CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2576|Reply: 0

Mahu Import Barang Dari China? Ketahui Rahsia Taobao

[Copy link]
Post time 7-12-2016 04:51 PM | Show all posts |Read mode





5 Rahsia Taobao bantu borong barang dari China dengan lebih murah.

By encik titan on February 12, 2015
Ya.

Hari ini masih berkisar tentang permainan dropship.

Sebenarnya, ada banyak lubuk atau supplier barang panas yang ada diluar sana.

Baik tempatan, kat sempadan Thailand, Indonesia dan banyak lagi.

Dan untuk memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kerugian, umumnya ramai pemain dropship yang memborong barang dari negara China.

Mengapa?

sebab harganya murah.

Murah gila sangat tak hingat kaw.

Tetapi kita sering kita semua maklum bahawa ramai yang menyangkakan barang yang diperbuat atau diimport dari China ini adalah barang yang tidak berkualiti.

Sebenarnya, susah nak cakap bab benda berkualiti atau tidak berkualiti nih macam mana. Aku sendiri pernah beli pendrive dari China. Sampai hari ini, dah masuk 4-5 tahun masih boleh berfungsi. Pendek kata, jika kita pandai jaga, barang dari negara mana pun tak apa. Janji, barang tu menyelesaikan masalah kita dan dalam masa yang sama kita dapat beli dengan harga yang lebih murah.

Well, korang kan nak simpan duit untuk kahwin, kan?

Tapi tetap gatal nak beli barang ikut kehendak hati korang. Jadi, dah alang-alang nak membeli jugak, belilah yang murah sikit. Sekurangnya, bolehlah kawal nafsu korang dari membeli benda-benda yang mahal-mahal.

Aku tak kata korang tak patut beli benda yang mahal. Sebab benda mahal datang dengan pelbagai pakej yang sukar ditolak. Siap ada free gift lagi, ada warrranty 2-3 tahun lagi dan ada macam-macam kelebihan bila kita beli barang mahal kat kedai. Itu semua sudah dijangka.

Berbeza dengan benda yang dijual murah. Sudah tentu kita fikir kualitinya berbeza dengan produk yang harganya mahal. Bagi aku, asalkan produk itu boleh beri nilai dan hasil yang sama, aku tak berkira sangat bab harga. Yang murah pun aku beli yang mahal pun aku kitai gak.

Dan of course, aku lebih prefer cari yang lebih murah.

Murah itu sahabat aku. Haha..

Dan salah satu tempat atau website korang nak membeli barang dari China secara online adalah melalui website Taobao. Tetapi, kalau main redah tanpa buat kajian, korang mesti rugi punya. Tak yah tanya, mesti akan rugi sana-sini sebab tak tahu apa perkara yang tersembunyi kat website tu. Kalau korang pandai, korang akan jumpa cara bagaimana nak borong barang dari website Taobao dengan harga yang murah. Dan dalam masa yang sama boleh dapat untung apabila korang jual semula kat pasaran tempatan.

Tolak sana, cover modal, tolak kos siling dan tangga, korang masih boleh buat untung yang besar.

Biasalah tu, harga jualan mesti mark up kaw-kaw agar boleh untung. Tak ada penjual barang online yang tak mahu keuntungan. Untung RM10 untuk satu produk pun dah cukup seronot dah. Inikan pula bila SERATUS item berjaya dijual. Dok main balas PM kat facebook atau main whassap kat atas katil sampai susah nak tidur sebab sibuk nak ambil order. Itu tak campur lagi dok tengah sibuk bungkus barang nak hantar ke pelanggan.

5 Rahsia Taobao bantu borong barang dari China dengan lebih murah.

Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku
Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!
Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com
Rahsia 4 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!
Rahsia 5 : Proses Jualan & Teknik Meng”Ayat”
panduan beli barang import murah dari china
panduan beli barang import murah dari china
Jadi, mahukah korang tahu 5 rahsia Taobao yang ramai lagi yang tidak tahu?

Ini memberikan peluang dan kelebihan pada korang yang bergiat secara serius sebagai pemain dropship yang aktif difacebook. Aku tahu, ada antara korang yang memang dah ada suppllier besar dari China. Ada juga yang dok ulang alik 2-3 kali sebulan ke China. Maklumlah, tambang ke sana pun bukannya mahal mana pun. Tolak untung dari keuntungan drophip korang tu, still leh pusing negara China tu kalau korang main. Silap hari bulan, boleh gi jogging dengan bini kat tembok besar China.

Tapi, 5 cara ini boleh bantu korang lakukannya secara online tanpa perlu order tiket kapal terbang. Dan sudah tentu korang boleh percaya dengan servis Taobao sebab ownernya adalah owner yang sama dengan Alibaba.com.

Dan kedua-duanya adalah milik abam besar Jack Ma.

Haa..brader kurus tu. Tapi dah jadi jutawan kat China dan antara jutawan yang kurang hensem kat seluruh dunia nih. Biasalah tu, hang tengok abam Mark pun bukannnya hensem sangat pun. Majoriti yang jadi jutawan ni majoritinya bukan hensem belaka pun. Lainlah kalau macam Bruce Wayne atau Tony Stark. Itu dah la hensem. Lahir-lahir aje dah kaya. Maklumlah, mak bapak memang dah sah-sah kaya raya.

So, kedua-dua website itu boleh dipercayai. Website Taobao ini pun boleh dipercayai.

borong barang murah dari china
borong barang murah dari china
Pengalaman borang baru dari Syarikat dari China

Dan sebenarnya ada banyak gak syarikat dari China ni pun boleh dipercayai.

Sebab aku sendiri ambil barang dari China nih.

Tak banyak. Adalah ratusan unit gak.

Tolak kos penghantaran dan design sana-sini sikit. Still masih boleh buat untung. Client pun geng PPD, geng cikgu sekolah, geng-geng pakcik-pakcik aku yang nak buat hadiah kenang-kenangan. Still leh buat untung untuk satu jangka masa panjang. Lagipun, macam aku pernah cerita hari tu, aku ada pengalaman bab-bab main tender ni.

Jadi, “connection” atau kabel tu masih hidup. Ada yang contact juga nak mintak tolong carikan hadiah yang best-best nak bagi dato tu, nak bagi awek, nak bagi bini, nak bagi tetamu kehortmat dan memacam lagi. Sedikit sebanyak bisnes “part time” aku ni hidup gak la sepanjang tahun walaupun takdelah banyak macam pemain dropship kat facebook tu. Ada aku dengar, main dropship kat facebook pun untung 5-6 angka. Kagum betul aku.

HOho..

Tapi itulah penangannya bila kita serius.

Jadi, kalau korang nak belajar dan tahu benda baru pasal Taobao ni, korang boleh baca Panduan Rahsia Taobao dan LIMA rahsia yang boleh membantu korang beli barang dari China dengan lebih murah.

Dapatkan disini –> Panduan Rahsia Taobao







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.115919 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list