CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12437|Reply: 19

MODENAS ELEGAN 250

[Copy link]
Post time 4-12-2016 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by SWORKS27 at 4-12-2016 07:35 PM



MODENAS ELEGAN 250

Manakala Modenas Elegan 250 pula diasaskan daripada model KYMCO X-Town 250i. Dengan padanan enjin 1-silinder penyejukan cecair SOHC bersesaran 250cc, ia boleh menjana kuasa sebanyak 22.1hp pada 7,000rpm dan tork 22.4Nm (6,500rpm).

Memiliki berat keseluruhan 191kg, ia menggunakan sistem suntikan bahan api bersama transmisi automatik CVT.

Ruangan roda hadapan dipadankan dengan rim 14-inci bersama pasangannya, tayar 120/80. Manakala roda belakang pula menggunakan rim 13-inci dengan tayar 150/70.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2016 07:36 PM | Show all posts
Salam..
saya nak tanya...
bercadang2 macam berminat nak ambil skuter modenas 250 ni..
saya cadang nak guna daily travel dalam 180km sehari...

berbaloi x kalau beli moto nih..
tq..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 4-12-2016 07:36 PM
Salam..
saya nak tanya...
bercadang2 macam berminat nak ambil skuter modenas 250 ni..

Tak.




Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuter maintenance tinggi. Pd aku bw easyrider lg best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2016 08:00 AM | Show all posts
hooo..ok2..tq..   
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 09:19 AM | Show all posts
pada aku pakai elegan ni ada beberapa kelebihan berbanding pakai moto biasa, aku dah pakai 2 kali moto skuter ni, bawa sedap, lajupun laju...kakipun tak basah kalau hujan, pinggang tak lenguh, bawa barangpun senang, helmetpun selamat duduk bawah seat. cuma penjagaan pada CVT tu yg agak leceh sket, perlu di sevis (buang habuk CVT yg melekat pada mangkuk clutch 6 bulan sekali) kalau tak buat nanti bawa moto tak sedap, moto mcm melompat sket, kadang2 ada rasa mcm slip....minyak gearbok perlu ditukar setiap 2000km atau 2kali tuka myk enjin. lagi 1 yg aku paling tak suka bukan semua bengkel pandai mengelenggara skuter ni, tepaksa pegi bengkel yg biasa kita pegi..
apa2pun enjin SYM250/200/150 ni boleh tahan lasak... asalkan pandai jaga.
#pernah sampai krabi pakai skuter ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2016 08:26 AM | Show all posts
zulka replied at 5-12-2016 09:19 AM
pada aku pakai elegan ni ada beberapa kelebihan berbanding pakai moto biasa, aku dah pakai 2 kali mo ...


tq komen bro...menarik tuh...
kos servis tu mahal tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 08:36 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 6-12-2016 08:26 AM
tq komen bro...menarik tuh...
kos servis tu mahal tak?

sekali sebis kalau takde tuka brg dlm 30 la, upah dia buka auto clutch, tipu habuk dan ketatkan belt, kalau setakat tukar myk hitam dgn myk gearbok, buat sndiri je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2016 09:03 AM | Show all posts
zulka replied at 6-12-2016 08:36 AM
sekali sebis kalau takde tuka brg dlm 30 la, upah dia buka auto clutch, tipu habuk dan ketatkan be ...

ok la tuh...x da la mahal sangat....
lagi satu...top moto ni berapa bleh pegi..
dan ideal speed utk maintain ride berapa sesuai..
kalau aku..dapat menten 120km/h pun kira dah ok je....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 09:07 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 6-12-2016 09:03 AM
ok la tuh...x da la mahal sangat....
lagi satu...top moto ni berapa bleh pegi..
dan ideal speed  ...

250 ni kalau kt hiway stakat 180kmh senang je cecah...
nk menten 140kmh tu bleh sgt..
120kmh kalau kt hiway slow sgt tu bang mcm pakai LC je hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2016 09:11 AM | Show all posts
zulka replied at 6-12-2016 09:07 AM
250 ni kalau kt hiway stakat 180kmh senang je cecah...
nk menten 140kmh tu bleh sgt..
120kmh ka ...

180 bro??? fuhhhhh...best sangat nih....
cantek tu...ye la..sebab dari segi body,..rsnya 140 tu memang x goyang tuh....
hooo...minyak pulak...
berapa botol sekali tukar?
jenis apa sesuai?
motul 10/40 ?
or ada yg lagi murah but okay....

sory la bro..banyak tanya,,,
elok org lain baca pun utk review..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 09:25 AM | Show all posts
zulka replied at 6-12-2016 09:07 AM
250 ni kalau kt hiway stakat 180kmh senang je cecah...
nk menten 140kmh tu bleh sgt..
120kmh ka ...

Spupu aku pun pakai bang, tapi jenis yang sym 200 tu. Aku tumpang naik moto KL ke Taman Negara Temerloh. Laju pun laju dan paling penting selesa. Tak sangka moto skuter ni best, dulu pandang sebelah mata je bang sbb ingat skute mcm ni cikai2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 10:37 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 6-12-2016 09:11 AM
180 bro??? fuhhhhh...best sangat nih....
cantek tu...ye la..sebab dari segi body,..rsnya 14 ...

kalau tak silap sy modenas Elegan 250 2017 ni, adalah model yang diasaskan dari Kymco Xtown 250..jenama skuter terbaik dari Taiwan, kelima terbesar di Eropah dan syarikat sama yang menghasilkan skuter BMW dan Kawasaki...
kalau betul sama enjin dgn Kymco 250, minyak enjin dia cuma pakai 1 liter sahaja...macam moto biasa..


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 10:39 AM | Show all posts
mykembara replied at 6-12-2016 09:25 AM
Spupu aku pun pakai bang, tapi jenis yang sym 200 tu. Aku tumpang naik moto KL ke Taman Negara Tem ...

moto skuter skarang bukan mcm skuter dulu2..skang teknologi dah canggih, tapi tulah org kata kalau nak pakai skuter ni alang2 biar pakai yg cc besar terus barula puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 10:45 AM | Show all posts
ada dengar org kata Modenas Elegan 250 ni skuter terbaik taun 2017...wallahualam

tepek sket spec dia...mcm menarik je, hargapun jauh lebih murah dari SYM250
Pada harga yang kompetitif tadi anda akan dapat sifat sebuah maxi yang lengkap.

ENJIN 22HP @ 7,000RPM

Tinggi? Sudah tentu tidak kalau dibandingkan dengan kuasa enjin sebuah sportbike atau naked street bike. Tapi bagi standard sebuah skuter 250cc, ia cukup bagus. Ia hanya kurang 7-8hp berbanding skuter bersaiz 300cc seperti Kawasaki J300 dan NSS300 Forza.

SISTEM SUNTIKAN BAHANAPI

Dalam kelasnya, masih ada skuter yang menggunakan sistem karburetor tetapi Elegan 250 menggunakan sistem suntikan bahanapi elektronik. Sudah tentu lebih menjimatkan berbanding sistem campuran udara-petrol oleh karburetor.

TANGKI BAHANAPI 12.5 LITER

Ya. Ia dilengkapi tangki hampir 3 kali ganda besar motor kapcai biasa. Anda boleh lakukan perjalanan jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak. Tangki yang besar memang sesuatu yang diidamkan oleh kaki overlander dan konvoi. Tak perlu risau kalau nak ke Krabi atau Phuket.

Kalau anda berulang alik dari Semenyih ke KL tak perlu isi petrol setiap hari.

IA SEBUAH SKUTER

Pelana lebar, empuk, tebal dan selesa berbanding naked dan kapcai. Sifat lain sebuah skuter ialah transmisi automatik, tak perlu menukar gear dan juga ruang simpanan bawah kerusi yang besar.

TAK PERLU LESEN B

Ini yang selalu saya tekankan dalam apa juga bentuk produk motosikal yang akan dijual di Malaysia. Antara sebab J300, Downtown 300, Forza 300 dan SR-MAX 300 “tersekat” dalam pasaran ialah ialah audiens pembelinya terhad kepada pemegang lesen B dan B1.

Dengan Modenas 250cc, anda cuma perlu ada lesen B2. Tak perlu upgrade pun.

Di bawah adalah spesifikasi penuh Elegan 250.


ENjin
JenisSOHC, Sejukan cecair, 4 lejang
Sesaran249.1cc/ 72.7mm X 60mm
Kuasa16.5Kw @ 7000rpm / 22.1hp
PembakaranSuntikan bahanapi elektronik
TransmisiCVT
KERANGKA
L x W x H2235 mm x 810 mm x 1375 mm
Jarak roda1540 mm
Tangki bahanapi12.5 Liter
TayarDepan: 120/80-14”, blkg: 150/70-13”
BrekDisc FR 260 mm, Disc RR 240 mm
SuspensiFR: Teleskopik, RR: Trailing Swing Arm







Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 10:45 AM | Show all posts
Skuter ini dijual pada harga RM12,830. Sangat berbaloi. Dalam segmen ini, saingan terdekat yang ada ialah Sym Evo 250i pada harga RM17,000 dan tak dilupakan Kymco Downtown 250i sendiri (RM21,500). Spesifikasinya hampir serupa, cuma bentuk Sym ni dari dulu memang macam tak berapa nak sukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2016 02:27 PM | Show all posts
zulka replied at 6-12-2016 10:45 AM
ada dengar org kata Modenas Elegan 250 ni skuter terbaik taun 2017...wallahualam

tepek sket spec  ...

good info ni bro..
nak p usyar la kejap skut nih nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh suggest tak kat mana kedai terbaik untuk nak beli elegan 250
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 09:45 AM | Show all posts
Afma78 replied at 21-2-2017 12:53 PM
Boleh suggest tak kat mana kedai terbaik untuk nak beli elegan 250

kedai jual moto..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 12:25 PM | Show all posts
Afma78 replied at 21-2-2017 12:53 PM
Boleh suggest tak kat mana kedai terbaik untuk nak beli elegan 250

Bor..jadi ambik tak elgean ni..boleh review sikit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.077043 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list