CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2357|Reply: 13

Dari Pejabat Mufti : Irsyad Usul Fiqh III

[Copy link]
Post time 12-11-2016 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 12-11-2016 08:02 AM

IRSYAD USUL FIQH



IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-3: SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM ILMU USUL AL-FIQH
Ditulis oleh Muhammad Fahmi RusliDiterbitkan: 08 April 2016

Mukadimah

Seperti yang kita telah ketahui, ilmu usul fiqh adalah sebuah ilmu yang membicarakan berkenaan kaedah-kaedah dan dalil-dalil ijmali (menyeluruh) yang digunakan dengannya untuk sampai kepada proses istinbat (mengeluarkan) hukum. Justeru, di dalam siri kali ini kami akan memfokuskan kepada dalil-dalil ijmali ataupun kulliy yang digunakan dalam proses pengeluaran hukum.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2016 07:58 AM | Show all posts
Definisi Dalil-dalil Ijmali

Dalil-dalil ijmali ataupun kulliy dari segi bahasanya adalah merupakan dalil-dalil yang bersifat menyeluruh. Kata Dr. Abdul Karim Zaidan rahimahullah:

Dalil-dalil ijmali adalah sumber-sumber hukum syarak seperti al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijmak, dan juga al-Qiyas. Berilmu dengan kesemuanya adalah dengan cara mengetahui hujjiyyah atau keautoritiannya untuk dijadikan sebagai hujah serta kedudukannya dalam kita beristidlal dengannya. Juga dengan mengetahui wajh al-dalalah (bentuk pendalilannya) mengikut perbezaan keadaan-keadaan bagi dalalah ini. Juga mengetahui makna ijmak dan juga syarat-syaratnya, jenis-jenis qiyas dan juga illahnya serta jalan-jalan untuk mengenalpasti illah, dan selainnya dari setiap perbahasan yang berkaitan dengan qiyas dan keseluruhan dalil-dalil ijmali. Lihat al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, Dr. Abd Karim Zaidan. Hlm. 12.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 07:59 AM | Show all posts
Para ulama membahagikan sumber-sumber hukum ataupun dalil-dalil ijmali ini kepada dua. Iaitu sumber-sumber yang disepakati dan juga sumber-sumber yang terdapat perselisihan pendapat padanya. Berikut kami huraikan secara satu persatu:


Sumber-Sumber Hukum Yang Disepakati:

1- Al- Quran

Definisi al-Quran

Hujjatul Islam al-Ghazali ketika mendefinisikan al-Quran berkata: Ia adalah kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah Muhammad S.A.W, yang tertulis di dalam mushaf-mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa sebarang keraguan. Lihat al-Mustasfa Min Ilm al-Usul (1/65).



Hukum-Hakam al-Quran

Al-Quran merangkumi banyak hukum-hakam. Mungkin boleh kita bahagikannya kepada tiga bahagian yang utama iaitu:

Hukum-hakam yang berkaitan dengan Aqidah seperti rukun-rukun iman yang enam.
Hukum-hakam yang berkaitan dengan penyucian jiwa yang mana ia merupakan akhlak.
Hukum-hakam amali yang berkaitan dengan ucapan dan perbuatan mukallaf dan inilah yang disebutkan sebagai fekah. Ia terbahagi kepada dua iaitu yang berkaitan dengan ibadah dan juga muamalat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 07:59 AM | Show all posts
2- Al- Sunnah

Definisi al-Sunnah

Dari segi istilah para Usuliyyuun, al-Sunnah adalah: Apa-apa yang terbit daripada Nabi selain dari al-Quran dari segi perkataan, perbuatan, ataupun pengakuan. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, al-Aaamidi (1/231).

Jenis-jenis Sunnah terbahagi kepada tiga:

Sunnah al-Qauliyyah (perkataan): Iaitu kesemua ucapan Nabi S.A.W yang diucapkan oleh baginda di tempat-tempat yang berbeza dan tujuan yang pelbagai. Ia juga turut disebut sebagai hadis secara adatnya.
Sunnah al-Fi’liyyah (perbuatan): Apa-apa yang dilakukan oleh baginda S.A.W seperti menunaikan solat dengan tatacara dan rukun-rukunnya, dan seumpamanya.
Sunnah Taqririyyah (pengakuan): Diamnya Nabi S.A.W dari mengingkari sesuatu ucapan atau perbuatan yang terjadi dengan keberadaan baginda ataupun ketika ketiadaan baginda dan baginda mengetahuinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 08:00 AM | Show all posts
3- Al- Ijmak

Takrif al-Ijmak

Di sisi istilah para usuliyyun, ijmak adalah: Kesepakatan para mujtahid dari kalangan umat islam pada suatu zaman tertentu terhadap suatu hukum syar’ie selepas kewafatan Nabi S.A.W. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam (4/115).



Keautoritian Ijmak

Apabila sesuatu ijmak itu berlaku dengan menepati syarat-syaratnya maka ia menjadi suatu dalil yang qath’ie ke atas hukum permasalahan yang disepakati ke atasnya tersebut. Tidak boleh diperselisihi dan dibantah kerana ia hujah yang qath’ie serta menjadi kelaziman buat orang islam.

Di antara dalil yang menunjukkan kepada keautoritian ijmak adalah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: Umatku tidak akan berhimpun di atas kesesatan.



Jenis-jenis Ijmak

Ijmak terbahagi kepada dua:

Ijmak Soreh (jelas): Iaitu para mujtahid membentangkan pendapat-pendapat mereka secara jelas, kemudian mereka bersepakat ke atas suatu pendapat tanpa ada sebarang bantahan. Maka ijmak seperti ini merupakan hujah yang qath’ie. Tidak boleh dibantah dan diperselisihi.
Ijmak Sukuti: Iaitu seorang mujtahid mengeluarkan pendapatnya berkenaan sesuatu permasalahan. Pendapat ini diketahui, tersebar luas, dan sampai kepada mujtahidin yang lain. Kemudian mereka diam dan tidak mengingkari pendapat ini secara jelas dan tidak pula mereka menyetujuinya secara jelas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 08:00 AM | Show all posts
4- Al-Qiyas

Definisi al-Qiyas dari sudut istilah sebagaimana yang disebutkan oleh para usuliyyuun adalah: Menghubungkan apa-apa yang tidak warid padanya nas atas hukumnya dengan apa-apa yang telah warid ke atasnya nas hukum disebabkan persamaan illah di antara keduanya. Lihat Syarah al-Waraqat Fil Usul. Hlm. 197-198.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2016 08:00 AM | Show all posts
Sumber-Sumber Hukum Yang Diperselisihkan:

1- Al-Istihsan:

Kata al-Faqih al-Halwani al-Hanafi, Istihsan adalah: Meninggalkan qiyas kerana satu dalil yang lebih kuat darinya daripada Kitab ataupun Sunnah atau Ijmak.

Imam al-Karkhi al-Hanafi pula mendefinisikannya sebagai: Seseorang berpatah semula daripada menghukum sesuatu permasalahan seperti yang dia hukumkan pada permasalahan yang hampir sama kepada hukum yang berbeza dengannya. Ini disebabkan ada suatu bentuk yang membawa perbezaan antaranya dengan yang awal.

Keautoritian al-Istihsan: Majoriti para ulama menggunapakai al-istihsan dan menganggapnya sebagai satu dalil daripada dalil-dalil hukum. Manakala sebahagian fuqaha lain pula mengingkarinya seperti golongan al-Syafieeyyah. Sehingga dinukilkan daripada Imam al-Syafie bahawa beliau berkata: Istihsan adalah berseronok-seronok dan berkata mengikut hawa nafsu. Kata beliau lagi: Sesiapa yang melakukan istihsan sesungguhnya dia telah membuat syariat. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Saifuddin al-Amidi (4/209).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 08:00 AM | Show all posts
2- Al-Maslahah al-Mursalah:

Kata Imam al-Ghazali: Al-Maslahah adalah mendatangkan manfaat dan menolak kemudharatan iaitu mafsadah. Lihat al-Mustasfa min Ilmi al-Usul, al-Ghazali (2/139).

Maslahah terbahagi kepada tiga:

Al-Masolih al-Mu’tabarah (maslahah-maslahah yang diambil kira): Iaitu apa yang Allah mengambil kira akannya dari sudut Dia mensyariatkan baginya hukum-hakam yang sampai kepadanya. Seperti menjaga agama, nyawa, akal, maruah, dan juga harta.
Al-Masolih al-Mulghah (maslahah yang tidak diambil kira): Sekalipun pada perkara-perkara ini dianggap ada kemaslahatan, akan tetapi syarak tidak mengambil kiranya sebagai maslahah. Contohnya hak samarata di antara anak lelaki dan anak perempuan di dalam mirath. Demikian juga maslahah yang akan diperoleh daripada orang yang melakukan riba dalam menambahkan hartanya. Ini juga maslahah yang tidak diambil kira oleh syarak lalu ianya dibatalkan.
Al-Masolih al-Mursalah: Maslahah-maslahah ini tidak terdapat nas yang menyatakan ke atasnya. Tidak pula terdapat nas-nas yang menbantahnya. Makai a dianggap sebagai maslahah mursalah di sisi usuliyyuun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2016 08:01 AM | Show all posts
3- Sadd al-Zaraai’:

Definisi al-Zaraai’: Ia adalah kata banyak dari perkataan zari’ah yang bermaksud jalan. Ia merupakan jalan yang membawa kepada mafsadah ataupun maslahah. Akan tetapi penggunaanya lebih banyak kepada jalan yang membawa kepada kerosakan. Oleh itu sad al-zarai’e adalah menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan ataupun keburukan.

Contoh-contoh Sadd al-Zaraaie’:

Pengharaman berkhalwat dengan ajnabi untuk mengelakkan berzina.
Larangan untuk seorang lelaki meminang pinangan orang lain. Untuk mengelakkan permusuhan dan kebencian.
Larangan untuk melakukan ihtikar (monopoli). Kerana ia merupakan satu jalan untuk menyempitkan urusan manusia dalam makanan asasi mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 08:01 AM | Show all posts
4- Al-‘Urf

Definisi Uruf: Apa-apa yang telah menjadi adat kebiasaan di sisi masyarakat dan diamalkan di dalam kehidupan daripada ucapan atau perbuatan. Uruf dan adat merupakan istilah yang sama di sisi fuqaha.

Uruf terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:

Uruf ‘amali (perbuatan): Uruf ini merupakan amalan-amalan yang telah menjadi adat kebiasaan di sisi manusia. Contohnya: Jual beli secara ta’athi (saling memberi), pembahagian mahar kepada mahar segera dan mahar muajjal (tertangguh), masuk ke dalam tandas awam tanpa menentukan tempoh lama berada di dalamnya.
Uruf qauli (perkataan): Perkataan-perkataan atau lafaz yang telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat. Seperti mereka maksudkan dengan lafaz-lafaz tersebut akan makna tertentu selain dari makna yang diletakkan untuk lafaz tersebut. Contohnya adalah terkenalnya penggunaan lafaz daging kepada selain dari ikan, penggunaan nama daabbah kepada haiwan yang memiliki empat kaki, serta penggunaan kalimah al-walad kepada anak lelaki dan bukannya merujuk kepada anak perempuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 08:01 AM | Show all posts
5- Qaul al-Sahabi

Definisi al-Sahabi di sisi para ulama usul adalah: Sesiapa yang menyaksikan Nabi S.A.W dan beriman dengannya, dan melazimi baginda dalam tempoh yang memadai untuk digelar sebagai sahabat secara urufnya seperti para khulafa al-rasyidin.

Yang dimaksudkan dengan qaul sahabi adalah ucapan ataupun pendapat daripada seorang sahabat dalam permasalan fekah, qadha, ataupun fatwa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 08:01 AM | Show all posts
6- Syara’ Man Qablana

Definisi Syarak man Qablana adalah: Hukum-hakam yang Allah telah syariatkan kepada umat-umat terdahulu sebelum kita dan Allah turunkannya kepada para Nabi dan Rasul-Nya untuk disampaikan kepada umat-umat tersebut.

Syarak Man Qablana mempunyai beberapa jenis:

Pertama: Hukum-hakam yang datang di dalam al-Quran ataupun al-Sunnah dan terdapatnya dalil di dalam syariat kita yang menunjukkan ianya difardhukan ke atas kita sebagaimana ia difardhukan ke atas umat-umat terdahulu. Maka jenis yang pertama ini dianggap sebagai syariat buat kita.
Kedua: Hukum-hakam yang dikisahkan oleh Allah di dalam al-Quran ataupun dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sunnahnya dan terdapatnya dalil di dalam syariat kita yang menunjukkan ianya telah dimansukhkan untuk kita iaitu ia hanya khusus untuk umat-umat terdahulu. Maka jenis yang kedua ini tidak ada khilaf bahawa ianya tidak disyariatkan untuk kita.
Ketiga: Hukum-hakam yang tidak disebutkan di dalam al-Quran dan juga Sunnah maka ini juga tidak menjadi syariat buat kita tanpa khilaf.
Keempat: Hukum-hakam yang datang di dalam al-Quran dan juga al-Sunnah akan tetapi konteks ayat tidak menunjukkan ianya masih kekal hukumnya atau sudah tiada dalam syariat kita. Maka jenis ini terdapat khilaf di sisi para ulama terhadapnya. Golongan Hanafiyah mengambil kira ia sebagai sebahagian dari syariat kita. Majoriti fuqaha lain tidak menganggapnya sebagai syariat buat kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 08:02 AM | Show all posts
7- Istishab

Takrif istishab dari sudut istilah adalah: Berterusan mengisbatkan apa-apa yang telah sabit ataupun menafikan apa-apa yang telah ternafi. Rujuk I’lam al-Muwaqqi’in, Ibn al-Qayyim (1/294).

Al-Syaukani pula mendefinisikan istishab sebagai: Mengekalkan sesuatu perkara berdasarkan keadaan asalnya selama mana tidak terdapat sesuatu yang mengubahnya. Lihat Irsyad al-Fuhul, al-Syaukani. Hlm. 20.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 08:02 AM | Show all posts
Penutup

Semoga dengan pencerahan ringkas ini dapat memberikan kefahaman buat kita dalam memahami bagaimana hukum-hukum diambil di dalam Islam.



sumber asal :

http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... m-ilmu-usul-al-fiqh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073864 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list