CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 23-11-2016 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
BATU 6 TANJONG TUALANG

Kisah2 ini seperti yang berlaku ke atas sepupu2 aku

Kisah 1

Dalam 20 tahun lepas, dapat berita kematian atuk (atuk saudara tapi sebab dia yang menjaga bapak aku dari kecik, so consider macam atuk sendiri dah), semua orang bersiap2 nak balik kampung. Menumpang la kami antara satu sama lain sebab zaman ni tak semua ada kereta. Yob (abang sepupu aku – bekas komando) tertinggal tak sempat menumpang sebab ada hal yang nak kena settle terlebih dahulu. Ye lah tentera kan, mana boleh suka suki nak ambik emergency leave. Lepas settle hal dia, yob balik kampung naik bas hingga ke Ipoh. Dari Ipoh, dia deal dengan sorang pakcik teksi untuk balik ke kampung kami di batu 7. Masa tu dah lewat malam. Perjalanan senyap sunyi sebab Yob melayan sedih di hati. Kalau punyai kuasa dia nak je terbang sampai ke kampung. Tengah2 melayan kesedihan, tiba2 pakcik teksi brek mengejut.

Tiada apa yang pelik sebab kekadang lembu ni suka2 je melintas jalan. Tapi bila Yob tengok pakcik teksi tu dah pucat lesi kaku sambil genggam strereng dengan kejap, pantas Yob tegakkan kepala. Rupanya ada ‘benda’ yang dah menanti ditengah jalan batu 6 itu. Yob tak describe further rupa paras ‘benda’ ni masa dia bercerita dengan kami sepupu2 yang lain. Cuma Yob kata rambutnya mengerbang, matanya bulat & mendepangkan tangan hingga penuh 2 lane jalan.

Yob minta ‘benda’ tu beralih sebab Yob nak jalan, tapi ia enggan. Dah cara elok minta ketepi tak mahu, maka Yob pun gunakan ilmu2 yang ada…barulah ‘benda’ tu hilang.

Bila sampai kampung, Yob offer pakcik tu untuk bermalam kat umah atuk sebab dia memang tak sanggup nak patah balik ke Ipoh, tobat kata dia. So dia meneruskan perjalanan ke pekan Tanjong Tualang untuk tumpang tidur kat rumah sedara dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 02:46 PM | Show all posts
ohsemmm replied at 23-11-2016 02:23 PM
BATU 6 TANJONG TUALANG

Kisah2 ini seperti yang berlaku ke atas sepupu2 aku

Kalau exit tapah dr highway, nak ke kg gajah, ada lalu tak jalan batu 6 ni....huhuhu!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:47 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 10:49 AM
@BONDAFAD @Inezkhalidi @hatikudus

Saja seru kakak kakak. Lupa nak mentioned masa awal bukak threa ...

TQ TQ sesusah jer mention. Ada jer ni haa dok merayap disini sana. Suka baca cerita pasal Perak sebab tempat asal arwah moyang dan opah. Arwah merantau ke tempat lain dan tak pernah balik semula ke sana, tetap juga ada sisi mistik yang tak dapat dielakkan walaupun arwah dah takde. Huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ohsemmm replied at 23-11-2016 02:23 PM
BATU 6 TANJONG TUALANG

Kisah2 ini seperti yang berlaku ke atas sepupu2 aku

Silakan bercerita. Boleh je  

Sebenarnya kan, cerita awak ni lebih kurang sama macam yang saya encounter 5tahun lepas.

Saya accident kat Tg Tualang masa tu. Punca, elak lembu. Tapi lepas muka saya dah terseret atas jalan. Bila saya bangun, lembun nya takda pun  :

Kes Pontianak Tg Tualang ni jugak dah viral kat FB pertengahan tahun haritu. Awak boleh try search. Macam2 pengalaman ada dalam tu.

Kes lembu tu, Saya pernah ceritakan dalam thread saya sebelum ni
http://mforum.cari.com.my/forum. ... extra=&mobile=2  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Laduree replied at 23-11-2016 11:16 AM
tatau la kt husben i tu,dia kata jalan tu cepat..memang la cepat,i ni yg takut..haha..
naseb la t ...

Eh jap sis. Saya dah confuse  

Saya ingat sis yg cakap pasal Changkat Larang, Keranda Terbang tu.

Rupanya sis ni yg cakap pasal shortcut nak ke Seri Iskandar  

Sorry sis. Tersilap. Tu sebab saya reply tadi macam melencong jauh je kan  :zz

Ye betul. Jalan tu pun boleh tahan seram nya. Saya pernah cerita dalam pengalaman saya di thread sebelum ni.

Berani nya husband bawak sis lalu situ malam malam  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:57 PM | Show all posts
ohsemmm replied at 23-11-2016 02:23 PM
BATU 6 TANJONG TUALANG

Kisah2 ini seperti yang berlaku ke atas sepupu2 aku

aiiyoo.. panjangnya tgn beliau.. huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 23-11-2016 02:46 PM
Kalau exit tapah dr highway, nak ke kg gajah, ada lalu tak jalan batu 6 ni....huhuhu!

Rasanya tak...unless kalau exit dr gopeng
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 02:50 PM
Silakan bercerita. Boleh je   

Sebenarnya kan, cerita awak ni lebih kurang sama macam yang sa ...

Yang kes lembu tu...de gak yang berjaya mengelak tapi terus  terjun lombong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2016 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Laduree replied at 23-11-2016 11:35 AM
i bley imagine perasaan ittew..meremang bulu roma..



Kan. Dah lah kat rumah tu ada time time dia, kucing saya yang seekor tu boleh jadi dua  

Aiyooo. Main baling baling pasir pulak dahh. Kalau saya lari lintang pukang dah. Simpan je hasil buangan tu  

Kira sis ni berani jugak lah. Ni dah tahu, lepasni mesti seriau kan balik kg  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:04 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 02:56 PM
Eh jap sis. Saya dah confuse   

Saya ingat sis yg cakap pasal Changkat Larang, Keranda Terb ...

its okay sophea,i pon x sedaq yg u silap info..hahaha..
i x terer jalan kat perak ni..hihi..


dia mmg suka acah2 berani
naseb la masa tu i tatau sgt cerita mistik kwsn perak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ohsemmm at 23-11-2016 03:10 PM

Kisah2
Masih berkenaan dengan Batu 6.

Selepas beberapa tahun rumah pusaka atuk ditinggalkan sepi, acik (mak sedara aku), ambik keputusan untuk renovate rumah pusaka tu. Kononnya nak balik kampung la lepas dah pencen. Bila rumah dah siap, N (adik kepada Yob) buat planning nak buat gathering besar-besaran. Then berbondong2 la kami ni balik, sampaikan abang2 & kakak2 ipar aku pun berminat join sama. Rumah pusaka tu kemain besar acik renovate kan. Setakat nak masuk 100 orang tu boleh ja. Budak2 pun suka lari sana sini.

Bila dah ramai2 lagi la seronok buka kisah2 lama &gossip. Berjug2 teh tarik dihidang melayan borak semua orang. Dah puas borakkat rumah…sibuk pulak nak sambung kat kedai mamak sambil layan bola. Apa korangingat ni KL ke yang kedai mamak bersepah merata2. Ada yang setuju nak pergi,tak kurang juga yang menolak sebab masing2 tau dorang kena merempuh batu 6untuk ke Pekan Batu Gajah. Aku siap warning laki aku, kalau awak join dorang, silatidur kat anjung ye!.

Lepas diskusi yang panjang, akhirnya Yob & F (cousin aku) je yang gedik nak meneruskan hajat.  Hajat asal, takat nak pekena teh tarik segelas sorang & layan bola barang sejam dua . Tapi sebab dah asyik melayan borak barulah dorang sedar yang hari dah nak menjejak tengah malam. Sudah…nak merempuh batu 6 ni.
Suka atau tidak, kena jugak harung kan. Maka dengan tekad yang kuat, dorang pun meredah la kegelapan  malam nak balik ke rumah atuk. Yob siap pesan kat F, ‘drive rileks je, apa pun yang jadi kita tempuh bersama..cewah’

Dekat2 nak sampai batu 6, suasana tenang & tiada sebarang rasa seram. Sekali sekala kereta meluncur laju dilorong yang bertentangan. Mat2 motor pun ada juga yang memotong dengan laju (nak siap2 pegi merempit gamaknya). Dua2 rasa macam lega, so F drive (Yob tak boleh drive sebab mata kurang awas dah) dengan kelajuan sederhana sambil borak2 dengan Yob, nak kurangkan rasa takut la tu.

Kemudian, terdengar bunyi motor dibahagian pemandu, Frasa rilek je and dia slow sikit supaya motor tu boleh potong. Namun motor tu tak nak la pulak potong & keep bersaing dengan dorang. Rasa tak sedap hati,Yob pun renung la mat motor tu…rupanya mamat motor tu takde mukaaaaaa!

F dah start cuak, nak tekan brek, tertekan minyak.Kereta menderum kedepan, motor tu pun laju sama. Rasa nak terkucil dah ada, tangan pun dah macam nak lembik. Nasib la Yob ada sedikit sebanyak ilmu so dia steady je. Dia suruh F drive & jangan pandang benda tu. Yob lagi risau kalau dorang terbabas ketepi & terjun lombong. Yang si F, ayat2 lazim dah tunggang terbalik dibacanya. Dia tekad untuk speed selaju yang mampu. Yob pulak mengucap bila F tekan minyak.

F tekan minyak, motor tu pun laju kedepan, F perlahankan kereta, motor tu pun sama. Jadila episode dorang perlahan-laju-perlahan-laju-perlahan buat seketika & tiba ‘motor’ tu pun sirna macam gitu aje. Rupanya dorang berdua dah lepas simpang rumah atuk & terlajak hampir ke pekan Tanjong Tualang. Nak tak nak kena la si F patah balik & drive lagi dalam mengigil2.

Esok paginya time sarapan, riuh la kisah mamat motortu, and F tak join sarap sebab berkelubung dalam selimut..demam terkejut!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
SereneSerenade replied at 23-11-2016 11:42 AM
kg abah kat kg banjar, Teluk Intan. Mak pulak kg bt 2 1/2, depan kilang caelygirl kaler pink ...

Oh mak pulak ada saudara mara kat Batu 3. Mak saya asal Sg Manik. Biasalah kan, kurang pembangunan maybe sebab saja nak simpan khazanah negeri  

Aish. Dah banyak kali saya baca harini kes lelaki berjubah dgn perempuan bertelekung melintas. Seram lah pulak    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
AryaStark replied at 23-11-2016 12:58 PM
mau tak mengamuk awek Wan, Bukit Kledang tu kalau siang2 hari pun scary. pernah panjat 2 kali sampai ...

Yeke sis. Saya duduk Ipoh lama, tapi tak pernah ada rezeki nak sampai ke atas tu. Lepas je dengar Wan cerita, terbantut terus hasrat nak naik tu  

Ada apa lagi ye kat atas tu? Agak agak kalau malam, ada ke port lepak yang berlampu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:13 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 03:02 PM
Kan. Dah lah kat rumah tu ada time time dia, kucing saya yang seekor tu boleh jadi dua  

A ...

kucing sekoq jadi dua?
dia bwk awek blk umah ka?


kuat btoi dia baling pasiaq tu..mcm marah ja..sampai arini terngiang ngiang..huhu..
masa tu sakit peqot ku mengatasi segalanya..


tapi i ingat lagi,arwah tok wan kata,"ada org jaga kakak ni,sebab tu 'dia' x kacau kakak''...
i pon x brapa paham..
Arwah tok wan la selalu pesan,sebelum tidoq basuh kaki,baca ayat Qursi,Bismillah 21x,Al fatihah & 4 qul jgn lupa..
In shaa Allah tdoq lena..
isskk..tetiba rindu arwah tok wan.. Al Fatihah..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 23-11-2016 01:26 PM
yg histeria tu jenis kaki bising, pad period merata duk buang, ketawa mcm mak lampir x reti hormat ...

Alamak. Terasa saya. Saya dulu masa suka kena macam macam tu, gelak macam Mak Lampir jugak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 23-11-2016 01:35 PM
T.kasih dik TT...terharu hakak tauuu

Wc kak. Ada orang comment kat thread lama. Saya jenguk sana, eh baru perasan akak ada sebut pasal if saya ada story or thread baru kan  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Laduree replied at 23-11-2016 03:13 PM
kucing sekoq jadi dua?
dia bwk awek blk umah ka?


Impossible bawak awek. Dia dah kena 'sunat' kak  
Entah lah. Tak tahu pulak kucing saya ni ada kembar. Masa saya beli dia dulu, rasa nya macam sekor je  

Amboi marah pulak. Dah lah baling pasir kat orang. Patutnya kita yang marah dia dulu kan  :   :

Huuu. Pendinding diri kot maksud arwah tu? Kan. Pendinding paling ampuh bukan tangkal. Tapi doa dan mukjizat ayat suci al-quran.

Ala jgn sebut pasal rindu. Saya pun rinduuuuu  
Saya tak pernah merasa ada atok. Saya rapat dgn nenek. Tapi masa bulan Julai 2012, dua dua nenek saya meninggal sekali. Bila balik kampung mesti terkenang je dia bawak jalan jalan sekitar kg  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ohsemmm replied at 23-11-2016 03:04 PM
Kisah2Masih berkenaan dengan Batu 6.
Selepas beberapa tahun rumah pusaka atuk ditinggalkan sepi, ac ...

Seram gila sis      

Hantu zaman sekarang merempit pun pandai dah! Ni mesti mati time merempit ni  :

Saya assume kan sis, yang dok weng weng sebelum kejadian tu belum tentu ada muka jugak. Pakai helmet kan. Mesti tu konco konco dia je nak recce Yob dan sorang lagi tu  

Ish. Pasni tak jadi lah kot nak transfer Perak. Saya sendiri bukak thread ni, saya sendiri seriau  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 04:08 PM | Show all posts
Edited by Laduree at 23-11-2016 04:10 PM
AnggunSophea replied at 23-11-2016 03:21 PM
Impossible bawak awek. Dia dah kena 'sunat' kak   
Entah lah. Tak tahu pulak kucing saya ni ada ...

hahaha..
biaq btoi..tu camna tetiba bley jd dua plak..misteri nih..


tuh la pasey..marah kita plak..
i pon rasa arwah tok wan maksudkan pendinding yg dia ajaq sebelum tdoq tu..
tapi kan,sebelah mak tok ada saka harimau..sebab moyang(ayah kpd mak tok) asal dr siam..
keturunan pahlawan & pandai mengubat org..Wallahualam..
harap yg baik2 ja..


walopon dh 2 tahun arwah tok wan tadak tp selalu rindu dia..
masa dia sakit kan,xley bangun tau..
bila nak balik,masa cium tangan dia,mst dia pegang erat tgn kita,mata dia berkaca ja..
Allah..tgh menaip pon sebak nih..


Al Fatihah utk arwah atok & nenek sophea..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-11-2016 03:30 PM
Seram gila sis      

Hantu zaman sekarang merempit pun pandai dah! Ni mesti  ...


Risik2 ngan mak...katenya kat batu 6 ade tempat utk bakar mayat kaum h####.

Dorang tu nak menerai yob gamaknya...maklum le orang penuh ilmu ni...


Yob da meninggal 2 yrs ago...rindu nak dengar celoteh dia.

Iols kalau balik kg...akan make sure x lalu batu 6 tu lepas jam 7. Ada sekali tu sebab terlebih melepak kat ipoh sampai malam kami anak beranak sanggup check in hotel dari lalu batu 6 tu.

Dasar penakut laki binik  

Best ape kalau dapat transfer balik sana TT. Udara fresh lagik...jem pun kurang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.080914 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list