CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2940|Reply: 6

Aktor Hollywood Ini Takjub Mendengar Keindahan Seruan Azan

[Copy link]
Post time 29-11-2016 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Jika kita perhatikan, ada juga segelintir pihak dari kalangan umat Islam sendiri yang tidak menghormati seruan azan yang berkumandang ke udara. Apatah lagi mahu menghayatinya.


Tahukah anda bahawa ada sesetengah pihak yang bukan beragama Islam tertarik dengan seruan azan? Malah, ada yang diam seketika untuk menghayati laungan azan yang sedang berkumandang selain menghormatinya.


Baru-baru ini, portal IlmFeed.com memuat naik sebuah video temu ramah bersama pelakon Hollywood, Morgan Freeman.




Sumber foto: IG Morgan Freeman




Morgan Freeman merupakan penerbit dan pelakon Amerika Syarikat yang sebelum itu pernah membawa watak 'Tuhan' dalam filem 'Bruce Almighty' dan sekuelnya 'Evan Almighty'.


Menurut Morgan, seruan azan adalah suatu bunyi paling indah di dunia yang pernah dia dengar.


Morgan berkata begitu apabila dia menziarahi seorang Imam di sebuah masjid ketika menjalani sesi penggambaran program ‘The Story of God’ bagi rancangan National Geographic.


Dalam video berdurasi 1 minit 23 saat itu, kita boleh lihat bagaimana Morgan berminat untuk mengetahui dari mana asalnya seruan azan itu. Lebih menarik apabila dia cuba melafazkan 'Allahu Akbar'.



Sumber video: Youtube IlmFeed



Ramai netizen yang menonton video itu mendoakan agar Morgan diberi hidayah dan petunjuk untuk memeluk Islam.






Sumber foto: IlmFeed.com




Sedangkan orang bukan Islam mengahayati keindahan laungan azan, mengapa segelintir Muslim terutama anak muda tidak mengendahkan seruan azan? Malah, seringkali kita lihat mereka tidak menghormati seruan azan dengan perlakuan mereka seperti meneruskan perbualan sesama mereka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 01:23 PM | Show all posts

semoga satu hari dia diberi hidayah dan sama2 menunaikan solat jumaat serta solat sunat hari raya bersama kita semua.

aku minat dia ni berlakon.. lagi sorang saing2 umur dia pelakon kulit gelap yang aku minat adalah denzel washington.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 07:46 PM | Show all posts
Watak morgan dlm shawshanx redemption

mmg power
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 01:24 PM | Show all posts
chacon replied at 29-11-2016 01:23 PM
semoga satu hari dia diberi hidayah dan sama2 menunaikan solat jumaat serta solat sunat hari raya  ...

murni sungguh impian mu kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 29-11-2016 11:46 AM
Watak morgan dlm shawshanx redemption

mmg power

aku ada jumpa morgan free man kat sungai wang plaza.100%,sama.aku x berani tegur.   pasal aku teringat watak dia dalam God almighty
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 10:32 AM | Show all posts
Semoga beliau diberikan hidayah

Btw suka tengok dia berlakon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia slalu dpt watak tuhan..tp bila tgok ni..moga dia dpt hidayah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.080721 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list