CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1861|Reply: 16

[Tempatan] Menteri Pengangakutan: Denda AES Dikurangkan RM150

[Copy link]
Post time 15-11-2016 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Denda AES Dikurangkan RM150 - Tiong Lai

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/15/aes-rm150/

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 6:50 PM



KUALA LUMPUR: Denda bagi kesalahan melanggar kelajuan yang dihadkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan pada kadar RM150 bagi setiap kesalahan.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berdasarkan keputusan Kabinet yang menetapkan kadar sama tersebut sebanyak dikurangkan separuh berbanding RM300 yang dikuatkuasakan sebelum ini.

Beliau turut menafikan khabar angin yang mengatakan kerajaan akan menghapuskan kira-kira 1.6 juta saman AES yang dikeluarkan sebelum ini sejak sistem itu beroperasi pada 2012.

"Kami tidak akan menghapuskan saman tersebut. Mereka (pesalah trafik) perlu membayarnya.


"Kini denda dikurangkan kepada RM150 dan mulai sekarang kadar yang sama akan dikenakan kepada pesalah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Sistem AES diintegrasikan bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Pesalah trafik yang gagal membayar saman tersebut akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu.
Tiong Lai berkata, tiada lagi jumlah tetap kamera yang akan dipasang di bawah program Awas.

"Kami akan melaksanakan pemasangan kamera secara berperingkat berdasarkan permintaan kerajaan tempatan dan masyarakat.
"Seperti kawasan saya, penduduk boleh meminta kamera dipasang bagi mengurangkan tahap kelajuan kenderaan," katanya.

Kerajaan telah memasang 40 kamera AES di seluruh negara pada fasa pertama pelaksanaan pada 2012 dan meletakkan sasaran 90 buah kamera.

Menurut laporan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kes pelanggaran lampu merah menurun sebanyak 1.23 peratus setahun dan 2.2 peratus dalam tempoh enam bulan sejak kamera AES dipasang di lampu isyarat terpilih.

Buat masa ini, kamera AES dipasang di sekitar Lembah Klang dan Perak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 09:58 PM | Show all posts
rm150                  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 15-11-2016 10:58 PM

Kerajaan dah sengkek, nak sangat duit la ni. Ketara dah terdesak.   Siap main ugut lagi.   Kita pakat ramai- ramai jangan bayar.   Rakyat is power.   Nak election lagi ni, keadaan 50-50 lagi ni.  Takut tuuuu...jangan bagi muka sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:28 PM | Show all posts
Bodoh punya macai politaik... patot laa makin ramai bangang... kesalahan trafik pun hendak dipolitaikkan

Benda mudah jaa.. tak nak bayaq kaa sengkek sangat kaa.. ikot peratoran.. sundri buat salah, pastu memfitnah kerajaan plak prrffghh jer laa macai politaik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aes perangkap rakyat, idea cekit darah automatic 24jam ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:48 PM | Show all posts
ini tidak adil..........   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2016 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg dh byr rm300 ni boleh claim balik half ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai Tuhan Zeus, hanya Kau saja dapat memberikan keadilan di dunia ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai pemakan tuhan, kau makan la manusia-manusia yang cuba berlagak seperti Tuhan di dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:57 PM | Show all posts
Aes ni efektif ka?time dekat ngan aes sume slow.lpas je aes sume pecut
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 15-11-2016 09:51 PM
Denda AES Dikurangkan RM150 - Tiong Lai

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/15/a ...

Dipasang hanya lembah kelang dan perak sahaja rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:59 PM | Show all posts
how about speed camera tu? kalau boleh turun rm50 besok aku bayar...

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 11:00 PM | Show all posts
Atifan replied at 15-11-2016 10:50 PM
Aku yg dh byr rm300 ni boleh claim balik half ke?

saman yang diserah tangan sahaja saya bayar.

saman camera setakat ni saya peram ja dulu....



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-11-2016 11:00 PM
saman yang diserah tangan sahaja saya bayar.

saman camera setakat ni saya peram ja dulu....
...

Untunglah chuollssss..parent akhak akan berbunyi 24/7 selagi xbyr saman tu..walapun akhak ada niat xnak byr mulanya. Tp memikirkan kifarah dosa akhak byr je..dh mmg salah sndri byr laju diknon..tp mcm rugi xtnggu mcm diknon..kalo x half lg akhak boleh blnja mkn seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 12:23 PM | Show all posts
kerajaan masih prihatin
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 12:24 PM | Show all posts
silencekiller replied at 15-11-2016 10:28 PM
Bodoh punya macai politaik... patot laa makin ramai bangang... kesalahan trafik pun hendak dipolitai ...

well said.


translasi: kupasan tepat dan padat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kash ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052968 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list