CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9217|Reply: 95

Populariti Merudum, Tiz Guna Media Sosial Berhubung Dengan Peminat

[Copy link]
Post time 25-10-2016 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Kalau dulu ada sahaja wajahnya muncul dalam akhbar dan majalah, namun sekarang kelibat pelakon berkulit putih melepak ini kurang menonjol.


Populariti dirinya dikatakan sudah merudum dan jauh dari peminat tapi perkara ini disangkal sendiri oleh Tiz Zaqyah dengan mengatakan yang dia langsung tidak menganggapnya sebagai satu masalah.


Sumber Foto: IG Tiz Zaqyah




“Saya juga ada medium media sosial seperti Facebook dan Instagram. Itu adalah medium yang boleh saya gunakan untuk mengumumkan sebarang aktiviti saya. Sama macam artis-artis lain juga, sudah tentu ia juga digunakan oleh peminat untuk mengetahui perkembangan saya,” katanya kepada Utusan Onlione.


Tiz juga menafikan khabar angin yang mengatakan dia merajuk dan berkecil hati dengan pihak tertentu dan disebabkan itulah dia lebih senang diam dalam dunianya sendiri.






Tambahnya, “Sebenarnya saya tidak pernah melarikan diri. Saya pun tidak merajuk dengan mana-mana pihak, saya biasa-biasa sahaja. Cuma, memang saya sengaja mahu lebih fokus kepada kerja saya, itu sahaja.”


Pelakon berusia 28 tahun ini tidak sukakan publisiti murahan dan lebih selesa jika peminat di luar sana bercerita tentang hasil kerjanya berbanding isu peribadi.






Ditanya tentang kemunculan lambakan kemunculan aktres baru, Tiz mengatakan ia merupakan satu persaingan yang sihat untuk industri hiburan dan tidak sedikit pun berasa cemburu dengan mereka.


Malah, dia bersedia dan terbuka untuk bergandingan bersama mereka untuk menaikkan sesuatu drama atau filem. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiz ni antara pelakon yg x kayu kayan..antara retis gred A
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni wlaupun bnyk gak citer negatif psl dia keluar tp aku tetap hadap dia punye drama kt tv..mngkin dia pndai belakon n bawak watak mmbuatkan aku lupe kisah negatif dia  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:20 PM | Show all posts
yes, tizz tak control ayu masa berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting lakonan u, TZ gred A. Mantap. Yg penting berlakon n terus berlakon.
Sbb aku sentiasa menanti lakonan TZ.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:22 PM | Show all posts
Takpe la Tiz... fight fight!

Pade iols, Tiz tetap plakon hebat, diantara lautan plakon2 baru yg kayu kayan ikan hangus tiang gol tu smua.

Sentiase menunggu role2 Tiz yg akan datang.

Lagi satu, kurang2 la bepesta k Tiz , Jaga diri baik2 .... (macam la sheols bace)


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2016 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsleepy replied at 25-10-2016 04:18 PM
Dia ni wlaupun bnyk gak citer negatif psl dia keluar tp aku tetap hadap dia punye drama kt tv..mngki ...

Lakonan n sikap dia ngan fans yg menybbkan aku minat dia dr dlu smpi skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aa dia pelakon tak kayu..tp dia nmpk cam tembam je...minggu lepas tgk drama tv2 dia bomba tu....fezrul khan dlm citer tu...handsome nya....selalu duk jeling2 tiz dlm citer tu..sorang lg hero tk tau sape...minggu ni nk tgk lg launada kesempatan..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni nntikan drama TZ lara cinta ameena lak. Hiks.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:27 PM | Show all posts
manis betol muka tiz ni...berlakon pun pandai
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:27 PM | Show all posts
cahaya_almas replied at 25-10-2016 04:23 PM
Aa dia pelakon tak kayu..tp dia nmpk cam tembam je...minggu lepas tgk drama tv2 dia bomba tu....fezr ...

Alamak miss plak nak tgk lirikan mata Fezrul... iols da terminat heshe!

Sori ter-OT plak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:30 PM | Show all posts
hijau88 replied at 25-10-2016 04:23 PM
Lakonan n sikap dia ngan fans yg menybbkan aku minat dia dr dlu smpi skrg ni.

yer sbb tu dia bertahan smpai skang..sbb dia x kayu kayan n gred A lakonan dia

moga dia menang best actress tuk anugrah skrin tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-MRO replied at 25-10-2016 03:50 PM
Kalau dulu ada sahaja wajahnya muncul dalam akhbar dan majalah, namun sekarang kelibat pelakon berku ...

Sorry tiz..bdn kau mcm mak mak jah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
deebiz14 replied at 25-10-2016 04:27 PM
Alamak miss plak nak tgk lirikan mata Fezrul... iols da terminat heshe!

Sori ter-OT plak.. ...

Kan...dia makin hansome je skrg ni...perasan sejak citer cint 10pkg tu di jd pilot...kacak sungguh...tgk sekali nk tgk berkali2...haha...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu nk tgok lakonan tiz. Ada bew drama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:40 PM | Show all posts
Tizzy ni gebu gebu manis sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 04:40 PM | Show all posts
i minat Tiz since drama nurkasih.

I think populariti merudum maybe bc she put on weight kot.

Last drama dia dengan aaron aziz and jericho rosales yang I tengok she look really chubby and tua dari usia.

So maybe susah nak dapat tawaran since competition with another actresses  yang cantik2  and berbakat dah makin ramai now.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:42 PM | Show all posts
akak paling suka suara tiz bila dia bercakap..sedap bunyik nya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:42 PM | Show all posts
tapi masa dia belakon kat OME tu nampak busuk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 04:43 PM | Show all posts
i tak suka tengok bibir kering beliau.

kering sangat ke sampai mekap retis pun tak boleh repair?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069351 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list