CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7162|Reply: 20

10 Binatang Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

[Copy link]
Post time 21-10-2016 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Makhluk-makhluk ini berada di tempat-tempat tersembunyi seperti lautan dan gua yang dalam. Haiwan – haiwan berikut ini mungkin bukan yang paling comel, tetapi mereka adalah jenis haiwan yang paling sukar ditemui di bumi.

1. Solendon


Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba . Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus kasturi. Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun. Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak makhluk ini, kerana mereka suka menggigit manusia.

2. Kakapo


Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak boleh terbang di planet ini, sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan perjalanan yang jauh melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu mencapai berat sehingga 8kg.


3. Olm


Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah, terutama di kawasan Itali. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular kecil. Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai pendengaran dan deria bau yang sangat tajam.


4. Bumblebee


Kelawar Bumblebee dapat ditemui di gua-gua batu kapur, Tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa panjangnya hanya satu inci dari kepala ke ekor. Kelawar ini membesar dengan memiliki ciri lain yang membezakannya dengan kelawar lain, iaitu muncungnya yang menyerupai muncung khinzir.



5. Ichthyophis Kohtaoensis


Ichthyophis Kohtaoensis adalah amfibia yang ditemui di Kamboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular dengan ekor runcing. Reptila ini memiliki tubuh kelabu gelap dengan perut kuning. Salah satu ciri yang membuat reptilia ini unik adalah ia memiliki dua  otot yang mengawal rahang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2016 03:36 PM | Show all posts

6. Frilled Shark



Sehingga abad ke-19 para saintis menganggap bahawa haiwan ini sudah mati bersama dinosaur. Namun, ini terbukti tidak benar, kerana beberapa nelayan pernah menangkapnya dan juga terdapat beberapa penemuan bangkai makhluk ini. Yu ini terlihat mirip dengan belut, ia memiliki tubuh memanjang. Haiwan ini memiliki kepala berbentuk segitiga dengan tubuh panjang. Ikan ini tergolong didalam kumpulan ikan yang menggerunkan.



7. Monito Del Monte


Monito Del Monte adalah istilah Sepanyol untuk “monyet kecil”. Tapi nama ini tidak benar. Monito Del Monte sebenarnya adalah marsupial yang hidup di Chili dan Argentina. Spesies mamalia ini dianggap pupus lebih dari 11 juta tahun yang lalu. Namun, penjelajah modern menemui makhluk ini di era modern. Marsupial kecil ini memiliki tubuh tikus dengan bulu coklat dan besar, telinga runcing dan ekor panjang. Ciri – ciri yang membezakan haiwan ini adalah matanya yang besar dan ia hidup di pohon-pohon di hutan hujan. Ekor panjang membantu ia untuk berayun dari cabang ke cabang.

8. Addax
Spesis kijang ini sangat jarang ditemui di gurun Sahara. Spesies ini memiliki gigi persegi seperti lembu. Juga, tanduk spesies ini sangat panjang dan melengkung


9. Dugong


Dugong adalah haiwan laut besar yang sangat menyerupai Manatee. Sementara makhluk-makhluk sejenis yang berada dalam keluarga yang sama disebut Sirenia, mereka berbeza dari Manatee. Dugong dapat ditemui di perairan utara Australia dan wilayah Indo-Pasifik. Mamalia ini memiliki tubuh panjang dengan dayung seperti sirip ke arah kepala. Ekor haiwan ini mirip dengan ekor lumba-lumba. Makhluk ini memiliki mulut yang terkeluar dan berada dalam posisi menegak dengan kepala terbalik ke bawah, sehingga mudah untuk memakan rumput di dasar laut.


10. Saola



Saola setakat ini merupakan mamalia yang paling jarang ditemui di Bumi. Makhluk ini adalah berasal Vietnam dan Laos. Haiwan ini membesar dengan tinggi sekitar 3 meter. Sekilas pandang terlihat mirip dengan kambing. Mamalia ini memiliki ekor kecil dan telinga panjang. Namun, haiwan ini memiliki ciri yang sangat berbeza dengan kambing. Ia memiliki bintik-bintik putih dan garis-garis pada wajahnya.




http://www.ohmymedia.cc
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:49 PM | Show all posts
ada lg 1

linsang

adik bradik musang...

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
No.6 tu nmpk scary..mcm dinosour pon ada gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2016 04:38 PM | Show all posts


kucing hutan ke ni

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:40 PM | Show all posts

bukan kucing
tapi sejenis musang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2016 05:39 PM | Show all posts
manehnya replied at 21-10-2016 04:40 PM
bukan kucing
tapi sejenis musang


ingatkan yang macam tok terlajak laris tu bela
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:40 PM | Show all posts
woowww... mmg rare la.. hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2016 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua tu dugong je yg iols kenal
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 12:08 PM | Show all posts
dugong comenyer dah la besar mcm tembam2 gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 02:58 PM | Show all posts
mmg ada la haiwan2 yg pelik wujud kat dunia ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 10:35 AM | Show all posts
tipu ahhh...olm tu berbillion lg kat donia nih..ramai jek ada org bela..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sueburn replied at 22-10-2016 12:41 AM
Semua tu dugong je yg iols kenal

sapa nama dugong tu   
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 11:09 AM | Show all posts
Unik setiap satunya
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:52 PM | Show all posts
dugong paling jinak kan
aritu tengok video kat fb selamba dugong datang dekat2 kat manusia tengah surf , siap naik atas water board surfer tu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 02:36 PM | Show all posts
mamalia manusia lelaki juga bisa menyuntik
blh buat smpi mengandung lagi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 04:48 PM | Show all posts
banyak2 dugong jer yang pernah tau nama. yg lain semua yg ilmu baru
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 04:07 PM | Show all posts
antagenaiz replied at 26-10-2016 10:35 AM
tipu ahhh...olm tu berbillion lg kat donia nih..ramai jek ada org bela..

olm tu sama dengan axolotl ke?


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 08:27 AM | Show all posts
aku ngat yg ni cacing
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kakapoo tu..kalo iols dpt mau bela sungguh2 ni..haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.078744 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list