CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2561|Reply: 2

Drama Samudera Rindu lakonan Azhan Rani.. layan jugak cerita ni

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2016 12:02 PM | Show all posts |Read mode



Dalam perkembangan lain, Azhan baru saja selesai penggambaran drama adapasti novel berjudul Samudera Rindu yang akan mengisi slot Azalea di TV9. Ia akan mula ditayangkan pada 25 September ini. Bersiaran selama 20 episod.

Antara pelakon lain yang menjayakan drama ini Dynas Mokhtar, Eyra Hazali, Watie Sadali, Efa Nareesha dan ramai lagi. Terbitan Suhan Movies dan diarahkan Amor Rizan.

Sinopsis mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya.

Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia.

Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah.

Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital.

Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati.

Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.

Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?

Ikuti kisah Nadia, Atirah dan Zainal dalam Samudera Rindu pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea, TV9 bermula 25 September 2016.

Credit to http://www.kbergetar.com/2016/09 ... .html#ixzz4NyJRryML
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
motip gigih buka thread baru? dah ade la..

TV9: samudera rindu

adminnn..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 09:14 AM | Show all posts
thread dah ada....


http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

search dulu sebelum buka baru
so CLOSE THREAD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053612 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list