CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19412|Reply: 18

[Haiwan & Tumbuhan] POKOK GAJUS

[Copy link]
Post time 7-12-2016 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:33 PM

POKOK GAJUS

  

Klasifikasi Saitifik Kingdom: Plantae


(unranked): Angiosperms


(unranked): Eudicots


(unranked): Rosids Order: Sapindales


Family: Anacardiaceae


Genus: Anacardium

Species: A. occidentale


Binomial name Anacardium occidentale L.




Etymology Maksud pada nama Anacardium dirujukkan kepada bentuk buahnya, yang kelihatan seperti separuh jantung (inverted heart) (ana bermaksud keatas "upwards" dan -cardium bermaksud jantung "heart"). Dalam bahasa Tupian acajú bermakna kepala kuning "yellow head".


  


Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale  dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.
Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.
  

Biji Gajus yang sudah diproses (digoreng atau dibakar/panggang)
  

Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat. ia juga banyak digunakan sebagai ulam dalam nasi kerabu, laksa dan juga

  

Ulam dalam nasi kerabu

ulam dalam laksa/laksam

Ciri-ciri
Ia pokok sederhana besar setinggi 8-12 m, bercabang banyak, kanopi terbuka. Batang melengkung, berkayu, bergetah. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berselang-seli, bertangkai, berbentuk bujur dengan pangkal runcing dan hujung membulat, tepi rata, urat daun selirat, pucuk berwarna merah perang bertukar menjadi hijau tua setelah matang, permukaan berkilat, liat, licin, urat sisi jelas kelihatan. Bunga kecil, terdiri dari jantan dan betina tersusun dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan dan ketiak daun. Buah jenis nat, berbentuk ginjal, keras, berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila matang. Pudung buah yang disangka buah berwarna kuning atau merah setelah matang.


Khasiat
Buah gajus mengandungi protein, asid sterik, riboflavin, thiamin, lemak, vitamin (A, B dan C), kalsium, zat besi, magnesium, zink dan sulfur. Manakala daunya pula mengandungi tanin-galat dan flavonol.
Ia dikatakan dapat merawat faraj berbau busuk, tidak selera makan, darah toksik, cirit-birit, mual dan muntah. Selain itu biji/buah gajus juga digunakan untuk merawat ketuat, tahi lalat dan lebihan isi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2016 04:25 PM | Show all posts
biji dia sedap, tapi getah dia kalau kena kat kulit bleh jadi kudis
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 07:07 PM | Show all posts
selalu tersasul jagus masa nak sebut gajus.

suka mkn ni.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 07:38 PM | Show all posts
great info! terima kasih.

banyak jugak nama pokok gajus ni eh. ada sepokok kat rumah saya ni. selalu dok trim pokoknya supaya tak terlalu tinggi. sayangnya tak pandai pula makan pucuk gajus. Ipo suka makan pucuknya ka cicah sambal?mesti selalu jugak letak dalam nasi kerabu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 09:55 PM | Show all posts
Farini replied at 7-12-2016 07:07 PM
selalu tersasul jagus masa nak sebut gajus.  

suka mkn ni.

mahalnya benda ni.. boleh botak dubuk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 7-12-2016 03:25 PM
biji dia sedap, tapi getah dia kalau kena kat kulit bleh jadi kudis

Betul, getah dia gatal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-12-2016 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Farini replied at 7-12-2016 06:07 PM
selalu tersasul jagus masa nak sebut gajus.  

suka mkn ni.

  kacang gajus ni memang mahal
Kalau kat pengkalan kubur,  rm40-rm60 sekilo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bianglala replied at 7-12-2016 06:38 PM
great info! terima kasih.

banyak jugak nama pokok gajus ni eh. ada sepokok kat rumah saya ni. se ...

Eh, kenapa buang?
Sedap tau buat ulam, rasa kelat2 sikit, boleh cicah sambal belacan
Kalau kt kelantan, cicah dgn budu
Kita orang panggil pokok gajus ni pokok ketereh
Pucuk ketereh, biji ketereh  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2016 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 7-12-2016 08:55 PM
mahalnya benda ni.. boleh botak dubuk

Memang mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 08:40 AM | Show all posts
bianglala replied at 7-12-2016 07:38 PM
great info! terima kasih.

banyak jugak nama pokok gajus ni eh. ada sepokok kat rumah saya ni. se ...

sedapnya pucuk gajus mkn ngn nasik....... yumm yummm..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 08:50 AM | Show all posts
chinta89 replied at 8-12-2016 08:40 AM
sedapnya pucuk gajus mkn ngn nasik....... yumm yummm..

cicah budu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 09:56 AM | Show all posts
kat kg abah aku panggil jambu golok...
kat kg mak aku panggil buah ketereh..


pucuk buah jambu golok a.k.a buah ketereh buat u,am cicah budu (budu campur limau nipis or lima kerak lete or limau kasturi + cili + tempoyak) sedap nyo..

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 12:21 PM | Show all posts

cicah budu atau cencalukmmg ohsem!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:16 AM | Show all posts
Ipo replied at 8-12-2016 07:21 AM
kacang gajus ni memang mahal
Kalau kat pengkalan kubur,  rm40-rm60 sekilo.

mahal ! patutlah takde biskut raya letak biji gajus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2016 03:14 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 8-12-2016 08:56 AM
kat kg abah aku panggil jambu golok...
kat kg mak aku panggil buah ketereh..

betul tu..peghohh ase limau kerat lete
pergghhh.........habis satu periuk nasi makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2016 03:14 PM | Show all posts
chinta89 replied at 8-12-2016 11:21 AM
cicah budu atau cencalukmmg ohsem!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2016 03:15 PM | Show all posts
Farini replied at 9-12-2016 08:16 AM
mahal ! patutlah takde biskut raya letak biji gajus.


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 09:42 AM | Show all posts
Ipo replied at 10-12-2016 03:14 PM
betul tu..peghohh ase limau kerat lete
pergghhh.........habis satu periuk nasi makan

hahaha....
yo sungguh....


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 04:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.126440 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list