CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5314|Reply: 11

[Dunia] Transgender Muslim woman is hacked to death in Russia .

[Copy link]
Post time 1-11-2016 07:29 PM | Show all posts |Read mode






This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x540.

Raina was born Adam but underwent a surgery that included breast implants and penis removal.

RUSSIA - Seorang lelaki yang menukar jantina, telah dipukul hingga mati, beberapa jam selepas melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Victor.

Tindakan Adam Aliev, 25, yang menjalani pembedahan menukar jantina dan menukar nama kepada Raina, telah mengejutkan keluarganya hinggakan bapanya dilaporkan mengalami serangan angin ahmar manakala ibunya pula tidak berhenti menangis sejak mengetahui anak mereka menjadi perempuan.

Bapanye dilapor merayu di televisyen supaya anaknya dibawa pulang dan dibunuh di depan matanya sendiri.

Adam beragama Islam dan telah menanam implan payudara serta membuang alat sulit lelaki dalam pembedahan yang mengejutkan ramai itu, yang dilakukan bulan lepas.

“Dia menipu saya, dia ke Moscow, menjalani pembedahan dan bertukar daripada lelaki menjadi perempuan." kata ibunya.

“Dan di Chechnya perkara ini telah diketahui. Saya tidak mahu berjumpa dengannya. Saya melahirkan anak lelaki. Ia memalukan keluarga,’’ kata ibunya lagi yang dilaporkan tidak lagi bercakap dengan jiran tetangga.

Keluarga Adam menetap di Dagestan. Dia dilaporkan menukar jantina kerana mahu mengahwini lelaki pujaannya.

Dalam pada itu, mufti Dagestan yang dipetik akhbar KP berkata, menukar jantina adalah sama sekali dilarang oleh Islam kerana ia bermakna lelaki akan menjadi wanita.

“Pembedahan itu hanya boleh dilakukan dalam satu kes sahaja iaitu apabila seseorang itu dilahirkan sebagai hermaphrodite, iaitu memiliki dua jenis alat kelamin dan individu terbabit perlu memilih jantina tertentu,’’ katanya.

Sementara itu, timbalan ketua kampung, Abdutagur Israpilov berkata, Adam memang kelihatan feminin malah suaranya juga seperti budak perempuan.

Adam katanya, telah berhijrah ke Makhachkala sebelum ke Moscow, untuk bekerja di kelab malam.

“Saya tidak salahkan diri (tukar jantina). Saya dengar Adam telah menukar jantina dan berkahwin dengan lelaki dari Kabardino-Balkariya.

“Dia menerima ancaman dan telah melaporkan kepada polis. Boleh dikatakan setiap lelaki di Caucasus ingin membunuhnya. Mengikut tradisi kami, ia memalukan keluarga dan seluruh Caucasus,’’ katanya.


http://www.dailymail.co.uk/news/arti...kill-eyes.html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2016 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:21 PM | Show all posts
Tentu ada hikmahnya Allah SWT meletakan seorang wanita dalam badan seorang lelaki. Kenapa musti diubah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tula, xtau nak kata apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo penis udah dibuang, jadi fefet kah sis?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:33 PM | Show all posts
dah puas lah hati mereka lepas bunuh pondan ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2016 08:41 PM | Show all posts
ingat kan suaminya bunuh..

takziah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:54 PM | Show all posts
Kejamnya. Tak boleh ke just ignore him/her?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2016 08:59 PM | Show all posts
Gambar ekstra (Click utk view - Untuk dewasa sahaja)

https://www.thesun.co.uk/wp-content/uploads/2016/11/nintchdbpict000278772215.jpg?w=720&strip=all
Before sex change operation
https://www.thesun.co.uk/wp-content/uploads/2016/11/raina__adam_aliev__e2w__2_jpg-js278772210.jpg
Post-op … Raina Aliev had a full sex change operation a month before her murder

https://www.thesun.co.uk/wp-content/uploads/2016/10/nintchdbpict000278772206.jpg?w=960&strip=all
The killing was so brutal that the body of Raina was unrecognisable



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 09:32 PM | Show all posts
taliban2 malaysia ....tetap jugak berjaya nyah2 lokal siap jadik jutawan kosmetik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsep tercalar maruah la ni.. ala2 puak pakistan.. ape sikit bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 09:04 AM | Show all posts
agama itu mudah la sgt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.824160 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list