayu termasuk negeri di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau lagi.
http://www.utusan.com.my/berita/ ... adis-palsu-1.402200

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 03:12 AM | Show all posts
BAYAN LINNAS SIRI 36: JANGAN AMBIL ILMU DARIPADA INTERNET

Written by Umar Mukhtar bin Mohd Noor.



Gambar Hiasan

Alhamdulillah, dalam Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan ‘Jangan Ambil Ilmu Daripada Internet’. Ilmu yang kami maksudkan di sini ialah ilmu agama yang berkaitan dengan sumber-sumber yang tidak dikenalpasti tanpa asas rujukan yang sebenar serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan al-Hadith.

Ini kerana terlalu banyak maklumat yang bersifat sensasi, tidak sahih atau amat lemah. Boleh jadi juga ianya palsu dan menyeleweng daripada fakta yang sebenarnya. Banyak juga hadis-hadis yang tersebar sedangkan ia sudah lama dihukum oleh ulama thiqah (dipercayai) dalam bidang ini tentang kepalsuannya. Justeru, sewajarnya kita berhati-hati dan menapisnya terlebih dahulu, antaranya dengan bertanya kepada tuan-tuan guru, para asatizah yang mengetahuinya.


Contoh Maklumat Yang Silap dan Salah

Terdapat banyak maklumat berkenaan dengan agama kita berlegar di laman sesawang dan kadang-kadang diviralkan hingga disangkakan itulah agama yang sebenarnya. Sengaja di sini kami kemukakan contoh agar kefahaman kita lebih jelas dan terang. Sebagai contoh, baru-baru ini peristiwa seorang imam Masjid Negara yang telah ditampar oleh seorang makmum ketika sedang mengimamkan solat Jumaat. Mereka yang tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan peristiwa ini dengan menyebarkan fitnah mengenai makmum yang menampar imam tersebut dengan bermain sentimen. Antara contoh lain yang berkaitan dengan hadith palsu yang disandarkan kepada Nabi SAW ialah:-

“Aku orang Arab, al-Quran dalam Bahasa Arab dan pertuturan ahli syurga di dalam Bahasa Arab.” (Tazkirah al-Maudhu’aat, 112)
“Taufik yang sedikit lebih baik dari ilmu yang banyak.” (Al-‘Iraqi berkata: “Tiada asalnya”. Telah berkata Ibn al-Subki: “Tidak aku temui sanadnya.”)
"Cintakan dunia adalah kepala kesalahan.” (Al-Asrar al-Marfu’ah, 1/163)
“Bekas minuman orang mukmin adalah penawar.” (Tiada asal. Al-Asrar al-Marfu’ah, 217)
“Tuntutlah ilmu walaupun hingga  ke negeri China.” (Ibn al-Jawzi. Al-Maudhu’at. 1/215 & Al-Fawaid al-Majmu’ah, 852).
“Manusia semuanya tidur, apabila mati barulah mereka terjaga.” (Tiada asalnya. al-Asrar al-Marfu’ah, 555) dan (Al-Fawaid al-Majmu’ah, 766)
“Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku.” Kata al-Saghani: “Ini palsu.”
“Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.” (Al-Asrar al-Marfu’ah, 506) dan (Tanzih al-Syari’ah, 2/402)
“Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar.” Di dalam Tanzih al-Syari’ah, hukumnya palsu.
“Sultan adalah bayangan Allah di mukabumi-Nya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk dan barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.” (al-Albani. Silsilah al-Ahadith al-Dho’ifah wa al-Maudhu’at. No. 475)

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 03:12 AM | Show all posts
Pelbagai Informasi

Selain itu, kita juga dihujani dengan pelbagai cabaran yang lain yang memerlukan kita agar berhati-hati dalam menerima dan menyampaikan maklumat. Banyak sekali informasi yang disampaikan dan sering kali juga kita terlepas pandang akan kebenaran disebaliknya. Antara maklumat-maklumat tersebut seperti:

Hadis palsu.
Tafsiran yang lemah.
Pendapat yang asing dan pelik.
Pendapat yang lemah.
Pendapat yang menyalahi pendapat imam mazhab setempat atau muktabar.


Kami nukilkan penegasan ini daripada buku Ma’alim Irsyadiah Li Sina’ah Tolib al-‘Ilmi oleh Syeikh Muhammad ‘Awwamah (hlm. 320-321), antara lain menyebut:

“Awasilah penuntut ilmu pada masa kini lebih parah berbanding masa dahulu. Internet dan pelbagai medium baru ini membawa banyak bala, mudarat dan bahaya daripada manfaatnya. Justeru, awasilah daripada melayarinya dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga para penjaga hendaklah memberi pesanan yang tegas kepada anak-anak mereka dan mengawasinya.”

Lebih parah daripada itu, apabila kita menjadi ‘hatib lailin’ iaitu pemungut kayu api pada waktu malam yang mana dikutip kesemua kayu api itu sehinggakan dikutipnya juga ular yang disangkakannya kayu api. Inilah bala yang berlaku.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.093613 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list