CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1895|Reply: 6

[Dunia] Kapten Yu Xu Pilot Jet Pejuang Wanita Pertama China Maut Terhempas

 Close [Copy link]
Post time 16-11-2016 01:09 PM | Show all posts |Read mode

SALAH seorang juruterbang pejuang wanita pertama China dan ahli pasukan aerobatik tentera udara negara itu terbunuh dalam kemalangan semasa latihan pada hujung minggu lalu.
Kapten Yu Xu yang berusia 30 tahun meninggal dunia Sabtu semasa penerbangan latihan rutin dengan pasukan aerobatik, menurut laporan media tempatan.

Menurut laporan akhbar South China Morning Post, jet yang dikemudi Yu Xu dan seorang juruterbang lelaki terhempas dan mangsa tidak sempat keluar dari pesawat pada waktu yang tepat.

Juruterbang lelaki terlibat bagaimanapun sempat keluar dan terselamat.
MENDIANG YU XU (KIRI) JUGA AMAT POPULAR DI MALAYSIA,DI LIHAT DI SINI SEDANG BERGAMBAR DENGAN PEMINATNYA DI LIMA, PULAU LANGKAWI TAHUN LALU.


Ketika kejadian, mangsa sedang mengemudi jet pejuang jenis J-10.

Tentera China tidak memberikan butiran terperinci tentang kemalangan yang berlaku di wilayah Hebei itu, namun keterangan daripada tentera dan saksi mendapati Yu tercampak keluar dari pesawat selepas ia berlanggar dengan pesawat yang lain semasa latihan.

Selepas pelemparan, sayap pesawat lain terlanggar tubuh Yu sekali gus membunuh beliau, menurut laporan dari China Daily.

Yu yang lahir di Chengdu adalah sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1.

Beliau merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang mampu menerbangkan jet pejuang domestik di China.

Kotak hitam dari jet Yu telah diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat kemalangan itu, lapor China Daily.-MYNEWSHUB.CC





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 16-11-2016 01:09 PM
SALAH seorang juruterbang pejuang wanita pertama China dan ahli pasukan aerobatik tentera udara ne ...

Takziah utk keluarganya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 07:10 PM | Show all posts


ko sorang je komen sini? boleh la dari x de langsugn
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan thread dh ada ka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lah susah nk nengok ppuan
Dh mendiang lak
Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 09:59 PM | Show all posts

mana?

nak komen gak....



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2016 10:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.219512 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list