CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16280|Reply: 32

BUNGA AURELIA - by Farahanafarah

  [Copy link]
Post time 17-11-2016 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Hollaaaa amica mia....

boring kah kerja??

iols belanja novel baru satu eh??



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2016 09:20 AM | Show all posts
Ni iols bagi synopsis okay. First sekali nak cakap yg novel ni based on true story tapi ofcos kita ubah2 sikit jalan ceritanya.

In reality cerita ni xde ending pun, tergantung macam tu je sebab he walk away just like that and langsung tak munculkan diri dah tapi cuba kau buat ending gituuu...tak kena bakar pc tak tau lah haha.


Synopsis:

Menjadi gelandangan bukan suatu perkara yang Bunga Aurelia jangkakan tapi dia bukan Tuhan, yang boleh menentukan nasib dirinya.

Kerana seorang manusia, berlainan jantina, agama dan bangsa...hidupnya terbela tapi sampai bila? Bagaimana?

Bagi Benjamin, gadis itu ibarat cermin dirinya. Apa yang gadis itu rasa dia boleh rasa, apa yang gadis itu faham dia boleh faham. Kerana itu dia nekad, nasib gadis itu harus dibela.

Membesar bersama-sama, senang bersama-sama, bahagia pun bersama tapi hati manusia lain detaknya. Tatkala pintu hati diketuk, Bunga Aurelia sedar sendiri, hidup itu bukan seperti yang dia mahukan.

Peritnya sebatang kara, perit lagi saat diduga namun dia harus bangkit, kerana dia Bunga Aurelia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 09:56 AM | Show all posts
BAB 1

10 tahun yang lalu.



Beg galas yang hampir melurut jatuh dibahu aku tarik kembali, biar kejap dan kukuh terletak dibahu. Air liur kutelan pahit, cuba sedaya upaya mengukir senyuman manis dan ceria buat tatapan ibu tercinta. Beberapa langkah saja dari rumah, aku mula berlari-lari anak dek kerana tidak sabar mahu menatap wajah ibu. Lagak persis beberapa tahun tidak berjumpa saja, padahal baru beberapa jam.
       
“Ibu…ibu…Bunga dah balik ni Bu…Ibu…”
       
        Senyap.
       
“Ibu!! Ooo…Ibu…” kali ni suara dikuatkan sedikit, mungkin ibu tak dengar tadi. Selalunya ibu akan menunggu dihadapan pintu sambil tersenyum menanti kepulanganku dari sekolah setiap hari, tapi kali ini tiada sesiapa dimuka pintu yang tertutup rapat itu. Hatiku sedikit gusar.
       
Langkah dibuka seluas mungkin sewaktu mendaki anak tangga usang rumah. Pintu yang sudah tua dan berkeriuk apabila dibuka segera ditolak kasar. Serta merta aku rasa lega, bau wangi yang datang dari arah dapur menandakan ibu sedang memasak memang sangat melegakan aku.
       
Kaki pantas dihayun ke arah dapur.
       
“Ibu…Bunga dah balik ni. Ibu masak apa tu?”
       
Masih tiada sahutan dari ibu yang sedang duduk dikerusi meja makan. Apa kena dengan ibu ni. Aku mendekati ibu perlahan-lahan, bahu kiri ibu aku peluk kemudian tunduk mengucup pipi yang cengkung itu. Basah! Ibu menangis?
       
Tubuh kurus itu tersentak lantas berpaling ke arahku. Tidak tahu bagaimana harus beriaksi, aku lemparkan senyum tawar untuk ibu. Hati ini berdarah setiap kali air mata ibu mengalir.
       
“Eh, anak cantik ibu dah balik? Bunga nak makan? Ibu hidangkan ye, kita makan sama-sama.” Ujar ibu sambil berpaling dari aku, kemudian tangannya diraup ke muka. Aku tau ibu sedang menyapu sisa air matanya tanpa pengetahuan aku.
       
“Ibu…kenapa ni? Kenapa ibu nangis? Ibu sakit ke?” bertalu-talu soalan dilemparkan buat ibu. Sungguh hati ini sangat gusar andai ibu jatuh sakit lagi seperti waktu dulu. Dia masih belum bersedia untuk menerima satu lagi kehilangan setelah pemergian ayah.
       
Kerusi yang berhampiran aku tarik menghadap ibu. Wajah sayu ibu aku renung penuh kasih. Ibu adalah segalanya buat aku. Aku sanggup korbankan apa saja buat ibu.
       
Sentuhan tangan ibu pada kedua belah pipiku sangat mendamaikan dan menyejukkan hati. Senyuman ibu itu dapat mengubat segala keresahan hati yang bertamu sejak tadi.
       
“Bunga…Ibu sayang sangat dekat anak Ibu yang cantik dan comel ni.” Ujar Ibu tiba-tiba sambil mengusap pipiku yang dipegangnya sedari tadi.
       
Aku ketawa perlahan. Ibu suka sangat puji aku cantik.
       
“Bunga pun sayang sangat kat ibu yang cantik jelita manis bermadu lemak berkrim disukai ramai.” Sendaku pada ibu.
       
Ibu tersenyum manis tapi pada mataku senyuman itu nampak tawar.
       
“Bunga…janji dengan ibu ye, kalau ada apa-apa yang terjadi pada ibu, Bunga jangan selalu nangis ye sayang?”
       
Aku tersentak. Apa ni?
       
“Kenapa Ibu cakap macam ni? Ibu takkan pergi mana-mana lah. Bunga pun takkan pergi mana-mana. Bunga nak sehidup semati dengan ibu.”
       
Senyuman itu langsung tidak pudar dari bibir ibu namun anak mata yang tadinya merenung wajahku lembut telah dilarikan ke arah lain. Aku resah sendiri.
       
“Ibu…kenapa ibu nampak sedih ni? Kenapa ibu cakap benda pelik-pelik ni? Bunga tak suka ibu cakap macam ni. Ibu kan dah janji dengan Bunga, walau apa pun yang terjadi ibu takkan tinggalkan Bunga kan?”
       
Tangan ibu aku genggam dan kukucup beberapa kali, menzahirkan rasa sayang yang tidak terperi buat ibu.
       
“Yang hidup akan mati, cepat atau lambat waktu itu pasti akan datang. Ibu bukan nak buat Bunga sedih atau saja nak cakap apa yang ibu cakap tadi tapi ibu nak anak ibu ni sentiasa bersedia dengan segalanya. Jadi seandainya apa-apa terjadi Bunga sudah bersedia. Bunga kena sentiasa kuat dalam menongkah arus kehidupan ini bila ibu tak ada nanti. Bunga masih muda, perjalanan hidup Bunga jauh lagi. Jadi Ibu tak nak Bunga tersalah langkah. Ibu nak tengok Bunga berjaya.” Panjang sekali bicara ibu kali ini.
       
Apa yang aku mampu lakukan hanya senyap dan tersenyum kerana sesungguhnya aku sudah kehabisan kata, tak tahu apa lagi perlu aku katakan atau patut aku katakan kerana apa yang ibu tuturkan tadi ada benarnya.
       
Kulihat ibu senyum lagi sebelum menolak tanganku yang sedang menggenggam tangannya. Kemudian ibu bangun dan menyentuh perlahan bahuku yang masih dibaluti baju sekolah berwarna putih.
       
“Sudahlah tu Bunga, jangan termenung lagi. Abaikan saja apa yang ibu cakap tadi. Bunga pergi salin baju dulu, ibu tunggu sini. Kita makan tengahari sama-sama.”
        Tanpa sepatah kata aku bangun dari kerusi yang diduduki dan mendaki tangga dapur untuk ke ruang atas yang menempatkan ruang tamu dan dua bilik tidur. Baru aku ingin menolak pintu kamar, kedengaran suara nyaring memberi salam.
       
“Assalamualaikum! Assalamualaikum!”
       
Terkocoh-kocoh aku berjalan ke arah pintu rumah apabila suara memberi salam itu semakin nyaring kedengaran. Sempat aku menoleh ke arah dapur dimana dapat kulihat ibu sedang menghidangkan makanan.
       
“Ye,ye…datang!” laungku dari dalam rumah sambil menarik pintu usang itu.
       
Terlayar dipandanganku Mak Kiah yang sedang bercekak pinggang. Matanya mencerlung penuh benci ke arahku.
       
“Apa lagi lah yang orang tua ni nak” ujarku perlahan, tidak mahu Mak Kiah yang sedang bercekak pinggang itu dengar.
       
“Ha! Mak kau mana Bunga?!” jerkah Mak Kiah sambil mendaki anak tangga rumah. Tanpa dipinta atau disuruh atau diajak, selamba saja Mak Kiah menyebu masuk rumahku, siap ditolaknya aku yang sedang berdiri tegak dimuka pintu. Nasib baik tak terjatuh aku dibuatnya.
       
Suara bising Mak Kiah didapur menyebabkan aku segera menuju ke arah dapur.
       
“Hei Maryam! Kau kalau tak mampu nak bayar sewa kau berambus dari rumah aku ni! Kau ingat rumah aku ni pusat kebajikan? Duduk sesuka hati kau, kalau rasa nak bayar kau bayar, kalau rasa tak nak bayar kau tak bayar! Macam tu?! Dah dua bulan kau tak bayar sewa rumah, sekarang aku datang aku nak kutip sewa. Kalau kau tak nak bayar, kau berambus sekarang! Aku tak hingin la tengok muka orang macam kau ni duduk dalam rumah aku! Berambus!!” jerkahan Mak Kiah membuatkan Bunga tersentak. Pedih hatinya mendengar hinaan Mak Kiah.
        “Mak Kiah…tolong bagi Yam masa lagi ye Mak Kiah. Sekarang ni Yam tak ada duit. Bagi Yam masa seminggu je lagi, Yam janji Yam bayar sewa rumah ni seminggu lagi.”
       
Makin pedih hatiku melihat ibu merayu. Air jernih yang mengalir dipipi cengkung itu menambahkan lagi luka dihati ini. Penumbuk dikepal, terasa seperti mahu dilayangkan sebiji penumbuk dekat muka bertahi lalat di atas hidung yang sedang memarahi dan menghina ibuku itu.
       
Tak padan dengan usia yang sudah lanjut, Mak Kiah begitu lantang menjerkah ibu.
       
“Aku tak percaya dengan janji-janji kosong kau tu Maryam! Lepas seminggu, seminggu kau minta tangguh tapi jangan kata nak bayar habis, sepuluh sen pun tak ada! Kalau dah dasar janda miskin gatal!”
       
“Mak Kiah! Mak Kiah jangan hina ibu saya!”
       
Turun naik nafasku menahan amarah yang memuncak. Terasa ada seseorang yang mengusap belakangku tiba-tiba. Aku toleh ke sisi, wajah ibu yang basah ada disebelahku. Marah punya pasal, ibu datang berdiri disebelah pun aku tak perasan.
       
“Jangan Mak Kiah berani hina ibu saya. Kami tahu kami salah sebab tak bayar sewa rumah tapi Mak Kiah tak ada hak nak hina-hina ibu saya. Kami bukan tak nak bayar sewa rumah ni tapi buat masa sekarang kami tak ada duit. Mak Kiah sendiri dengar yang ibu saya mintak tempoh seminggu saja lagi. Susah sangat ke Mak Kiah nak bertolak ansur?”
       
Mak Kiah menapak perlahan mendekati aku sambil tersenyum sinis. Aku tak gentar walau sedikit.
       
“Hei budak!”
       
Kepalaku ditunjal dengan jari telunjuk gemuk dan pendek oleh Mak Kiah.
        “Kau tu umur baru seputik jagung ada hati nak sekolahkan aku.” Kepalaku ditunjal lagi. Kali ini lebih kasar. Aku langsung tidak beriaksi, hanya bibir kuketap tanda geram yang melampau dengan perlakuan orang tua itu.
       
“Tapi kan…aku tak peliklah kalau kau ni jadi kurang ajar pun Bunga. Kau tau sebab apa? Sebab mak kau ni tak guna! Tak reti ajar anak! Itu pasallah kau ni jadi kurang ajar, jadi biadab dengan orang tua!”
       
“Ibu saya dah cukup ajar saya! Yang tak cukup ajaran tu Mak Kiah! Mungkin Mak Kiah ni bebal sangat kot sebab tu umur dah ganyut pun masih kurang ajar!” jerkahku tepat ke muka Mak Kiah. Dapat aku rasakan Mak Kiah agak kecut perut dengan jerkahanku yang nyaring itu. Apa dia ingat dia je reti hina orang.
       
“Ha, kau tengoklah ni anak kau yang biadab ni!” adu Mak Kiah pada ibuku.
       
Kejap sekali pengangan ibu pada lenganku.
       
“Baiklah, aku bagi kau masa seminggu saja lagi. Kalau kau tak bayar jugak aku akan campak kain baju kau berambus dari rumah ni. Kalau perlu, dengan engkau dua beranak sekali aku campak keluar!” sekali lagi Mak Kiah menjerkah dan mengherdik ibuku. Sekilas pun orang tua itu tidak pandang ke arahku. Tak tahulah sama ada takut atau benci sangat melihat muka aku yang berdiri tegak disebelah ibu.
       
“Pintu keluar sebelah sini” tuturku kasar sambil menjeling Mak Kiah yang masih berdiri dan mencerlung tajam ke arah ibu.
       
Terkedek-kedek tubuh gempal itu berjalan.
       
“Kau tak payah nak halau aku Bunga! Ini rumah aku. Kau tu yang patut sedar diri. Tak padan dengan menumpang, sewa tak nak bayar!” sempat lagi Mak Kiah menghina sambil berjalan keluar.
       
“Kurang aj…”
        “Sudahlah tu Bunga…tak baik berkasar dengan orang tua. Ibu tak pernah ajar Bunga jadi biadab macam ni.”
       
Tangan ibu aku genggam kemas.
       
“Bunga minta maaf ibu. Bunga bukan saja nak kurang ajar tapi Mak Kiah tu dah melampau. Bunga tak boleh terima dia hina-hina ibu. Bunga tak suka.”
       
“Ibu faham…” ringkas saja balasan ibu padaku.
       
Aku lihat ibu picit kepala, mungkin tertekan dengan ugutan Mak Kiah sebentar tadi. Kasihan ibu.
       
Namun belum sempat aku mahu berkata sesuatu, tubuh ibu sudah longlai dan terjelepuk berhampiran meja makan. Aku panik!
       
“Ibu!!! Tolonggg!!!”

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 11:33 AM | Show all posts

permulaan yg menggetarkan jiwa raga... kesian Bunga Aurelia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:08 PM | Show all posts
farahanafarah replied at 17-11-2016 08:20 AM
Ni iols bagi synopsis okay. First sekali nak cakap yg novel ni based on true story tapi ofcos kita u ...

wah baca sinopsis pun dah teruja
keep it up dear.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 02:17 PM | Show all posts
BAB 2


Masih terngiang-ngiang suara Dr. Kamal yang merawat ibu. Setiap patah kata yang keluar dari Dr. Kamal ibarat belati tajam yang menghiris hati dan jiwaku yang sememangnya sudah amat rapuh.
       
“Kos pembedahan dianggarkan dalam RM150,000. Pembedahan terpaksa dijalankan dengan kadar segera kerana sel tumor sudah semakin merebak. Kita takut ianya akan menyerang saraf utama.”
       
Sungguh aku bingung, seratus lima puluh ribu adalah satu jumlah yang sangat banyak dan besar. Tidak mungkin dalam masa beberapa hari aku mampu mengumpul wang sebanyak itu. Sekalipun aku gadaikan diri, siapa yang sanggup bayar? Ah! Susahnya jadi orang miskin!
       
Orang yang lalu lalang hanya mampu kupandang sepi. Sudah 3 hari aku ponteng sekolah, tujuannya mahu pergi cari kerja tapi alasan sama yang diterima. Aku masih muda, masih bawah umur, masih bersekolah dan bermacam lagi alasan. Puas aku merayu, puas aku memujuk tapi semua seakan beku. Ah! Apa mereka tahu. Tak ada siapa yang tahu keperitan hidup orang seperti aku. Nak makan saja sudah terasa sempit dan perit, inikan pula mahu mengumpul sejumlah wang yang begitu banyak.
       
Beg galas usang dibawa kehadapan, keatas riba. Zip yang sudah berkarat dan haus dibuka perlahan. Dompet berwarna pink yang sudah kehitaman dibuka. Ada dua ringgit saja, sekadar cukup untuk tambang bas nanti. Dahaganya…
       
“Nasib baik…” tandas yang terletak beberapa langkah dituju. Tekak sudah terasa perit. Lantaklah air paip pun janji dapat minum.
       
Aku pandang wajah sendiri yang melalui cermin tandas dihadapanku. Cantik jugak aku ni, walau baru 14 tahun kecantikan aku sudah terserlah. Hahaha…aku sengih lebar, cuba berlawak menceriakan hati sendiri.
        Melalui cermin itu juga aku curi-curi pandang seorang kakak yang sedang menyapu wajahnya dengan sehelai tisu. Mungkin memberihkan sisa solekan atau mengeringkan peluh diwajah. Cantik! Puji hatiku dalam diam.
       
Akibat terlalu asyik melihat kakak yang cantik itu, aku tidak perasan dia berkata sesuatu kepadaku.
       
“Dik…dik…okay ke?”
       
Aku tersentak melihat ada tangan digawangkan dihadapanku. Malu sendiri dibuatnya.
       
“Sorry, sorry…apa akak cakap tadi?” soalku kelam kabut sambil tersengih malu.

        “Tak…akak tanya, adik okay ke…macam ralit sangat akak nampak. Adik tengok apa?” soal kakak cantik itu tadi.
       
Aku garu kepala yang sememangnya tengah gatal dan serabut.
       
“Err…err…”
       
Sejak bila pula kau gagap Bunga! Marahku pada diri sendiri.
       
Kakak tadi dilihatnya hanya menjungkitkan bahu apabila melihatku yang masih terkebil-kebil mahu berbicara.
       
Tanpa pamit, kakak tadi meninggalkanku yang masih termangu-mangu seorang diri. Pelik dengan diri sendiri yang tiba-tiba seperti terkaku. Terkejut barangkali kerana tak sangka yang kakak tadi perasan aku asyik merenungnya dari pantulan cermin dihadapanku.
       
Nafasku hembus perlahan. Bunga…Bunga…apa punya perangai lah kau ni.
       
Beg galas yang diletakkan ditepi kiri sinki segera dicapai. Tidak betah berlama-lama dalam tandas yang tak berapa nak wangi ni. Tidak semena-mena mataku tertancap pada sebuah dompet kulit di bahagian kanan sinki. Dengan teragak-agak aku capai dompet tersebut. Liur yang ditelan terasa sulit, mata ku liarkan kesekeliling. Nampaknya hanya aku seorang disitu.
       
Menggigil tanganku mahu membuka dompet yang bukan milikku itu tapi aku gagahkan juga dengan alasan kalau aku tak buka mana mungkin aku tahu siapa pemiliknya.
       
Perkara pertama yang aku nampak adalah sekeping gambar berukuran passport. Macam pernah aku lihat wajah dalam gambar tersebut.
       
“Oh! Ni akak cantik tadi!” ujarku sedikit kuat sebelum berdeham menghilangkan rasa malu sendiri.
       
Ruang lain kuselongkar habis. Hampir terbuntang biji mataku melihat not kertas RM50 dan RM100 yang agak banyak. Cepat-cepat aku tutup dan campak kembali kesebelah singki. Berpeluh-peluh dahiku. Seumur hidup belum pernah aku lihat duit sebanyak itu. Paling banyak pun dalam RM300 tapi ini…
       
Kayanya kakak cantik tadi. Untung sungguh dia.
       
Dompet yang aku campak tadi kujeling sekilas. Hatiku berbolak balik samaada mahu meninggalkan saja dompet yang berisi wang itu begitu saja atau membawanya bersamaku.
       
“Kalau aku tinggal pun mesti ada orang lain yang takkan teragak-agak untuk ambil. Hmmm…nak ambik ke tak nak? Tapi ibu cakap tak boleh ambil barang yang bukan milik kita.” Aku garu kepala yang tak gatal.
       
“Tapi kalau tak ambil rugi…ish! Peninglah!”
       
Akhirnyaaku capai juga dompet tadi dengan alasan mungkin aku akan terserempak dengan kakak tadi, maka boleh aku pulangkan dompet dia.





p/s: awal2 hero xde lagi eh...muka hero pun xboleh nak imagine
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2016 04:37 PM | Show all posts
Ipo replied at 17-11-2016 12:08 PM
wah baca sinopsis pun dah teruja
keep it up dear.

tq ipooo


  muahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
“Tolonglah doktor, tolonglah selamatkan ibu saya…” puas aku merayu untuk yang entah keberapa kalinya namun setiap rayuanku jawapannya tetap sama. Duit! Duit! Duit! Tak boleh ke mereka selamatkan ibu aku dulu dan baru cakap pasal duit?!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
“Adik, bukan kami tak nak selamatkan ibu adik tapi kami hanya ikut prosedur. Sekurang-kurangnya pembayaran harus dibuat sebanyak 50% dari jumlah kos pembedahan dan barulah pembedahan dapat dijalankan. Kami harap adik faham.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak! Aku tak nak faham! Yang aku faham hanya satu. Duit! Duit! Dan duit! Begitukah nilai nyawa manusia? Hanya RM150,000.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo masalah copy2 jadi sekerat ni.



Sah kena maki jap g. Sorry uols nanti kita fix ok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 01:55 PM | Show all posts
Check in...teruskan berkarya....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
check in....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt nak lagi .... cpt la sambunggggggg ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:49 AM | Show all posts
Salam...ya Allah berulat dah thread ni haha. hari ni nak post 15 bab awal novel Bunga Aurelia.
buat pengetahuan semua novel ni dah ada dipasaran. bolehlah beli support iols kalau u ols sayang iols. nanti iols belanja teaser manuskrip baru hehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2018 11:52 AM | Show all posts
Kita start dari awal la so senang tak confuse. sinopsis baca kat atas la ye...
Saja belanja korang sempena minggu gaji. kahkah






Kisah ini kisah aku,
Kisah perjalanan hidup aku,
Jangan engkau hakimi aku
Kerana aku adalah aku.














































BAB 1

10 tahun yang lalu.



Beg galas yang hampir melurut jatuh dibahu aku tarik kembali, biar kejap dan kukuh terletak dibahu. Air liur kutelan pahit, cuba sedaya upaya mengukir senyuman manis dan ceria buat tatapan ibu tercinta. Beberapa langkah saja dari rumah, aku mula berlari-lari anak dek kerana tidak sabar mahu menatap wajah ibu. Lagak persis beberapa tahun tidak berjumpa saja, padahal baru beberapa jam.
       
“Ibu…ibu…Bunga dah balik ni Bu…Ibu…”
       
        Senyap.
       
“Ibu!! Ooo…Ibu…” kali ni suara dikuatkan sedikit, mungkin ibu tak dengar tadi. Selalunya ibu akan menunggu dihadapan pintu sambil tersenyum menanti kepulanganku dari sekolah setiap hari, tapi kali ini tiada sesiapa dimuka pintu yang tertutup rapat itu. Hatiku sedikit gusar.
       
Langkah dibuka seluas mungkin sewaktu mendaki anak tangga usang rumah. Pintu yang sudah tua dan berkeriuk apabila dibuka segera ditolak kasar. Serta merta aku rasa lega, bau wangi yang datang dari arah dapur menandakan ibu sedang memasak memang sangat melegakan aku.
       
Kaki pantas dihayun ke arah dapur.
       
“Ibu…Bunga dah balik ni. Ibu masak apa tu?”
       
Masih tiada sahutan dari ibu yang sedang duduk dikerusi meja makan. Apa kena dengan ibu ni. Aku mendekati ibu perlahan-lahan, bahu kiri ibu aku peluk kemudian tunduk mengucup pipi yang cengkung itu. Basah! Ibu menangis?
       
Tubuh kurus itu tersentak lantas berpaling ke arahku. Tidak tahu bagaimana harus beriaksi, aku lemparkan senyum tawar untuk ibu. Hati ini berdarah setiap kali air mata ibu mengalir.
       
“Eh, anak cantik ibu dah balik? Bunga nak makan? Ibu hidangkan ye, kita makan sama-sama.” Ujar ibu sambil berpaling dari aku, kemudian tangannya diraup ke muka. Aku tau ibu sedang menyapu sisa air matanya tanpa pengetahuan aku.
       
“Ibu…kenapa ni? Kenapa ibu nangis? Ibu sakit ke?” bertalu-talu soalan dilemparkan buat ibu. Sungguh hati ini sangat gusar andai ibu jatuh sakit lagi seperti waktu dulu. Dia masih belum bersedia untuk menerima satu lagi kehilangan setelah pemergian ayah.
       
Kerusi yang berhampiran aku tarik menghadap ibu. Wajah sayu ibu aku renung penuh kasih. Ibu adalah segalanya buat aku. Aku sanggup korbankan apa saja buat ibu.
       
Sentuhan tangan ibu pada kedua belah pipiku sangat mendamaikan dan menyejukkan hati. Senyuman ibu itu dapat mengubat segala keresahan hati yang bertamu sejak tadi.
       
“Bunga…Ibu sayang sangat dekat anak Ibu yang cantik dan comel ni.” Ujar Ibu tiba-tiba sambil mengusap pipiku yang dipegangnya sedari tadi.
       
Aku ketawa perlahan. Ibu suka sangat puji aku cantik.
       
“Bunga pun sayang sangat kat ibu yang cantik jelita manis bermadu lemak berkrim disukai ramai.” Sendaku pada ibu.
       
Ibu tersenyum manis tapi pada mataku senyuman itu nampak tawar.
       
“Bunga…janji dengan ibu ye, kalau ada apa-apa yang terjadi pada ibu, Bunga jangan selalu nangis ye sayang?”
       
Aku tersentak. Apa ni?
       
“Kenapa Ibu cakap macam ni? Ibu takkan pergi mana-mana lah. Bunga pun takkan pergi mana-mana. Bunga nak sehidup semati dengan ibu.”
       
Senyuman itu langsung tidak pudar dari bibir ibu namun anak mata yang tadinya merenung wajahku lembut telah dilarikan ke arah lain. Aku resah sendiri.
       
“Ibu…kenapa ibu nampak sedih ni? Kenapa ibu cakap benda pelik-pelik ni? Bunga tak suka ibu cakap macam ni. Ibu kan dah janji dengan Bunga, walau apa pun yang terjadi ibu takkan tinggalkan Bunga kan?”
       
Tangan ibu aku genggam dan kukucup beberapa kali, menzahirkan rasa sayang yang tidak terperi buat ibu.
       
“Yang hidup akan mati, cepat atau lambat waktu itu pasti akan datang. Ibu bukan nak buat Bunga sedih atau saja nak cakap apa yang ibu cakap tadi tapi ibu nak anak ibu ni sentiasa bersedia dengan segalanya. Jadi seandainya apa-apa terjadi Bunga sudah bersedia. Bunga kena sentiasa kuat dalam menongkah arus kehidupan ini bila ibu tak ada nanti. Bunga masih muda, perjalanan hidup Bunga jauh lagi. Jadi Ibu tak nak Bunga tersalah langkah. Ibu nak tengok Bunga berjaya.” Panjang sekali bicara ibu kali ini.
       
Apa yang aku mampu lakukan hanya senyap dan tersenyum kerana sesungguhnya aku sudah kehabisan kata, tak tahu apa lagi perlu aku katakan atau patut aku katakan kerana apa yang ibu tuturkan tadi ada benarnya.
       
Kulihat ibu senyum lagi sebelum menolak tanganku yang sedang menggenggam tangannya. Kemudian ibu bangun dan menyentuh perlahan bahuku yang masih dibaluti baju sekolah berwarna putih.
       
“Sudahlah tu Bunga, jangan termenung lagi. Abaikan saja apa yang ibu cakap tadi. Bunga pergi salin baju dulu, ibu tunggu sini. Kita makan tengahari sama-sama.”
        Tanpa sepatah kata aku bangun dari kerusi yang diduduki dan mendaki tangga dapur untuk ke ruang atas yang menempatkan ruang tamu dan dua bilik tidur. Baru aku ingin menolak pintu kamar, kedengaran suara nyaring memberi salam.
       
“Assalamualaikum! Assalamualaikum!”
       
Terkocoh-kocoh aku berjalan ke arah pintu rumah apabila suara memberi salam itu semakin nyaring kedengaran. Sempat aku menoleh ke arah dapur dimana dapat kulihat ibu sedang menghidangkan makanan.
       
“Ye, ye…datang!” laungku dari dalam rumah sambil menarik pintu usang itu.
       
Terlayar dipandanganku Mak Kiah yang sedang bercekak pinggang. Matanya mencerlung penuh benci ke arahku.
       
“Apa lagi lah yang orang tua ni nak” ujarku perlahan, tidak mahu Mak Kiah yang sedang bercekak pinggang itu dengar.
       
“Ha! Mak kau mana Bunga?!” jerkah Mak Kiah sambil mendaki anak tangga rumah. Tanpa dipinta atau disuruh atau diajak, selamba saja Mak Kiah menyebu masuk rumahku, siap ditolaknya aku yang sedang berdiri tegak dimuka pintu. Nasib baik tak terjatuh aku dibuatnya.
       
Suara bising Mak Kiah di dapur menyebabkan aku segera menuju ke arah dapur.
       
“Hei Maryam! Kau kalau tak mampu nak bayar sewa kau berambus dari rumah aku ni! Kau ingat rumah aku ni pusat kebajikan? Duduk sesuka hati kau, kalau rasa nak bayar kau bayar, kalau rasa tak nak bayar kau tak bayar! Macam tu?! Dah dua bulan kau tak bayar sewa rumah, sekarang aku datang aku nak kutip sewa. Kalau kau tak nak bayar, kau berambus sekarang! Aku tak hingin la tengok muka orang macam kau ni duduk dalam rumah aku! Berambus!!” jerkahan Mak Kiah membuatkan Bunga tersentak. Pedih hatinya mendengar hinaan Mak Kiah.
        “Mak Kiah…tolong bagi Yam masa lagi ye Mak Kiah. Sekarang ni Yam tak ada duit. Bagi Yam masa seminggu je lagi, Yam janji Yam bayar sewa rumah ni seminggu lagi.”
       
Makin pedih hatiku melihat ibu merayu. Air jernih yang mengalir dipipi cengkung itu menambahkan lagi luka dihati ini. Penumbuk dikepal, terasa seperti mahu dilayangkan sebiji penumbuk dekat muka bertahi lalat di atas hidung yang sedang memarahi dan menghina ibuku itu.
       
Tak padan dengan usia yang sudah lanjut, Mak Kiah begitu lantang menjerkah ibu.
       
“Aku tak percaya dengan janji-janji kosong kau tu Maryam! Lepas seminggu, seminggu kau minta tangguh tapi jangan kata nak bayar habis, sepuluh sen pun tak ada! Kalau dah dasar janda miskin gatal!”
       
“Mak Kiah! Mak Kiah jangan hina ibu saya!”
       
Turun naik nafasku menahan amarah yang memuncak. Terasa ada seseorang yang mengusap belakangku tiba-tiba. Aku toleh ke sisi, wajah ibu yang basah ada disebelahku. Marah punya pasal, ibu datang berdiri disebelah pun aku tak perasan.
       
“Jangan Mak Kiah berani hina ibu saya. Kami tahu kami salah sebab tak bayar sewa rumah tapi Mak Kiah tak ada hak nak hina-hina ibu saya. Kami bukan tak nak bayar sewa rumah ni tapi buat masa sekarang kami tak ada duit. Mak Kiah sendiri dengar yang ibu saya mintak tempoh seminggu saja lagi. Susah sangat ke Mak Kiah nak bertolak ansur?”
       
Mak Kiah menapak perlahan mendekati aku sambil tersenyum sinis. Aku tak gentar walau sedikit.
       
“Hei budak!”
       
Kepalaku ditunjal dengan jari telunjuk gemuk dan pendek oleh Mak Kiah.
        “Kau tu umur baru seputik jagung ada hati nak sekolahkan aku. Nak tazkirah aku pasal tolak ansur pulak.” Kepalaku ditunjal lagi. Kali ini lebih kasar. Aku langsung tidak beriaksi, hanya bibir kuketap tanda geram yang melampau dengan perlakuan orang tua itu.
       
“Tapi kan…aku tak peliklah kalau kau ni jadi kurang ajar pun Bunga. Kau tau sebab apa? Sebab mak kau ni tak guna! Tak reti ajar anak! Itu pasal lah kau ni jadi kurang ajar, jadi biadab dengan orang tua!”
       
“Ibu saya dah cukup ajar saya! Yang tak cukup ajaran tu Mak Kiah! Mungkin Mak Kiah ni bebal sangat kot sebab tu umur dah ganyut pun masih kurang ajar!” jerkahku tepat ke muka Mak Kiah. Dapat aku rasakan Mak Kiah agak kecut perut dengan jerkahanku yang nyaring itu. Apa dia ingat dia je reti hina orang.
       
“Ha, kau tengoklah ni anak kau yang biadab ni!” adu Mak Kiah pada ibuku.
       
Kejap sekali pengangan ibu pada lenganku.
       
“Baiklah, aku bagi kau masa seminggu saja lagi. Kalau kau tak bayar jugak aku akan campak kain baju kau berambus dari rumah ni. Kalau perlu, dengan engkau dua beranak sekali aku campak keluar!” sekali lagi Mak Kiah menjerkah dan mengherdik ibuku. Sekilas pun orang tua itu tidak pandang ke arahku. Tak tahulah sama ada takut atau benci sangat melihat muka aku yang berdiri tegak di sebelah ibu.
       
“Pintu keluar sebelah sini” tuturku kasar sambil menjeling Mak Kiah yang masih berdiri dan mencerlung tajam ke arah ibu.
       
Terkedek-kedek tubuh gempal itu berjalan.
       
“Kau tak payah nak halau aku Bunga! Ini rumah aku. Kau tu yang patut sedar diri. Tak padan dengan menumpang, sewa tak nak bayar!” sempat lagi Mak Kiah menghina sambil berjalan keluar.
       
“Kurang aj…”
        “Sudahlah tu Bunga…tak baik berkasar dengan orang tua. Ibu tak pernah ajar Bunga jadi biadab macam ni.”
       
Tangan ibu aku genggam kemas.
       
“Bunga minta maaf ibu. Bunga bukan saja nak kurang ajar tapi Mak Kiah tu dah melampau. Bunga tak boleh terima dia hina-hina ibu. Bunga tak suka.”
       
“Ibu faham…” ringkas saja balasan ibu padaku.
       
Aku lihat ibu picit kepala, mungkin tertekan dengan ugutan Mak Kiah sebentar tadi. Kasihan ibu.
       
Namun belum sempat aku mahu berkata sesuatu, tubuh ibu sudah longlai dan terjelepuk berhampiran meja makan. Aku panik!
       
“Ibu!!! Tolonggg!!!”
















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:54 AM | Show all posts
BAB 2

Masih terngiang-ngiang suara Dr. Kamal yang merawat ibu. Setiap patah kata yang keluar dari Dr. Kamal ibarat belati tajam yang menghiris hati dan jiwaku yang sememangnya sudah amat rapuh.
       
“Kos pembedahan dianggarkan dalam RM150,000. Pembedahan terpaksa dijalankan dengan kadar segera kerana sel tumor sudah semakin merebak. Kita takut ianya akan menyerang saraf utama.”
       
Sungguh aku bingung, seratus lima puluh ribu adalah satu jumlah yang sangat banyak dan besar. Tidak mungkin dalam masa beberapa hari aku mampu mengumpul wang sebanyak itu. Sekalipun aku gadaikan diri, siapa yang sanggup bayar? Ah! Susahnya jadi orang miskin!
       
Orang yang lalu lalang hanya mampu kupandang sepi. Sudah 3 hari aku ponteng sekolah, tujuannya mahu pergi cari kerja tapi alasan sama yang diterima. Aku masih muda, masih bawah umur, masih bersekolah dan bermacam lagi alasan. Puas aku merayu, puas aku memujuk tapi semua seakan beku. Ah! Apa mereka tahu. Tak ada siapa yang tahu keperitan hidup orang seperti aku. Nak makan saja sudah terasa sempit dan perit, inikan pula mahu mengumpul sejumlah wang yang begitu banyak.
       
Beg galas usang dibawa ke hadapan, ke atas riba. Zip yang sudah berkarat dan haus dibuka perlahan. Dompet berwarna pink yang sudah kehitaman dibuka. Ada dua ringgit saja, sekadar cukup untuk tambang bas nanti. Dahaganya…
       
“Nasib baik…” tandas yang terletak beberapa langkah dituju. Tekak sudah terasa perit. Lantaklah air paip pun janji dapat minum.
       
Aku pandang wajah sendiri yang melalui cermin tandas di hadapanku. Cantik jugak aku ni, walau baru 14 tahun kecantikan aku sudah terserlah. Hahaha…aku sengih lebar, cuba berlawak menceriakan hati sendiri.
        Melalui cermin itu juga aku curi-curi pandang seorang kakak yang sedang menyapu wajahnya dengan sehelai tisu. Mungkin memberihkan sisa solekan atau mengeringkan peluh diwajah. Cantik! Puji hatiku dalam diam.
       
Akibat terlalu asyik melihat kakak yang cantik itu, aku tidak perasan dia berkata sesuatu kepadaku.
       
“Dik…dik…okay ke?”
       
Aku tersentak melihat ada tangan digawangkan di hadapanku. Malu sendiri dibuatnya.
       
“Sorry, sorry…apa akak cakap tadi?” soalku kelam kabut sambil tersengih malu.

        “Tak…akak tanya, adik okay ke…macam ralit sangat akak nampak. Adik tengok apa?” soal kakak cantik itu tadi.
       
Aku garu kepala yang sememangnya tengah gatal dan serabut.
       
“Err…err…”
       
Sejak bila pula kau gagap Bunga! Marahku pada diri sendiri.
       
Kakak tadi dilihatnya hanya menjungkitkan bahu apabila melihatku yang masih terkebil-kebil mahu berbicara.
       
Tanpa pamit, kakak tadi meninggalkanku yang masih termangu-mangu seorang diri. Pelik dengan diri sendiri yang tiba-tiba seperti terkaku. Terkejut barangkali kerana tak sangka yang kakak tadi perasan aku asyik merenungnya dari pantulan cermin dihadapanku.
       
Nafasku hembus perlahan. Bunga…Bunga…apa punya perangai lah kau ni.
       
Beg galas yang diletakkan di tepi kiri sinki segera dicapai. Tidak betah berlama-lama dalam tandas yang tak berapa nak wangi ni. Tidak semena-mena mataku tertancap pada sebuah dompet kulit di bahagian kanan sinki. Dengan teragak-agak aku capai dompet tersebut. Liur yang ditelan terasa sulit, mata ku liarkan ke sekeliling. Nampaknya hanya aku seorang di situ.
       
Menggigil tanganku mahu membuka dompet yang bukan milikku itu tapi aku gagahkan juga dengan alasan kalau aku tak buka mana mungkin aku tahu siapa pemiliknya.
       
Perkara pertama yang aku nampak adalah sekeping gambar berukuran passport. Macam pernah aku lihat wajah dalam gambar tersebut.
       
“Oh! Ni akak cantik tadi!” ujarku sedikit kuat sebelum berdeham menghilangkan rasa malu sendiri.
       
Ruang lain kuselongkar habis. Hampir terbuntang biji mataku melihat not kertas RM50 dan RM100 yang agak banyak. Cepat-cepat aku tutup dan campak kembali ke sebelah singki. Berpeluh-peluh dahiku. Seumur hidup belum pernah aku lihat duit sebanyak itu. Paling banyak pun dalam RM300 tapi ini…
       
Kayanya kakak cantik tadi. Untung sungguh dia.
       
Dompet yang aku campak tadi kujeling sekilas. Hatiku berbolak balik samaada mahu meninggalkan saja dompet yang berisi wang itu begitu saja atau membawanya bersamaku.
       
“Kalau aku tinggal pun mesti ada orang lain yang takkan teragak-agak untuk ambil. Hmmm…nak ambik ke tak nak? Tapi ibu cakap tak boleh ambil barang yang bukan milik kita.” Aku garu kepala yang tak gatal.
       
“Tapi kalau tak ambil rugi…ish! Peninglah!”
       
Akhirnya aku capai juga dompet tadi dengan alasan mungkin aku akan terserempak dengan kakak tadi, maka boleh aku pulangkan dompet dia.





“Tolonglah doktor, tolonglah selamatkan ibu saya…” puas aku merayu untuk yang entah keberapa kalinya namun setiap rayuanku jawapannya tetap sama. Duit! Duit! Duit! Tak boleh ke mereka selamatkan ibu aku dulu dan baru cakap pasal duit?!
       
“Adik, bukan kami tak nak selamatkan ibu adik tapi kami hanya ikut prosedur. Sekurang-kurangnya pembayaran harus dibuat sebanyak 50% dari jumlah kos pembedahan dan barulah pembedahan dapat dijalankan. Kami harap adik faham.”
       
Tak! Aku tak nak faham! Yang aku faham hanya satu. Duit! Duit! Dan duit! Begitukah nilai nyawa manusia? Hanya RM150,000.
       
“Tak apa…saya faham.”
       
Dengan itu aku terus berlalu meninggalkan doktor yang termangu-mangu di hadapan pintu wad.
       
Inilah bayaran yang aku perlu terima sebagai seorang yang miskin, kalau aku kaya, mungkin lain pula bayarannya barangkali. Ah! Sulit sungguh hidup ini. Kaya susah miskin pun susah.
       
Menatap wajah ibu yang pucat dan terbaring lesu di atas katil, memang sangat menyesakkan dadaku. Mana aku mahu cari duit sebanyak itu? Kalau ada harta, boleh digadai tapi ini…kami langsung tak ada apa-apa barang berharga, walau emas sebesar janggut udang. Parah!
       
Aku selongkar beg galas milikku. Itulah satu-satunya beg yang aku miliki. Bukan tak ingin beli beg baru tapi macam biasa, duit menghalang segalanya. Tapi buat apa kalau dompet cantik isinya tak ada.
Dompet yang aku jumpa tadi aku buka kembali, menarik keluar kepingan duit yang tebal itu. Aku kira satu persatu kepingan kertas yang bernilai itu sambil mengeluh perlahan.
       
Kenapalah nilainya hanya RM1500. Kan bagus kalau duit yang aku jumpa ni nilainya seratus lima puluh ribu. Tapi kalau difikir kembali, kerja cuci pinggan 2 bulan pun belum tentu aku akan dapat duit sebanyak ini. Tidak semena-mena aku tersenyum. Aku rasa aku sudah jumpa jalan penyelesaian untuk segala masalah ini.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:54 AM | Show all posts
BAB 3

“Seratus…seratus sepuluh…seposen, dua, tiga…seratus sepuluh ringgit tiga posen je! Ish! Buat penat aku berpeluh je lah. Kemain vogue lagi mak cik tu tapi duit banyak ni je ada. Buang karannn….”
       
Tapi sikit ke banyak ke duit itu tetap aku simpan dalam beg galas usangku. Lantak lah berapa pun janji duit. Hampir seminggu menjadi penyeluk saku yang berjaya membuatkan aku rasa seronok dan ketagih, apatah lagi pulangannya cukup lumayan. Bayangkan, baru saja seminggu aku beroperasi tapi jumlah yang mampu dikutip mencecah sepuluh ribu ringgit!
       
“Sabar ye ibu…sikit saja lagi, tak lama lagi duit akan cukup. Ibu takkan sakit lagi lepas ni.” Omelku sendiri sambil tersenyum.
       
Aku tak boleh banyak berehat, aku mesti lebih aktif. Dengan itu, pembedahan ibu akan dapat dijalankan dengan kadar segera. Mata kuliarkan ke sekeliling, mencari mangsa yang berpotensi untuk aku kebas duitnya.
       
Orang yang lalu lalang melintas dihadapanku sama ada untuk ke bangunan The Gardens Mall atau Midvalley Mall aku renung satu persatu dari atas bawah. Gaya rambut, baju, kasut, semua aku perhatikan. Asal nampak boleh makan aku pasti akan segera mengekori. Tunggu masa yang sesuai dan bam!! Satu lagi mangsaku.
       
Aku toleh seketika ke arah lelaki yang aku langgar dengan tubuhku. Sambil langgar sambil jalankan operasi. Bukan susah sangat nak seluk poket belakang seluar jeans lelaki itu, apatah lagi dengan keadaan orang ramai bersesak-sesak di pintu masuk kompleks membeli belah itu.
       
“Maaf bos…maaf…” ujarku berkali-kali sambil sepantas mungkin cuba berpaling dan melarikan diri dari lelaki cina itu. Kalau terhegeh-hegeh karang kantoi pula.
        Namun kali ini nasib tidak menyebelahiku. Terasa lengan kananku yang berbalut t-shirt hitam disentap kasar.
“Mana lu mau lari amoi?”
       
Aku telan liur demi mendengarkan kata-kata itu. Alamak!
       
“Saya dah cakap sorry kan, apa lagi bos mau?” ujarku tergagap-gagap. Terasa peluh mula merenik didahi. Wajah itu hanya tersenyum sinis.
       
“Bagi balik wallet aku.”
       
Mati! Mati kali kau Bunga…
       
“Wallet apa ni? Mana aku tau wallet kau kat mana.” Tuturku laju sambil cuba melepaskan pautan pada lengan.
       
“Lepaslah! Sakit tau tak!”
       
Wajah itu masih menunjukkan riak bengis.
       
“Bagi balik wallet aku atau kau akan menyesal.” Ugut lelaki cina itu lagi.
       
“Apa kau cakap ni hah?! Mana aku tau. Dah lah! Tepi!”
       
Aku cuba menarik lenganku dengan lebih kuat supaya genggaman kemas itu terlepas tapi malangnya pautan itu semakin utuh.
       
Beberapa langkah dari tempat kami berdiri, kelihatan terkocoh-kocoh 2 orang lagi lelaki cina datang menghampiri membuatkan aku makin cemas.
       
Oh tidak! Jeritku dalam hati. Perasaan panik membuatkan aku nekad untuk bergelut dengan lelaki yang memegangku itu. Geram tidak dapat melepaskan diri, aku lancarkan serangan yang biasa aku lakukan. Gigit tangan yang erat memegang lenganku.
       
“Arghhh! Shit! Kejar dia!”
Demi mendengarkan arahan itu, lagi laju aku berlari. Arah mana pun aku sudah tidak peduli, asalkan aku terlepas dari lelaki bengis tadi. Nampaknya aku silap mangsa kali ini.
       
Sumpah aku rasa bagai nak terkeluar jantung saat ini. Penatnya hanya Allah saja yang tahu. Penat berlari aku berhenti melepaskan lelah dibahu jalan. Tak tahu sejauh mana sudah aku berlari, yang pasti aku sangat penat. Nak angkat jari pun rasa tak larat.
       
“Alamak…”
       
Aku ingatkan aku sudah lari terlalu jauh tapi malangnya kedua-dua orang suruhan lelaki cina itu tadi dapat menjejakiku dengan mudah. Mereka langsung tak nampak penat. Gila!
       
Perlahan-lahan aku undur ke belakang, cuba mencari kekuatan dan mengumpul tenaga untuk berlari lagi. Kali ni aku takkan berhenti walau sesaat, lantaklah nak sesat sekalipun, janji aku terlepas.
       
Okay Bunga…pusing dan lari sekuat hati!
       
Tapi malangnya, jangan kata nak lari sekuat hati, satu langkah pun aku tak mampu lari apabila tubuhku dipeluk dari arah belakang.
       
“Tak ada siapa pernah lepas dari aku.” Ujar suara itu.
       
Aku pejam mata seeratnya. Seramnya…


“Dah lama buat kerja macam ni?” soalan lelaki itu buat aku kecut sendiri.
       
“Buat kerja apa?” soal aku kembali. Masih ingin main tarik tali.
       
Ketawa lelaki itu bergema dalam bilik yang hanya menempatkan sebuah meja kerja dan kerusi, berserta satu set sofa kulit berwarna hitam. Keadaan lampu yang malap dan kekuningan menambahkan lagi ketidakselesaan dan ketakutan aku.
       
“Kau tak payah nak tipu aku budak. Umur kau berapa?”
       
Lelaki itu menarik kerusi kemudian meletakkannya di hadapanku. Sebijik persis polis tanya pesalah macam kat dalam drama tv tu. Oleh kerana jarak yang agak dekat, liang roma pada wajah lelaki ini pun aku nampak. Tak adalah bengis sangat muka dia. Mungkin sebab dia tengah senyum kot.
       
Ish! Kau ni sempat lagi nak komen itu ini Bunga oi…marah hatiku pada diri sendiri.
       
Tanpa sebarang soal lelaki tadi makin mendekatkan wajahnya pada wajahku. Aku apa lagi, cepat-cepat menjarakkan wajahku sehinggalah aku sudah tersekat antara penyandar sofa yang aku duduki dan lelaki tadi. Lama kami berkeadaan begitu sehinggalah aku terasa beg galas yang aku peluk kejap sedari tadi ditarik kasar.
       
Dek kerana tidak menjangkakan beg itu akan direbut kasar seperti itu, peganganku terlepas.
       
“Hei!” jeritku, cuba menggapai kembali beg yang sudah direntap dariku.
       
Namun semuanya sia-sia belaka, aku hanya mampu melihat segala isi dalam beg dimuntahkan keluar ke atas meja kerja lelaki itu. Nafas kuhembus kasar. Nampaknya terbongkar juga penipuanku.
       
Kedengaran lelaki itu ketawa berdekah-dekah.
        “Wow…hebat jugak kau ni.” Seketul duit yang berikat diangkat kemudian dilambung-lambungkan dengan tangan kanan. Aku hanya mampu melihat perlakuan lelaki itu. Janganlah dia kebas duit itu.
       
“Umur kau berapa?” soal lelaki itu kepadaku setelah ketawanya reda.
Aku hanya senyap, tidak ada hati mahu menjawab apa-apa soalan. Kebisuanku nampaknya mengundang kemarahan lelaki itu.
       
“Bila aku tanya soalan, aku akan harapkan jawapan. So…kau kena jawab. Faham?!” tutur lelaki itu sedikit keras. Mukanya berubah kemerahan, menahan amarah.
       
Mata kukelip beberapa kali, terasa pedih pula tiba-tiba macam nak menangis. Sumpah aku rasa gerun dan takut sangat sekarang ni. Macamana kalau dia hantar aku pergi balai polis? Mesti aku masuk penjara. Aku tak nak!
       
Aku renung wajah lelaki tadi yang tentunya masih menunggu aku bersuara.
       
“Nama aku Bunga. Umur 14 tahun.”
       
Walau tidak ditanya namaku, aku tetap perkenalkan diri. Lelaki tadi jongket kening, mungkin tidak menyangka umurku yang sebegitu muda. Ya, aku masih belasan tahun tapi itu semua tidak penting, yang penting aku mampu cari wang untuk pembedahan ibu.
       
Lelaki itu terangguk-angguk, seolah berpuas hati.
       
“Nama aku Benjamin, kau boleh panggil aku Ben.” Ujar lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ben itu. Duit milikku yang dipegangnya sedari tadi dicampakkan ke atas meja. Ben senyum sinis sebelum menyambung bicara.

“You are amazing! Dulu umur aku 16 tahun sewaktu aku jadi macam kau. Tak sangka ada yang lagi muda, perempuan pula tu.”
Aku tak tahu mahu menafsirkan kata-kata itu sebagai hinaan atau pujian tapi fikir positif saja jadi aku andaikan dia memuji aku.

“Terima kasih. Aku tak perlukan pujian. Aku nak balik” pintaku perlahan.

Baru saja Ben mahu buka mulut sekali lagi, seorang lelaki cina yang tidak aku kenali terkocoh-kocoh menghampiri Ben, kemudian berbisik ke telinga Ben. Mereka nampak tegang. Ben pandang aku seketika. Wajahnya terkandung beribu rahsia.

“Kau boleh pergi.”

Barang-barang aku yang berselerakan di atas meja Ben campak masuk ke dalam beg galas aku, termasuk duit tadi, tapi Ben ambil kembali walletnya yang aku curi sebentar tadi. Aku jadi malu sendiri, beria-ia aku nafikan tapi akhirnya kantoi juga.

Ben campak beg tadi ke arahku. Kelam kabut aku sambut sebelum teragak-agak mahu keluar dari ruang itu.

“Boleh…boleh balik ke?” soalku sedikit tergagap. Kulihat Ben hanya angguk.

Cepat-cepat aku melangkah, risau andai Ben tukar fikiran.

“Tunggu…”

Oh no! Apa lagi lelaki yang bernama Ben ni mahu dariku.

Kedengaran derap tapak kasut Ben menghampiri, dia kemudian berdiri dihadapanku. Sesuatu dihulurkan kepadaku dan sesuatu itu amat mengejutkanku.

“Apa ni?”

Ben berdecit mengejek.

“Kau dah tak kenal benda ni?”

“Aku tahu benda ni duit tapi untuk apa kau tunjuk dekat aku?”

Ben ketawa.
“Aku bukan tunjuk tapi aku bagi benda ni pada kau. Nah ambik, jangan banyak tanya.”

Aku ambil juga duit itu setelah sekian lama Ben sua ke arahku. Sebaik saja duit bertukar tangan, Ben segera berlalu. Cepat-cepat aku berpaling ke belakang, ke arah Ben.

“Tapi kenapa?” soalku perlahan. Ben langsung tak pandang aku. Dia sibuk membelek sesuatu di atas meja.

“Sebab aku pernah berada di tempat kau suatu ketika dahulu. Anggap saja aku tolong orang yang pernah senasib dengan aku. Dah…pergi. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku ada banyak lagi urusan lain.” Tanpa rasa bersalah Ben menghalauku, tapi kalau dia tak halau pun memang aku akan berambus juga.

Malas mahu bertegang urat, aku simpan duit yang kukira agak banyak juga ke dalam poket jeans lusuh yang aku pakai lalu aku berlalu tanpa menoleh lagi.

Hala tujuku hanya satu, melawat ibu di hospital. Pasti ibu pelik kalau aku lewat menjenguknya di wad. Aku tak mahu ibu sangsi atau runsing tentang aku. Aku tahu jaga diri. Tapi sebelum aku ke wad aku mahu singgah di kedai kek, esok hari jadi ibu tapi aku menyambutnya lebih awal. Jadi, aku akan belikan kek coklat kegemaran ibu. Pasti ibu suka! Mengingatnya saja sudah mampu membuat aku tersenyum gembira.









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:55 AM | Show all posts
BAB 4

Turun saja dari bas aku bergegas menuju ke wad ibu sambil menyanyi kecil. Ditanganku ada sebiji kek coklat sederhana besar yang aku beli untuk ibu. Aku nak makan bersama-sama dengan ibu. Tak sabarnya…
       
Hampir 2 minggu ibu di wad membuatkan aku mengenali beberapa jururawat dan doktor yang bertugas, jadi setiap kali aku berselisih dengan mereka aku akan menegur dan melambaikan tanganku.
       
Belum sempat aku tolak pintu wad ibu, pintu itu sudah ditarik dari dalam. Kelihatan Doktor Kamal terkejut melihat aku di muka pintu. Kulihat wajah Doktor Kamal seakan-akan resah dan lain. Selalunya apabila Doktor Kamal bertemu denganku, senyumannya tidak pernah lokek untukku tapi kali ini…
       
“Bunga…” tegur Doktor Kamal perlahan. Nafas kasar kedengaran dari Doktor Kamal.
       
“Saya harap awak bersabar. Tak ada apa lagi yang mampu kami lakukan. Allah lebih menyayangi ibu awak.”
       
Setiap patah perkataan itu umpama halilintar pada deria pendengaranku. Tak mungkin! Sewaktu aku tinggalkan ibu pagi tadi, ibu masih sihat dan ceria. Tak mungkin! Tak mungkin!
       
“Mana ibu?” soal ku perlahan kepada Doktor Kamal namun doktor lelaki itu senyap dan tunduk.
       
“Awak kena banyak bersabar Bunga.”
       
Bukan itu yang aku mahu dengar dari mulut Doktor Kamal. Longlai terasa segenap sendiku, membuatkan tangan yang memegang plastik berisi kotak kek sudah tidak kuat lagi. Tidak aku peduli kek yang mungkin hancur menyembah lantai. Hati aku lebih hancur dari segalanya. Kenapa kejam sangat mereka pada aku? Kenapa mereka tidak selamatkan ibu? Susah ke untuk jalankan pembedahan terlebih dahulu kemudian barulah difikirkan cara untuk aku bayar hutang pembedahan tersebut?
       
Ibu…kenapa tega sekali ibu tinggalkan Bunga.
       




Selesai upacara pengebumian ibu aku terus melangkah pergi tanpa berpaling lagi. Mulai saat ini, hidup aku akan berubah 360 darjah. Setiap ucapan takziah aku balas dengan kebisuan. Aku tidak mahu simpati, yang aku mahukan ibu. Boleh kau pulangkan ibu aku? Kalau jawapannya tidak, jangan sesekali kasihankan aku.
       
Aku tinggalkan rumah sewa yang penuh kenangan pahit dan manis dengan ibu. Tidak ada satu pun pakaian yang aku bawa kecuali gambar-gambar ibu dan beg galasku yang berisi wang. Aku harus belajar hidup tanpa ibu. Sesukar mana sekalipun kehidupan di Kuala Lumpur, aku harus tabah kerana ini saja yang aku ada.
       
Lama aku tahan air mata dari menitis tapi akhirnya aku kalah jua. Berjujuran air mataku merembes keluar tanpa belas kasihan. Esakan yang hanya didengari olehku benar-benar membuatkan aku terasa sepi dan kosong. Inikah pengakhiran hidupku? Anak yatim piatu yang merempat dilorong-lorong gelap di Kuala Lumpur.
       
Air mata yang seakan tidak tahu untuk berhenti aku kesat dengan belakang telapak tangan. Air mata takkan membawa aku kemana-mana. Hari-hari yang bakal mendatang lebih mencabar dari ini. Aku akan ingat itu. Kuseret kaki yang terasa berat bebannya, mahu mencari tempat untuk melelapkan mata malam ini. Mungkin dikaki lima? Disebalik lorong ini atau ditepi longkang? Aku tak kisah, asalkan boleh dijadikan tempat tidur.
       
Kalau dulu, aku yang sering melihat gelandangan, sekarang akulah gelandangan. Lorong gelap aku telusuri dengan takut-takut. Beg galas aku peluk rapat ke dada, seram melihat manusia bergelimpangan tidur dikaki lima kedai atau bangunan-bangunan besar. Beralaskan kotak, berbantalkan beg lusuh dan berselimutkan kain yang nipis yang kehitaman, kotor!

Aku jalan sehingga hujung kaki lima kedai, ke arah tempat yang sedikit sunyi. Tak ada orang kat situ. Bolehlah kot buat jadi persinggahan sementara. Tanpa beralaskan apa-apa punggung aku labuhkan di situ, di atas lantai yang entah dicemari apa untuk seharian itu. Aku sudah tidak peduli, badan sudah penat mata sudah mengantuk.

Dalam pada melayan rasa mengantuk sehingga tersengguk-sengguk, aku Nampak ada satu bayang datang mendekat. mata terus segar, ruang sekeliling aku pandang, gelap dan sunyi. Tak boleh jadi ni, tempat ni tak selamat. Berbekalkan duit yang ada, aku patut sewa bilik tak pun sewa hotel murah sementara aku boleh berfikir dengan jelas apa yang patut aku lakukan dengan hidup aku.

Sekolah sudah entah kemana, jadi pilihan yang ada rasanya cari kerja sajalah. Kalau tak nak makan apa. Saudara mara pun tak ada, ibu dan ayah anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak yatim. Asal usul pun tak diketahui, itu kata mereka dan aku pun tidak mahu peduli itu semua kerana kami bahagia dengan keluarga kecil kami. Tapi itu dulu…

Kalau ada pun saudara mara, siapa yang nak sangat jaga aku, anak yatim piatu ni. Tambah satu beban dalam keluarga diorang sajalah jawabnya. Fikir punya fikir, aku bangun juga tapi bukan untuk mencari hotel murah. Aku nak cari masjid, lebih selamat dan menjimatkan duit aku.








Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.084356 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list