CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2666|Reply: 8

Hidap Penyakit Panik, Bang Yong Guk Dihantar Pusat Pemulihan

[Copy link]
Post time 27-10-2016 04:49 PM | Show all posts |Read mode




Sumber Foto: Allkpop.com




Bang Yong Guk yang merupakan ketua kumpulan Kpop terkenal, B.A.P baru-baru ini dilaporkan menghidap penyakit panik.


Disebabkan itu, dia tidak akan turut serta untuk menyertai program bagi mempromosikan album terbaru kumpulan itu.


Berita mengejutkan itu telah menyebabkan TS Entertainment tampil untuk memberi penjelasan lebih lanjut tentang keadaan yang dideritainya itu.






“Bang Yong Guk disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas datang berjumpa doktor baru-baru ini. Selepas perbincangan menyeluruh bersamanya dan anggota lain, kami meletakkan kesihatannya lebih penting berbanding promosi itu."


Menurut laporan dari Koreaboo, kumpulan kegilaan ramai itu sepatutnya dalam rangka untuk membuat kemunculan semula menerusi album terbaru yang berjudul Noir.






Walau bagaimanapun, anggota yang lain tetap akan meneruskan promosi berkenaan.


Dalam masa yang sama, Bang Yong Guk akan dihantar untuk proses pemulihan serta menjalani rawatan profesional. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 06:38 PM | Show all posts
Panik pun sejenis penyakit eh. baru sis tahuuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 06:57 PM | Show all posts
siskepoh replied at 27-10-2016 06:38 PM
Panik pun sejenis penyakit eh. baru sis tahuuu

haah retis hollywood pon suker dpt penyakit nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Panic attack atau anxiety disorder? Silalah wartawan bijak sikit menulis fakta.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Panik atas.pentas sampai menggigil badan kut sampai sore x kluar
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:51 PM | Show all posts
panic disorder ni one of serious mental health issue jugak. tak payah lah nak nganjing bagai.. dekat malaysia ni ramai je kena panik disorder/anxiety disorder ni cuma tak semua pergi dapatkan rawatan sebab ambik ringan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2016 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh dlm kategori penyakit mental..syg.muda2 pon ade penyakit trk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 08:41 AM | Show all posts
da x minat sangat BAP, tapi tetap kesian kedia sebab group tengah nak buat comeback kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
get well soon yongguk ahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060424 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list