CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2752|Reply: 3

PIRAMID Sebenarnya Berasal Dari Nusantara?

[Copy link]
Post time 20-10-2016 10:55 AM | Show all posts |Read mode


Sebenarnya sudah ada kajian yang dibuat oleh para arkeologis barat dan dari negara jiran yang menunjukkan bahawa budaya piramid sebenarnya berasal dari Nusantara. Lebih tepat lagi ianya dikaitkan dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu Sundaland!

Sudah lama sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan teori mereka mengenai Sundaland. Namun demikian, sebahagian besar ahli-ahli arkeologi, geologi dan sejarah aliran perdana masih meraguinya kerana menurut mereka, ini semua 'pseudo-science' dan arkeologi terlarang.

Namun yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana carapun kita menutupnya bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga...
Di Indonesia, beberapa ahli arkeologi dan geologi ternama mereka sedang giat untuk membuktikan bahawa sememangnya tanah Nusantara ini wujud sebuah ketamadunan purba yang tinggi teknologinya. Salah satu teknologi tamadun purba ini adalah pembinaan piramid.

Prof Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam.

Menurut beliau lagi, Sundaland yang tenggelam lebih kurang 70,000 tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.

Kajian yang dibuat beliau bukan sahaja menyentuh tentang bukti-bukti arkeologi tetapi juga bukti linguistik, antropologi, DNA dan geologi. Oleh itu adalah sukar untuk menyangkal teori yang dibuat beliau tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut.

Tambah beliau lagi, tamadun-tamadun utama dunia seperti Sumer, China, Bolivia, Peru dan lain-lain mendapat ilmu mereka dari orang-orang Sundaland yakni Nusantara. Menurutnya lagi, manusia dari Sundaland ini mempunyai ilmu pelayaran yang hebat dan telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan tamadun mereka.

Mungkin maklumat ini terlalu asing bagi kalian semua namun sebenarnya kenyataan Prof Robert ini ada asasnya. Ahli-ahli arkelologi Indonesia sedang giat mencari piramid-piramid di seluruh Nusantara dan hasilnya mereka berjaya menemui beberapa buah piramid dan step piramid yang berusia beribu tahun lebih tua dari piramid Mesir!

Salah satu tapak yang telah dikenalpasti oleh geologis dan arkelologis Indonesia ialah di Gunung Lalakon, Bandung. Menurut mereka, setelah mereka mengadakan ujian batuan secara saintifik, mereka mendapati di bawah permukaan Gunung Lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi.
Jika ini benar, bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia. Pasukan yang digelar 'Turangga Seta' ini mendakwa masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia.

Mereka mengatakan bahawa piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid. Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri.

Adakah penemuan ini sama seperti penemuan di Bosnia. Ada maklumat mengatakan penggalian di Bosnia telah dihentikan kerana kurang bukti ditemui dan dihalang oleh lembaga arkeologi yang berpengaruh di dunia. Mengapa mereka betul-betul takut jika piramid ditemui di Bosnia atau di Indonesia agaknya?

Selain daripada gunung-gunung yang disebutkan, sebenarnya ada banyak lagi tapak lain terutama tapak megalitik di Indonesia yang mempunyai binaan berupa piramid dan step piramid. Antaranya ialah Candi Sukuh yang amat terkenal itu. Jika kita lihat betul-betul Candi ini, tidak ubah seperti piramid kaum Maya dan Aztec di Amerika tengah!

Selain Candi Sukuh, satu lagi candi yang hampir serupa ialah Candi Cheto. Semua ini terletak di Pulau Jawa. Sebenarnya jika kita membuat kajian lebih mendalam, ciri-ciri pembinaan candi-candi di Nusantara adalah amat unik. Hal ini kerana ianya berasaskan kepada binaan step piramid.

Contoh yang paling nyata ialah Candi Borobudur sendiri. Selain Borobudur, candi-candi lain seperti Candi Pasemah di Sumatera selatan dan Candi Prambanan terutama di bahagian atasnya yang melambangkan Gunung Mahameru juga mempunyai asas step piramid.

Para pengkaji dari UKM sendiri pernah membuat kesimpulan bahawa di sekitar Tasik Chini ada bukit-bukit yang berbentuk seperti piramid yang mempunyai empat bucu yang lurus.

Tambahan lagi, jika kita lihat senibina rumah-rumah Melayu di seluruh Nusantara, maka akan kita lihat tidak hilangnya tradisi piramid dalam masyarakat kita iaitu senibina bumbungnya yang berbentuk piramid dan antara contohnya ialah Masjid Kampung Laut.
Apakah semua ini? Adakah benar piramid berasal dari Nusantara? Adakah benar Sundaland adalah Atlantis yang dicari-cari selama ini? Persoalan untuk anda semua fikirkan...
Wallahua’lam...
Kredit:
lokalgenius.blogspot (Al Semantani Jones)
-Debu-









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 11:13 PM | Show all posts
Kalu ada bau2 indon ni hati2, sebab di penghujung cerita dia akan klem piramid tu dari indon, semuanya dari indon.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 01:02 AM | Show all posts
Pernah baca dulu2 psl piramid di Nusantara.
Lupa siapa buka thread tu..
Lama dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 07:06 PM | Show all posts
hanya sebahagian yg dijumpa tak boleh la nak claim dari nusantara. keh keh keh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059443 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list