CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 23-11-2016 12:21 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 12:06 AM
Saya tengah taip cerita Bukit misteri di Ipoh. Sorry ye kalau ada yang tunggu. Busy sikit lepas repl ...

Take your time TT. Jgn gopoh-gopoh. Relax okeyh. Apa pun jaga diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2016 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 23-11-2016 12:21 AM
Take your time TT. Jgn gopoh-gopoh. Relax okeyh. Apa pun jaga diri.

Hehehe dekat 2jam saya mengarang cerita  :zz

Tq sis. Sis ni very understanding lah. Muah sikit  

Dah update dah kisah 6  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnggunSophea at 23-11-2016 01:21 AM

KISAH 6 : BUKIT KLEDANG, IPOH

Kisah ni diceritakan secara lisan oleh mangsa sendiri kepada aku. Kejadian ni berlaku 3-4tahun yang lepas.

Member aku ni biar aku namakan dia Wan je lah. Masa ni zaman zaman dia masih nakal lagi. Biasalah kan, darah muda. Umur pun baru awal 20an.

Satu malam, Wan ni lepak dengan kawan kawan dia di Dataran Ipoh. Dataran ni ada deretan gerai makanan yang beroperasi sampai tengah malam. Masa tu dia lepak bawak awek dia sekali. Awek dia sorang je perempuan, budak lain tak bawak couple. So malam tu, Wan bersama awek dia lepak dengan beberapa orang lagi kawan kawan lelaki dia lah.

Macam yang aku maklumkan, gerai makan tu akan tutup pada tengah malam. Ada juga yang lewat, tapi tak semua lah. So Wan dan kawan kawan nya ni mendap lah. Tak tahu nak kemana. Esok nya takda kuliah. Diorang pun ronda ronda lah satu Ipoh.

Disebabkan sudah terlalu imune dengan suasana Ipoh waktu malam yang dibanjiri mat mat motor macam diorang jugak. Ada  lah salah sorang dari kawan Wan yang join ronda malam tu, bagi cadangan diorang naik ke Bukit Kledang. Lepak lepak kat puncak. Disebabkan dah terlalu mendap, Wan dan yang lain setuju merempit panjat gunung tu.

So di malam yang gelap, berbekalkan suluhan lampu motor, diorang berhati hati menunggang mendaki bukit tu. Tak sampai setengah jam, diorang pun tiba kat puncak. So diorang pun melepak lepak lah sekejap. Tak pulak Wan perincikan kegiatan diorang kat atas tu. Dia cuma cakap melepak je. Atas tu ada pencawang TM, siaran siaran TV kerajaan mungkin juga pencawang telekomunikasi yang lain.

-- Aku tak pernah naik bukit ni, so aku tak tahu sangat keadaan kat atas tu yang best sangat. Aku cuma andaikan diorang bergelap sebab ayah aku pernah ada job naik atas bukit tu. Hantar pengawal yang berkawal seminggu sorang --

Lepas dah bosan, hari pun dah larut malam, Wan ajak semua balik. Lagipun Wan kena hantar awek dia balik ke rumah sewa kat Medan Gopeng lagi. So Wan ajak awek dia naik motor cepat dan laju je menuruni bukit ke bawah dan terus masuk ke pekan Ipoh semula.

Masa atas motor semua diam je. Takda nak berbual bual ke apa. Semua layan kepala masing masing sambil tunggang motor beriringan. Tak lama lepas tu, diorang berpecah balik ke rumah masing masing dan hanya Wan sorang pergi rumah awek dia untuk menghantar pulang.

Sampai je depan pagar rumah sewa aweknya, Wan berhentikan motorsikal nya tanpa mematikan enjin dan suruh awek nya turun. So awek Wan ni pun turun dan terus berjalan ke batu tepi pagar rumah dan duduk. Kalau korang perasan, rumah sewa kos rendah kan ada batu tepi pagar, yang macam batu asas sempadan antara rumah sebelah menyebelah tu.

Wan ni ingatkan awek dia nak ajak berbual bual dulu ke apa. So Wan macam sembang sembang sekejap dengan awek dia. Masa ni dia masih atas motor, manakala awek dia atas batu tu duduk mengiring.

Masalahnya satu apa si Wan ni cakap, awek dia tak respon langsung. Membatu je. Dah lah awek dia ni tunduk je pandang bawah. Kebetulan, rambut awek Wan ni lurus panjang sampai pinggang. Aku pernah tengok awek dia tu. Tapi masa diorang dah putus lah. Memang panjang rambut budak perempuan tu. Paras pinggang, lurus tu pun sebab buat teknik rebonding.

Rambut awek dia ni jatuh menutup penuh mukanya. Rambut rebonding kan berat. So bila tunduk, tambah pulak rambut awek dia tu panjang, memang tertutup lah keseluruhan muka.

Wan ni ingat awek dia merajuk ke apa, sebab tak layan dia sangat kat atas Bukit Kledang tu tadi. Banyak berbual dengan kawan kawan je. So Wan ni pun turun lah motor, nak pujuk awek dia ni suruh masuk sebab dah lewat malam.

Wan turun je motor, terus tarik tangan awek dia. Awek dia berdiri dan jalan selangkah. Muka tunduk je lagi tapi still tak bercakap. Wan ulang lagi suruh masuk rumah, hari dah lewat katanya. Awek dia geleng geleng kepala je dalam keadaan masih menunduk.

Wan ni boleh kata baran jugak orangnya. Awek dia buat perangai macam tu, dia tinggi lah suara sikit. Di paksa paksanya awek dia suruh masuk rumah sambil heret tangan. Awek dia keraskan je lagi badan sambil geleng geleng kepala. Makin menyirap lah si Wan ni. Apa degil sangat awek dia tu harini.

Wan pun apa lagi, dongakkan muka awek dia sebab nak cakap depan muka, suruh masuk rumah. Bila Wan angkat je muka awek dia, terkejut beruk dia tengok mata awek dia ni macam pandang keliling tajam je. Terbeliak satu hal, anak mata dia siap berpusing pusing meliar pandang keliling.

Terus Wan melangkah ke belakang. Perhatikan je tingkah laku pelik awek dia tu. Dia saja je duga awek dia, suruh masuk lagi sekali. Memandangkan awek dia dah angkat muka. Dia pun dah rasa lain. Sambil tu, tangan si Wan ni sibuk roger by text, kawan kawan yang follow tadi. Ada 2-3 orang yang duduk tak jauh dari rumah awek dia tu.

Dengan tiba tiba tak semena mena, awek Wan ni menjerit

"Hantar aku balik! Hantar aku balik!"

Wan ni sound lah balik

" Oi, nak balik mana lagi, ni lah rumah ko!"

Awek dia geleng geleng kepala banyak kali. Mata meliar je pandang keliling

"Hantar aku balik lah bodoh! Hantar aku balik!"

Wan ni dah tahu dah, confirm awek dia ni kena rasuk. Tak lama lepastu kawan kawan yang dia roger tu pun datang. Yang bagusnya datang naik motor jugak. Tak ke mengamuk si Wan.

Wan ni nak mintak tolong diorang follow dia pergi rumah Ustaz. Sebab awek dia kena rasuk. Entah diorang pun tak terfikir nak bawak kereta. So malas nak ulang alik lagi, diorang paksa awek Wan ni naik motor. Siap tipu, kata kat awek Wan ni, diorang nak hantar dia balik. Pandai pulak awek dia ikut cakap, then duduk diam diam atas motor.

Sepanjang perjalanan, budak budak yang follow bagitahu kat Wan yang awek dia tu muka tunduk tapi mata pandang atas. Boleh bayang tak? Alah typical expression orang kena rasuk lah senang kata. Tapi yang bagusnya awek dia tu diam pulak atas motor. Takda nak buat perangai.

Sampai je kat rumah Ustaz, diorang pun bawak masuk awek Wan ni dalam rumah. Mula mula awek Wan ni taknak. Dikeraskan lagi badan dia sambil bersuara garau

"Aku nak balik! Aku nak balik! Aku nak balik lah bodoh!"

Last last diorang heret je dia yang tengah keraskan badan tu masuk rumah Ustaz tu. Wan ni kenal rapat dengan Ustaz tu. Then Ustaz tu boleh pulak tanya si Wan

"Kamu bawak siapa ni hah???"

Wan ni macam termalu sikit lah. Dah lah tengah malam buta datang rumah Ustaz. Bawak perempuan freehair pulak lagi. So Wan ni pun cerita lah dari A sampai Z apa yang jadi. Mana diorang pergi, apa diorang buat dan apa jadi kat rumah sewa awek dia tadi.

Ustaz tu geleng geleng kepala je bila dengar awek si Wan ni berulang ulang kali cakap

"Aku nak balik! Aku nak balik! Hantar aku balik lah bodoh!"

Wan pun menyampuk,

"Ini je dia sebut dari tadi Ustaz. Saya suruh masuk rumah pun dia taknak. Asyik suruh hantar balik. Nak balik kemana lagi?"

"Saya tak boleh buat apa. Hantar lah dia balik. Dia nak balik rumah dia"

Ustaz cool je bercakap.

Wan pun pelik lah. Sebab dah sampai rumah suruh masuk taknak. Tapi cakap nak balik nak balik tak berhenti. Wan cakap dia syak awek dia kena rasuk, sebab tu minta Ustaz tolong ubatkan. Hantar je 'benda' tu balik, lepastu baru boleh hantar awek dia pulak balik.

Then Ustaz tu macam tinggi suara sikit

"Kamu ni salah bawak balik orang Wan"

Perghh. Masa tu mana mana orang yang dekat dengan awek Wan semua lari mengensot jauh. Masing masing muka pelik dan pucat. Diorang tak faham apa Ustaz tu maksudkan.

Ustaz tu sambung

"Kamu salah orang ni Wan. Ni bukan awek kamu. Awek kamu ada kat atas bukit lagi. Pergi hantar dia dulu dan ambik awek kamu, baru datang rumah Ustaz balik"

Gila! Gila! Gila!
Wan dah terduduk ke belakang. Sebijik sejabak kot perempuan kecik molek berambut panjang depan diorang tu adalah awek si Wan. Tapi Ustaz kata, dia bukan awek Wan. Ustaz tak cakap pulak kalau bukan awek Wan, perempuan yang muka sama dengan awek Wan tu siapa sebenarnya. Bila dengar Ustaz cakap macam tu, awek si Wan ni boleh bantai senyum senyum macam suka.

Nak taknak, Wan terpaksa hantar 'awek' dia tu naik Bukit Kledang balik. Walaupun ragu ragu, dia buat jugak lah. Kawan kawan dia yang follow pergi rumah Ustaz tu, kena paksa rela follow naik Bukit Kledang lagi sekali. Tadi naik suka suka, sekarang naik terpaksa.

Sebelum pergi, Ustaz ada pesan

"Kadang apa yang kita nampak tak semestinya apa yang kita lihat. Sampai atas nanti baca apa yang patut dan panggil awek kamu ajak lekas lekas turun"

Sepanjang ke Bukit Kledang sorang pun tak berani tengok awek si Wan. Semua berlumba lumba potong memotong si Wan supaya motor Wan tak berada kat depan. Sebab kalau Wan kat depan, diorang kena tengok awek si Wan yang bukan awek sebenar ni.

Sampai je kat atas Bukit, diorang berhenti dan terus jerit jerit panggil nama awek Wan. Salah sorang dari kawan Wan nampak yang 'awek Wan' tadi tu turun dari motor dan berlalu ke hutan.

Tak sampai 5minit awek Wan yang sebenar datang sambil menangis nangis kat diorang. Sebiji sama pakaian dengan 'awek Wan' yang masuk hutan tadi. Awek dia kali ni takda senyap dah, tapi siap mengamuk mengamuk kat situ. Bukan mengamuk sebab kena rasuk, tapi mengamuk sebab marah. Jenuh lah diorang tenangkan.

"Kenapa ko tinggal aku sorang sorang kat atas ni hah Wan!"

Diorang tak jawap apa apa pun. Diorang suruh awek Wan ni cepat cepat naik motor dan tinggalkan tempat tu secepat yang boleh. Sepanjang perjalanan ke rumah Ustaz, awek Wan ni menangis je tak berhenti henti.

Sampai kat rumah Ustaz, awek Wan yang sebenar ni pun diubati. Dia tak kena rasuk pun, cuma dia terlampau takut je ditinggal kan berjam jam kat atas Bukit tu sorang sorang. Ustaz tanya dia ada nampak apa apa tak kat atas bukit, dia kata takda. Dia menangis sebab takut je. Then Ustaz suruh awek si Wan ni cerita apa yang dah jadi kat dia.

Cerita dari awek si Wan. Masa tu diorang tengah lepak lepak. Tapi Wan tak berapa layan dia. Wan ni macam focus kat kawan kawan je lebih. So awek dia ni berjalan lah ke tepi tepi port diorang lepak tu. Takda lah jauh mana katanya, kalau tengok pun still lagi boleh nampak.

Tiba tiba dia dengar bunyi orang start enjin motor. Lepas sorang, sorang lagi start. Dia pun berlari lah ke arah Wan ni sambil menjerit jerit suruh tunggu dia. Yang heran nya, Wan ni buat tak tahu je turun bukit tu menonong. Kawan kawan Wan pun tak peduli kan jeritan dia. Paling sakit hati, awek dia ni nampak Wan bawak perempuan lain bonceng kat belakang. Tapi dia tak kenal pun siapa perempuan tu. Seingat dia kat atas tu dia sorang je perempuan.

Dia menjerit jerit kat semua budak budak. Dia panggil nama Wan, panggil nama budak budak lain, sorang pun tak toleh kat dia. Masa tu dia rasa macam dah kena game. Wan ni dapat awek baru, then tinggal kan dia sorang diri atas Bukit gelap tu. Dia pun menangis nangis lah. Nak buat apa pun tak tahu. Phone dalam beg, beg tu pulak dalam raga si Wan.

Sebab tu bila Wan datang balik nak bawak dia turun, dia jadi mengamuk ngamuk. Sebab dia ingat Wan saja nak kenakan dia. Masa dia nampak muka Wan pun memang dia terus maki habis habis

"Kenapa ko tinggal aku sorang kat atas ni hah? Siap bawak perempuan lain turun lagi!"

Cerita dari Wan dan kawan kawan pulak, masa Wan ajak turun, diorang nampak awek Wan ni terus je naik motor Wan. Sebab tu lah diorang start motor then terus gerak. Takkan diorang tak kenal awek kawan sendiri. Lagipun Wan paling depan masa turun tu. Semua orang nampak awek Wan bonceng kat belakang.

Dengar je cerita diorang malam tu, Ustaz tu senyum senyum je. Ustaz tu kata, rumah perempuan tu memang kat situ. Sebab tu bila Wan suruh dia masuk rumah sewa awek Wan, dia mengamuk cakap nak balik. Nasib baik awek Wan kat atas bukit tu tak diapa apakan.

Ustaz tu siap sindir lagi

"Lain kali jangan naik bukit tu kalau takda apa keperluan. Itu tempat dia. Korang kacau buat apa"

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:14 AM | Show all posts
I know you're very committed. Itu yang I adore pasal you. Hehehe. Okeyh sebelum I baca kisah 6 nah hadiah cake.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:24 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 01:12 AM
KISAH 6 : BUKIT KLEDANG, IPOH

Kisah ni diceritakan secara lisan oleh mangsa sendiri kepada aku. K ...

Cerita ni best. Kesian dekat gf si wan tu dik. Ya Allah, nasib baik gf si wan ni tak diapa-apakan waktu dia sorg-sorg dekat atas bukit. Seramnyaaa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 23-11-2016 01:14 AM
I know you're very committed. Itu yang I adore pasal you. Hehehe. Okeyh sebelum I baca kisah 6 nah h ...

Wuhuuu. Thankyouu so much sis  

Saya menaip, bukan kerna nama. Heehe enjoy reading!  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2016 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 23-11-2016 01:24 AM
Cerita ni best. Kesian dekat gf si wan tu dik. Ya Allah, nasib baik gf si wan ni tak diapa-apakan  ...

Tulah kesian bila dengar. Awek dia pun boleh kata berani jugak. Lagi kesian sebab diorang dah clash pun sekarang  

Wan terbukak cerita ni pun sebab kitorang nak buat paranormal activity dan dalam list ada yang suggest Bukit Kledang.

Wan ni sekarang anggota. Tapi dia kata, memang dia tak kan naik lagi Bukit tu sampai bila bila  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 22-11-2016 12:58 PM
Akak pn ada terid sendiri..tapi mcm dik tt,makin diexpose makin mcm mcm pula jadi..end up gobok ak ...

Tq sis clover  

Kan. Sebab tu kadang menyepi kejap. Phone pun buat hal.

Kat rumah ni, bulan ni saja dah 4 benda pelik jadi. Nanti saya story.

Kisah 6, dah update  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2016 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
SereneSerenade replied at 22-11-2016 04:05 PM
TT nak tanya, TT tau tak ada rumah kayu tengah tengah kawasan lapang (dulu hutan) depan satu resort  ...

Hai Serene. Tak pernah dengar pasal kewujudan rumah kayu sekitar Resort tu  

Maybe yg tahu tu orang sekitar tu je. Kampung saya jauh dari situ.

By the way, resort tu pun 'boleh tahan' kawan saya kata. Sebab sebelum masuk PDRM dia pernah kerja kat sana  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Thankyou mod @BabeYSHa atas semua tacang yg dihadiahkan

Comments

sesamer hadek tt..  Post time 23-11-2016 01:31 PM
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
@AnggunSophea TQ TT sebab rajin update. Dalam seram ada terselit pengajaran untuk pembaca. Good job!!! Kot ada cerita lain bolehlah kongsi yer...  
Nasiblah awek Wan tu tak apa2. Tak memasal jer kena tinggal kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 01:12 AM
KISAH 6 : BUKIT KLEDANG, IPOH

Kisah ni diceritakan secara lisan oleh mangsa sendiri kepada aku. K ...

wah, best2...tq tt. smpai tetido tgu tt bcerita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 07:21 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 22-11-2016 10:17 PM
Iza tomboy. Haruslah berani sis  

Oh yeke. Bukit Kledang tau? Malam ni saya bukak cerita pasa ...

bukit kledang pon ada cerita?maigaadd..
story pliss..


kami gerak pas maghrib sbb nak hantaq barang keta dekat kwn husben..
gelap btoi la,siap ada kona layang lg kat situ,kalo x fokus mmg bley eksiden sbb ingat jalan tu luruih
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 07:29 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 22-11-2016 10:15 PM
Oh yeke. Aiyoooo. Apakah sampai macam tu sekali. Kalau saya tak tau lah. Mintak simpang lah jadi m ...

nanti iolls pujuk husben cerita..
dekat pantry weolls pon ada tp dia x kacau org,jgn cakap besaq..tu ja pesan husben..
dah la work station i depan pantry


akak cafe mai awai sbb nak masak utk breakfast kan,akak ponti lalu depan dia slow motion ja..
teruih dia patah blk masuk dlm keta..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 07:37 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 01:12 AM
KISAH 6 : BUKIT KLEDANG, IPOH

Kisah ni diceritakan secara lisan oleh mangsa sendiri kepada aku. K ...

seramnya sophea oii..
berdebaq aih baca..
naseb baik la awek wan x jd apa2 kt atas tu..aduu..tapi pandai plak 'dia' soh hantaq balik pi 'rumah' dia ..
dalam byk2 cerita mistik kan,
iolls paling takut kalo 'benda' tu menyerupai sapa2 yg rapat dengan kita..huwaa..
tergugat iman beb..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 09:17 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 01:54 AM
Hai Serene. Tak pernah dengar pasal kewujudan rumah kayu sekitar Resort tu   

Maybe yg tahu t ...

Nnti jangan lupa cite k Sophea. I pon org Perak, orang Teluk Intan cuma tak membesar kat sana. Rumah opah tepi sungai, banyak jugak misterinya sebb org kan suka mmbuang 'benda-benda' yg dorg taknak kat sungai.  Seronok pulak baca kisah misteri pasal kampung sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 09:20 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 01:12 AM
KISAH 6 : BUKIT KLEDANG, IPOH

Kisah ni diceritakan secara lisan oleh mangsa sendiri kepada aku. K ...

beraninya perempuan tu tunggu kat situ berjam jam weh!..kalau mek, mek dah jalan kaki pergi mana mana tempat tak scary..lain lah kalau bukit tu ada ramai orang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 23-11-2016 04:01 AM
@AnggunSophea TQ TT sebab rajin update. Dalam seram ada terselit pengajaran untuk pembaca. Good job! ...

Hai sis. Tq sebab sudi membaca cerita cerita di thread saya  

Tulah. Mana yang boleh saya selit, saya selit. Really appreciate bila ada yg mentioned apa yg saya buat dlm timbunan kisah seram tu  

Awek Wan tu pun memang berani orangnya. Tapi lepas kejadian tu memang berubah betul Wan. Takda nak garang dgn awek dan yg penting lebih matang kepala otaknya. Takda nak cari pasal pergi tempat macam tu malam malam dah  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
arep83 replied at 23-11-2016 04:42 AM
wah, best2...tq tt. smpai tetido tgu tt bcerita.

Welcome bro. 1jam 45min saya mengarang cerita tu. Tu yg lewat post semalam. Sorry naa  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Laduree replied at 23-11-2016 07:21 AM
bukit kledang pon ada cerita?maigaadd..
story pliss..


Ada jalan lain sebenarnya. Kalau dari Botani nak ke Pengkalan better ikut airforce or flat baru area Botani.

Jalan tu hantu takpa lagi sis. Penyamun pun ramai. Area kampung kan. Even sekitar pengkalan yg membangun, ada jugak kg kat pinggir2 tu. Berhati hati je lah ye sis  

Cerita bukit kledang saya dah up tengah malam tadi  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.160534 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list