CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
 Author| Post time 28-11-2016 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 28-11-2016 03:54 PM
Hahahah! idok ler dik tt...kan dah cuti sekolah, ambik anak hakak kat mrsm pasir salak. Singgah ke ...

Oh. Mati mati saya ingat akak Office Gomen Parit tu. Sebab dulu saya kerja situ  

Jangan inform anak sis pasal yg saya cerita tau tau. Nanti dia takut pulak  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 28-11-2016 05:36 PM
Hai. Dah update part II.

Kalau pendekkan nanti jadi sampai tak sampai je pulak cane   

Huu nasib baik anak tidur sebelah ni. Dapat noti TT terus bukak. Tq sebab menghidangkan bahan bacaan yg tersaaaaaaangat lahh mengujakan utk dibaca oleh org yg mengalami keletihan jaga anak cam iols! Tq TT  
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 28-11-2016 05:29 PM
KISAH 9 : IPOH ( Episod 2 : Part II )

Harini actually my birthday. Tetiba pulak boleh demam. Tapi ...

Btw, Happy Birthday Anggun. semoga sukses dunia dan akhirat . Aminn
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 10:04 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Part 3 please...ketagih dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 08:59 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 28-11-2016 05:38 PM
Hai sis Zameyla. Sis ni mesti gabung nama dgn husben kan   

Dah update dah part II kat ata ...

ehhh.....macam tau2 ja dia...
Happy Birthday Sophea...

Hari nie birthday my husband...dekat2 ekk birthday korang...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2016 04:49 PM | Show all posts

tq2!!!! btw happy belated bday ye sis..hihihihi

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 05:31 PM | Show all posts
Happy Bufday Sophea!

Sabar menanti episod seterusnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Wishing you happy birthday tt.

I park dulu best rupanya benang ni. Penceritaan yg jelas dan tersusun. Kipidap. Tapi kena tido dah ni esok keje. Sambung kemudian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai semua. Tq pada yang terus follow thread saya, esp @botol.susu @BONDAFAD @zameyla @afira @nauze @doubleA yg setia disini berjalan jalan

Big Thanks atas ucapan birthday!


28th birthday saya, 29th anak buah saya pulak. Semalam busy tonggang terbalik dok menyediakan party birthday dia lah

Pukul 8mlm dah tertidur sebab terlampau letih, pukul 1 tadi baru terjaga. Ni bangun dah kebulur pulak dgn abg. Dia pun tidur awal dan kebulur balik dah.

Saya akan usahakan habiskan taip cerita sambil makan ni ye. Siang nanti saya habiskan episod 3 pulak. Promise you all
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 9 : IPOH ( Episod 2 : Part III )


( Sambungan Hari kedua )

Elok je sampai port lepak tempat geng geng kitorang meniaga. Teruk jugak kena bambu. Pasal konon konon merayap ke Penang haram nak bagitahu diorang. Pergi senyap senyap je. Lupa kawan kata diorang. Nak pergi taknak buat ramai lah konon. Macam macam lagi lah.

"Untung lah ada orang tu pergi Penang.."

Menyindir sambil si pelaku itu sedang berjalan, boleh lah kita sama ertikan dengan menganjing. Maaf kepada akak akak dan abang abang atas pendedahan ini. Bahawasanya anak anak Melayu masa kini suka mencampur adukkan bahasa dan binatang.

Sebagai contoh :

"Kuat kau menganjing aku ek.."

Beerti

"Bukan main kau menyindir aku ek.."

Ada lagi beberapa bahasa yang tidak ada sama sekali dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah di terbit kan sendiri oleh generasi anak muda kini.

Berbalik pada cerita. Kitorang berempat di bambu sebab pergi Penang tak ajak. Ish, nak dimarah udah tua tua semuanya. Dah kalau diorang meniaga, macam mana nak ajak? Lain lah Ajak Shiro. Boleh lah sentiasa ajak.

Disebabkan kitorang dah bersuka ria di Penang menurut kata diorang, malam tu kena ada satu lagi aktiviti. Tak kisah lah aktiviti apa pun. Janji aktiviti.

Fikir punya fikir, punya sembang, punya cadangan, punya idea. Akhirnya..

"Cari hantu!"

Entah mulut siapa lah bagi cadangan malam tu. Yang pasti lelaki. Sebab perempuan 2 orang je yang datang malam tu.

"Aku sokong!"

"Aku pun sokong!"

"Hooray cari hantuu...!"

"Kitorang ON je. Tunggu habis meniaga"

"Jom jom weh. Mana port?"

Dah sudah. Ramai pulak yang menyokong idea gila tu. Masa tu kitorang lepak kat atas batu simen berbentuk bulat. Tak jauh dari General Post Office Ipoh (GPO). GPO ni terletak satu kawasan dengan KTM jugak.

Masa tu semua tengah duduk lepak atas batu tu ramai ramai. Sambil tunggu kawan kitorang habis meniaga sewa kasut. Jam menunjukkan hampir pukul 3pagi. Masa zaman rollerblade tengah in kat Ipoh dulu, Dataran tu sampai 5pagi pun ada je lagi bebudak layan rollerblade.

Macam macam idea keluar masa tu. Bukit Kledang lah, Kuala Kangsar lah, Kek Lok Si Temple lah, Padang Polo lah, abandoned school kat pekan lah dan akhirnya sebulat suara memilih lokasi paling famous untuk pencari hantu di Perak iaitu KELLIE'S CASTLE!

Masa tu semua bersorak. Suka sangat dah nak pergi mencari hantu ke sana. Semangat gila semuanya. Mana mana yang tak sampai lagi semua dah pakat pakat roger. Bukan main lagi happy nya diorang masa tu. Dalam kisah sebelum ni pasal Wan dengan awek dia naik Bukit Kledang tu, hari tu jugak lah Wan bukak cerita. Sebab tu tak jadi ke situ.

Tiba tiba datang lah dua suara yang meng-spoilt-kan segala mood dan rancangan. If im not mistaken, Abg Man dan Mat Kaca.

Abg Man sebab bawak wife dia, dia risau lah kot. Wife dia pun dah baya baya dia, badan size XL jugak lah. If jadi apa apa dia takut wife dia susah nak lari lah kot. Ini teori aku je tau. Tapi Kak Ina memang beria ia gila nak follow aktiviti tu malam tu. Nasib baik Abg Man cakap cancel kan je. Merungut jugak dia.

Mat Kaca pulak kata, ada perempuan bahaya nak pergi mencari benda alah tu. Alah selama berkawan dia bukan anggap aku perempuan pun. Diorang siap panggil aku "gay" masa dapat tahu aku couple dengan BF aku, which is kawan diorang jugak. Tang nak mencari hantu, tetiba teringat aku perempuan pulak ye.

-- Untuk info korang, kitorang panggil Mat ni as Mat Kaca, sebab dia suka kunyah kaca. Terutamanya, botol kaca Livita Honey kecik tu. Botol kaca keras warna coklat gelap tu. Aku tak tahu lah Mat ni keturunan apa. Transformer gamak nya. Kaca pun boleh masuk perut. Ni bukan rumours atau rekayasa tau. Aku memang pernah nampak depan mata, time melepak si Mat ni kunyah kepala botol Livita lepas habis minum air dia --

Tapi jauh di sudut kepala aku, si Mat ni bukan calang calang orang. Berilmu nampaknya. Kalau korang ingat di awal thread aku pernah berkelah kat Ulu Kenas sampai tertidur atas batu dekat 6jam kan? Dengan si Mat Kaca ni lah ada sekali time tu.

Lepas dah cancel Misi Mencari Hantu malam tu. Semua pakat pakat ON mode mendap balik. Tadi dah happening dah bersorak, at last ada yang tak bagi teruskan misi. Takpa lah. Diorang redha je. Sebab kalau tak ramai diorang malas nak pergi.

Masa tu aku duduk atas batu simen bulat tu menghadap pemandangan Railway KTM. If ada train lalu, aku boleh nampak lah. Sebelum kawasan landasan, adalah kawasan lapang tempat parking kereta. Port tu terletak di antara GPO dan KTM Ipoh. Aku berdepan dengan Mat Kaca. Mat Kaca duduk sebelah BF aku masa tu.

Kat KTM ni, lepas dah top aktiviti malam kat situ, setiap hari tepat pukul 12malam sportlight besar yang ala ala sportlight stadium tu akan OFF dengan sendiri nya. Ni bukan paranormal. Ni memang arahan Datuk Bandar. Malas aku nak speku lelebih. Ada lah tu tujuan diorang. Tapi even dataran tu cuma samar samar, hanya bertemankan lampu dari parking kereta sekitar je, kawasan tu masih lagi boleh nampak muka orang ye. Cuma kalau jauh tak jelas lah.

Then aku tengok geng geng aku ni dok berhimpit dengan BF aku. Hah, yang ini betul macam gay! Sandar kat bahu lah, letak siku kat riba lah, duduk atas bahu lah. Korang imagine sendiri lah geng lelaki kalau duduk menghimpit himpit macam mana. Diorang tengah interested gila dengan video yang BF aku play kat phone dia.

Aku pun sibuk lah nak tahu apa benda yang interesting sangat tu. So aku bangun dan pergi kat diorang. Intai intai sikit dari celah celah badan diorang.

Lah, video Paranormal Team dari luar negara rupanya. Diulangi luar negara ye. Bukan Malaysia. Kalau team Malaysia jarang penampakan. Maybe sebab diorang takda seru dan mantera mantera tertentu. Dalam video tu memang segala mak nenek mantera dan penampakan ada. Boleh dengar dari tempat duduk aku bebudak team tu menjerit jerit dalam slanga orang kita. Faham faham sendiri lah kalau aku kata orang kita. Then aku duduk tempat asal aku balik.

Time tu sebenarnya kitorang tengah tunggu geng kitorang lagi 2-3 orang nak pergi lepak makan kat BSN. Diorang ni tak join melepak dari awal, kira baru nak keluar dari rumah lah. Kak Ina pun macam dah bosan. Dia pun bukak video lebih kurang sama macam kat phone BF aku. Tapi takda sesiapa himpit dia lah. Then Abg Man macam marah Kak Ina tengok video tu. Tak tahu lah kenapa.

Tetiba aku nampak ada orang menghendap kitorang dari jauh. Dia menghendap dari celahan kereta sekitar parking area yang penuh dengan kereta tu. Aku cakap menghendap sebab aku tak rasa dia usha saja, dia beralih banyak tempat. Sekejap kat kereta kiri, sekejap kat kereta kanan. Tapi aku berjaya tangkap pergerakan dia. Silhouette dia dalam gelap tu macam tengah menghendap semua yang bersila kat atas batu simen tu. Orang tu sorang je. Yang pasti lelaki.

Ni sah lah geng kitorang yang tak sampai lagi tu. Paham sangat dah aku ni dengan perangai diorang. Mana pandai punctual. Dah lah datang lambat, menghendap pulak lagi. Saja lah tu nak menganjing.

Aku ni pun terhendap hendap lah mamat tu. Badan dia macam member kitorang, Rafi budak Meru. Tapi Rafi ni dah lama tak lepak dengan kitorang punca sakit hati kena bambu kat mamak.

Budak budak yang lain, yang kitorang tengah tunggu takda pun badan macam si Rafi ni. Semua badan sado sado. Sebab tu aku assume Rafi. Lama gila aku terdongak dongak dari tempat duduk nak intai mamat ni. Sebab dia macam tengah mengintai aku jugak. Sengaja lah tu. Attention seeker.

Budak lain masih lagi berhimpit dengan BF aku layan video tu. Dah lah pasang high volume. Mengganggu betul.

Then dalam 10minit, si Rafi ni tak sampai sampai lagi kat tempat kitorang lepak. Dalam hati aku pelik jugak. Sampai bila Rafi ni nak main baba-chak. Jangan sampai aku bangun, aku bubuh penyepak je.

Disebabkan aku terdongak dongak banyak kali. Senget kan badan kekiri kanan pun berbelas belas kali, nak intai Rafi punya pasal. Mat Kaca tegur aku.

"Ko tengok apa Sophea?"

Aku diam je. Tapi aku still lagi usha Rafi tu. Tak puas hati lah katakan.

"Apa wei?"

Mat tanya lagi.

"Entah lah. Siapa main intai intai dalam gelap. Rafi lah ni! Nak lepak buat cara nak lepak! Budak lama dah tunggu ni!"

Marah pulak aku masa tu. Sebab lama sangat dia baba-chak. Aku geram lah sebab dia main main kan aku. Masa tu aku seorang je muka tengah menghadap dia. Budak budak lain membelakangi parking area tu.

"Rafi? Dah berapa tahun Rafi tak lepak dengan kita Sophea oi. Bukan tu"

Aku balas balik kat Mat Kaca.

"Rafi lah Mat. Tengok badan pun tau Rafi. Dia lah ni nak follow lepak kejap lagi"

Mat buat muka pelik.

"Manada Rafi. Kita tengah tunggu Asfan dengan Apek je ni"

Alamak. Kalau tunggu Asfan dengan Apek, sah sah lah yang menghendap tu bukan diorang. Asfan tu badan macam Fahrin Ahmad, Apek tu pulak Polis. Badan dia macam Shaheizy Sam dalam Polis Evo. Yang menghendap tu kecik kurus macam Shuib Sepahtu!

(Aku compare badan diorang dgn retis. Bagi korang senang faham)

Masa ni si lelaki iras Rafi tu bergerak laju gila dari satu kereta ke satu kereta. Macam Teleport verse hitam. Teleport ni entiti yang bergerak pantas menyamai kelajuan cahaya. Dia boleh bergerak pantas sampaikan dalam camera pun tak boleh detect. Nampak jalur cahaya je.

Aku cakap pantas sebab dari parking paling depan dengan belakang lebih kurang 80-90meter. Tapi kembar Rafi ni boleh bergerak dalam 0.02 saat je. Laju tak? Motor pun tak boleh laju macam tu dalam parking sesak macam tu. Kalau kata dia pakai rollerblade pun tak logik. Memang ramai orang pakai rollerblade nak ke parking sebab malas jalan, tapi jalan dia tar. Mana boleh bergerak smooth. Dari depan ke belakang, kiri ke kanan berselang 7-8 kereta pun dia selamba je zusss zasss zusss zasss.

Then Mat Kaca berdepan dengan aku pandang je aku. Dia cuba cari apa yang aku tengah maksudkan. Dia pun toleh belakang dia, mana lah tahu sempat nampak Rafi tu kan.

"Sophea. Takda apa lah! Dah, buat bodoh je wei! Lantak dia lah"

Mat cakap kat aku tetiba. Dia ni memang caring sikit dengan aku.

Dah dengar Mat cakap macam tu, aku terus pusing badan aku menghadap pemandangan Dataran KTM. Usha bebudak melepak, main rollerblade, main one wheel solo, main mini motor dan jugak adegan sweet percuma lalu lalang depan mata.

Tetiba Adam menjerit.

"Wei, Asfan dengan Apek tak jadi datang sini. Diorang terus ke BSN. Kita gerak je lah dulu"

Ceh. Berpeluh menunggu. Alih alih tak datang. Kurang asam betul. Memang dah agak dah. Memang adegan sedemikian kerap terjadi. Janji melayu. Sebab semua pun melayu.

Long story short, sampai kat BSN dah dekat pukul 4 pagi. kitorang cantum meja jadi 4 biji memanjang. Aku dengan BF kat hujung kanan. Aku kat kepala meja. Abg Man dengan Kak Ina pulak kat hujung kiri. Kak Ina pun duduk kat kepala meja sana.

BF aku dengan abg Man pergi toilet kejap. Toilet terletak nya di parking belakang deretan kedai makan tu. Kalau arah dari depan kedai, belakang tu ada surau sebiji untuk lelaki sebelah dan untuk perempuan sebelah. Sama juga dengan toilet. Ada 4biji sederet. Kiri untuk perempuan, kanan untuk lelaki. Toilet, surau dan deretan kedai terasing antara satu sama lain.

Kitorang pun berhuhu haha lah kat situ subuh hari tu. Seronok sangat kenapa entah. Then BF aku dan Abg Man pun balik dari toilet. BF aku muka lain je. Aku pun nak acah acah caring, tanya lah pada dia.

"Hah. Awak dah kenapa?"

BF aku tunduk je.

"Biasalah. Nampak benda kat belakang tu"

Aku bukan nak memburukkan kawasan tu ye. So korang jangan lah takut pulak untuk makan kesana sebab makanan kat situ bukan saja sedap tetapi murah.

Geng kitorang ada 4-5 orang yang mata tak berhijab. Antara nya Mamat Sepah, Mat Kaca, Abg Man dan BF aku serta satu lagi watak tak penting yang tak perlu aku sebutkan sebab langsung takda kena mengena dalam perjalanan cerita ni.

-- Mamat Sepah geng kitorang ni mendapat namanya kerana muka nya sebiji macam Mamat Sepah. Sebiji ye kawan kawan. Bukan sipi sipi lagi. Tapi Mamat Sepah verse yang hensem dan smart. Mamat Sepah kitorang ni putih, tapi gigi, mata, hidung, badan, ketinggian dan tahap melawak tu adalah sama dengan Mamat Sepah yang sebenar --

...................................................................

Sebelum aku couple dengan BF aku, time lepak kedai makan yg sama pukul 1pagi, aku pernah nak ke toilet. Masa tu gamble. Aku pergi sorang je jalan menapak dalam 100m dalam gelap ke lorong belakang tu. Tapi Ika, Mamat Sepah dan Mat Kaca follow aku. Menyibuk je. Konon kata diorang bahaya jalan sorang.

Masa tu Ika ( watak dalam kisah selingan Ulu Kenas ) aku, Mat Kaca dan Mamat Sepah pun menapak lah ke toilet. 2 lelaki, 2 perempuan. Diorang suruh kitorang berdua masuk dulu, diorang tunggu kat luar. Diorang tunggu kat belakang kedai. Jarak diorang tunggu tu dengan toilet lebih kurang 6-7langkah orang dewasa. Lepas kitorang keluar, haram Mat dengan Mamat ni nak masuk toilet. So aku syak diorang ni bukan nak membuang pun, saja nak teman je.

Sampai kat belakang kedai. Mat dan Mamat senyum senyum je tegur aku.

"Sophea, pandang belakang jap"

Aku pun pandang lah belakang. Masa tu Ika je ada kat belakang. Hairan lah aku.

"Belakang? Belakang mana?"

Aku buat muka pelik.

"Belakang toilet. Pokok besar tu"

Mamat senyum senyum je. Biasanya senyum tu tanda dia nak pedajal aku. Bukan aku tak tahu. Aku dengan Ika pandang lah pokok tu. Semua dahan kitorang tengok. Pokok tu besar dan tinggi. Pokok apa entah lah. Manada apa pun. Pokok je lah.

"Tak ada apa pun!"

Aku dan Ika jawab serentak pada Mamat dan Mat. Lepastu terus kitorang berjalan balik beriringan ke kedai makan.

Sampai kat kedai makan, Mamat dan Mat senyum senyum je kat aku dan Ika macam kerang busuk.

"Sophea, ko memang tak nampak apa apa ke atas pokok tadi?"

Ika malas layan. Aku sorang je respon.

"Entah. Takda apa pun"

Mat Kaca tanya lagi.

"Betul ni? Apa pun tak nampak? Aku nampak masa nak blah tadi ko toleh lagi sekali"

Aku tinggi suara sikit.

"Betul lah gila. Manada apa. Kenapa korang ni?"

"Aku nak cerita ni ko jangan terkejut pulak Sophea"

Mamat bukak mulut Mamat Sepah dia tu.

Aku usha daring je diorang. Angguk tidak, geleng pun tidak.

"Tak nampak ke 'Maya Karin' atas pokok tu tadi? Kitorang yang lelaki pun pergi toilet tu berteman. Ko berapa kali dah kitorang usha je jalan sorang sorang pergi toilet tu tengah malam"

"Entah Sophea ni. Ko selamba je kan. Padahal 'Maya Karin' tu usha je korang dari atas time keluar masuk toilet tu. Sebab tu kitorang teman ko. Kang tak masal je jadi apa apa!"

Mat Kaca menambah. Muka selamba je bercakap. Mat Kaca ni kurang unsur humour. Apa benda keluar dari mulut dia semua kebenaran belaka. Menurut diorang belakang toilet tu memang port 'Maya Karin' dan disokong beberapa watak tak penting lain yang turut curi curi dengar malam tu.

...................................................................

Berbalik pada situasi di meja makan bersambung 4biji tadi. BF aku ni pun masalah jugak. Hijab terbukak. Senang rasa dan senang nampak. Tapi kejap je lah dia hilang mood. Lepas 5min dia ok balik.

Perbualan kitorang kat kedai makan tu macam kesinambungan dari topik kat port sebelum nya. Ingatkan dah habis lah topik nak cari hantu tu. Rupanya diorang still lagi nak pergi. Nak jugak teruskan aktiviti tu. Kak Ina tak habis habis gelak je kat hujung meja tu melihatkan perangai kitorang. Apa yang kelakar nya entah. Sebab aku jauh dari dia bukan dengar sangat table dia sembang apa.

Ada yang stay Kuala Kangsar nak balik jauh lagi. Kalau teruskan aktiviti tu, pukul berapa nak habis, pukul berapa pulak nak balik. BF aku pulak pukul 7 jap lagi dah on duty dah. Tak cukup yang boleh ubatkan kalau jadi apa apa. Harapkan Mat Kaca dengan Abg Man je lah. Mana cukup 2 orang. Kitorang walaupun perangai macam haram jad nak mencari itu ni, still jugak ada precautions. Kot kot kena rasuk ke, hilang tanpa jejak ke, kena sorok ke kan. Siapa nak ubatkan kalau takda yang pakar.

At the end, cadangan kali kedua turut di tolak mentah mentah oleh BF aku dan Abg Man. Maka bergerak lah kitorang balik ke rumah masing masing. Semua berpecah. Jam menunjukkan 4:30pagi. Kena cepat sikit balik, sebab BF aku on duty 7:00pagi. Takut tak sempat balik salin baju!

Bersambung...

(Sorry. Baru perasan part III panjang. So kena ada part IV lah nampak nya. Part IV akan reveal setiap satu kemusykilan dan benda benda kecik yang terjadi dalam episod 1 dan 2 ni. Siang nanti lah aku update lagi ye)
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 08:21 AM | Show all posts
saya orang perak..bahagian hilir perak. Orang perak ni mesti biasa dengan tetemih (tetegur), biasanya untuk budak2 yang kena ganggu. Contoh demam berterusan. Arwah opah saya bekas bidan kampung, dan ada sedikit ilmu mengubat orang. Pernah tolong orang kampung cari isterinya yang kena sorok bawah  telaga (perigi). Orang dulu-dulu kan mandi air telaga
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 08:26 AM | Show all posts
aduii ingat boleh baca endingnye. sila sambung as soon as posible plezz
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TT cepat cepat sambung.  Asal bukak cari je kompem terjah benang ni dulu. X sabar betul nak tau ending.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
baek ahh tt! Plis continue.. aku dari thread first nk comment tp malas menyampuk.. kite ni baya-baya jee tt.. ex aku dulu pun puo.. ntah-ntah kenal
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 11:48 AM | Show all posts
aku tetinggal part ulu kenas tu..page bape sophea?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2016 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
zachuby replied at 30-11-2016 08:21 AM
saya orang perak..bahagian hilir perak. Orang perak ni mesti biasa dengan tetemih (tetegur), biasany ...

Hi. Sekapal lah kita  

Oh saya bukan Org Perak   Which mean ye saya lahir di Perak, tapi saya bukan org 'Perak'. Saya banjar. Banjar 200%. Dari sebelum moyang lagi memang dah banjar.

Tetemih tu rasa nya bahasa Perak kan. Sebab saya 1st dengar.

Perak kan banyak lagi kawasan kg yang terjaga rapi. Sebab tu lah kot macam macam 'ada'  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sesukaje replied at 30-11-2016 08:26 AM
aduii ingat boleh baca endingnye. sila sambung as soon as posible plezz

Hee tak sempat. Malam nanti saya update ye. Siang nak tolong abg ipar tutup kedai. Tutup untuk selama lamanya  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 30-11-2016 10:22 AM
TT cepat cepat sambung.  Asal bukak cari je kompem terjah benang ni dulu. X sabar betul nak tau endi ...

Hai, tq kerana sudi menerjah di sini  

Malam ni saya habiskan part IV. Hopefully muat. Sebab boleh tahan banyak jugak tak cerita lagi ni  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ninaaa replied at 30-11-2016 11:44 AM
baek ahh tt! Plis continue.. aku dari thread first nk comment tp malas menyampuk.. kite ni baya-baya ...

Tq tq cik Ninaaa  

Malam ni saya update part IV ye.

Uiks siapakah gerangan buah hati Cik Nina? Course apa beliau dulu  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.092037 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list